Friday, August 15, 2014

MINAH KILANG

Lepas raya, 4th August aku start kerja dengan kilang baru. Taktau nak komen apa pasal kilang ni, aku kat shipping department. Kena buat kerja masa zaman2 kebujangan dulu.


The best part, sini tak kerja sabtu. Berbeza dengan masa kerja kat power plant dulu, sabtu memang wajib kerja. Penat den!


Sini kalau kena kerja sabtu, on rotation basis la. Ok lah tu daripada kena kerja tiap2 sabtu. So, memang sangat2 best compare to alstongggg. Hahaha.


Walaupun kilang ni jauh sikit dari rumah, tapi aku patut rasa bersyukur gila2 sebab orang lain kat KL sana nun, lagi jauh kena drive. Dengan nak hadao jammed lagi. Aku kira kena berganda2 syukur sebab sini mana ada jammed. Dah nak masuk pecan Manjung tu la baru nak ada banyak keta sikit. *banyak lah sangat*. Tapi kalau ikut belakang lori, hambek la bawak keta slow2. Grrr....


Baru seminggu keja, aku dah kena ke HQ office, kat area Merchant Square tu. Gila tempat tu, surau pun tak hado. Depa situ kalau keluar lunch, terus semayang zohor. Hampeh jugak noo.


Kat sana, duduk dekat Manhanttan Business Hotel dekat Damansara Perdana. Hotel tu not bad la walaupun wifi sat2 hilang, sat2 ada. Hahaha. Wifi versi chipsmore.


First time tinggalkan anak2 dengan bapak depa, ntah ok, ntah tak. Ayah emran cakap, teriak nak susu je. So buat je la susu, so setel problem. Kalau macam ni, boleh la lepas ni pi HQ lama2 lagi. Hahahaha.



Wednesday, July 16, 2014

Popia nestum Horlicks dan homemade kerepek pisang

Assalamualaikum. Amacam posa, OK tak? Harap2 OK hendaknya. Aku sendiri taktau harini dah masuk berapa ramadhan sebab aku dok sibuk kira berapa hari lagi nak kena kerja kat Alstong nih. Tak sabar nak tunggu isnin depan, which is last day aku kerja kat sini.

Bayangkan aku sorang je yang serve sampai 2 bulan notis, so mood nak kerja tu memang totally dah xdak. Takut pun ya jugak nak kerja kat tempat baru sebab dah lari bidang. Sekarang buat keja purchasing, and nanti nak masuk shipping line balik. Ohhh, takutnya...

Semalam cuti nuzul al-quran, aku cuti, tapi cik Abe duty pulok. Tapi batik emran dengan amna macam makin teruk je, so terpaksa la bawak ke amek ubat jugak. Alhamdulillah. Doktor cakap bukan asma. Aku risau jugak pasal mula tu breathing emran macam ada bunyi sikit. Hati mak mana yang xrisau kan kalau anak sakit.

Actually baju raya belum ada ni. Target tahun ni xnak beli sebab dah ada mesin jahit. Kain pun aku dah siap potong, dah siap hantar jahit tepi, tapi terkial2 pulak nak sambung part kekek, pesak tu. Dah la nak potong aritu pun jenuh tonggek sana, tonggek sini. Mencabar betoi. Itupun ada hati nak jahit tudung. Hahaha.




Homemade popia nestum horlicks. Bekas kecik tu dah habis kena balun. Nampak gaya kena buat lagi nih.



Ni namanya baklava kot. Sedap tapi manis sangat.



Ni haaa kain yg dah siap dipotong. Hihi. Aku xpandai nak potong seluar so nanti baju melayu emran kena pakai dengan jeans je la.


Ni homemade kerepek pisang guna pisang nangka. Tebal pulak haaa sebab penyagat pisang tu x OK.


Monday, June 30, 2014

Cerita orang first time pi site visit

Assalamualaikum. Alhamdulillah, hari ni dah masuk ramadhan ke 2. Baru steel sehari berpuasa. Terima kasih ya Allah, bagi peluang rasa ramadhan kali ni. Ahad semalam, dah seminggu jugak la arwah suami pengasuh meninggal. Al-fatihah.

Seminggu sebelum puasa boss aku ada la ajak aku pi control room. Teruja jugak sebab aku tak penah pi site. So sebelum pi, kena request safety shoes, safety vest, safety helmet dulu dengan safety department. 

Safety shoes tak hado size 4, so pakai je la size 5, dah la berat. Sabo je lah.

Sampai2 dekat site, rupanya nak kena memanjat tangga sampai tingkat 4. Dengan safety shoes berat, dengan aku puasa ganti masa tu, memang rasa nak fitam kat tangga tu.








Thursday, June 26, 2014

HILANG

Dah lama menghilang. Langsung tak update. Tak best guna pc company nak update blog, sebab bila post, entry tu jadi takdak perenggan. Nak update pakai tepon, sayang kuota. Haha. Boleh gitu. Since hari ni nak update blog guna pc company, maka marilah baca entry yang straight takdak perenggan. //////// Actually aku dah dapat kerja baru. Dan aku pun dah hantar surat resign. Tapi disebabkan contract aku ada tulis aku kena bagi 2 bulan notice, so aku kena la kerja lagi 2 bulan kat a_stom ni. Company baru ada mintak aku start keja awal, dan sanggup bayar compensation, tapi agency aku memang macam taik sikit la, ugut aku cakap nanti aku tak dapat gaji dan kena bayar sebulan gaji dekat agency. Demmit! So, aku pun stay lah sampai 2 bulan kat sini. //////// Offer tempat baru tu bukannya tinggi pun, actually sama je gaji macam sekarang. Tapi kenapa aku nak sangat blah dari sini, sedangkan company sekarang ni international company. Aku rasa, aku frust dengan sesetengah orang kat sini. Malas nak cerita, tapi aku memang malas dah nak keja sini. Nampak tak kekuciwaan aku kat sini? Hahaha. ///////// Pengganti aku dah masuk kerja dah, budak uitm, aku ok je dengan dia. Lagipun budak ni duduk satu taman dengan aku, ada jugak la dia tumpang aku balik. Budak ni dengan aku dia sembang ok, dengan orang lain dia diam pulak. Ntah hapa2. Lantak la. ///////// Aku takdak high expectation untuk company baru tu. Aku akan masuk kilang balik, macam awal2 aku kerja lepas grad dulu. Tapi tukar bidang sikit, sebab sekarang aku kerja under purchasing, tapi nanti kena buat shipping. Memang kena belajar dari mula. Kena kenal alif ba ta balik, merangkak2. ///////// Apa2 pun selamat berpuasa.