Wednesday, December 29, 2010

berperang!!

kat ofis, bermula semalam (isnin tidak dikira sebab isnin aku cuti sakit). selama dua hari, bermula perang batuk, kongggg sana, konggg sini. konggg itu adalah bunyi batuk ye kawan-kawan. bukan king kong.

sekejap aku batuk, rasa macam boleh dengar suara anak tekak menjerit habis kuat, tetiba orang kat penjuru kiri pulak nak tunjuk hebat. konggg dia boleh tahan. orang kat hujung tak mau mengalah, dia pun konggg jugak.

aku nak sangat tarik diri dari peperangan ni sebab rasa bagai pundi kencing hampir nak jatuh ke lantai, esofagus dan pankreas bagai membengkak dah ni, termasuk kekejangan otot perut. kawan-kawan abaikan bahagian badan yang aku tulis tu sebabnya aku gagal subjek biologi. aku main tulis je apa yang aku rasa aku best.

orang kata, nak hilangkan batuk ni kena minum air panas, biar panas yang berasap-asap tu, lagi bagus. ok, dah buat. bagai nak melecur lidah aku nih. tapi tak jugak baik. ikut pulak nasihat mak, minum air asam jawa. bancuh pekat-pekat. masih belum baik. pesanan mak yang seterusnya, air limau nipis dan kicap dikacau sebati dan hirup perlahan-lahan. terkejut anak cacing dalam perut, hari-hari mentekedarah benda super duper masam, maka anak-anak cacing pun mengerutkan muka masing-masing.

maka anak cacing pun menjerit, "hoi, sudah la woi. dah ramai adik beradik kami yang dah mati sebab mengalami simptom kemasaman tahap dewa, dan mayat-mayat mereka telah keluar melalui najis. kami tidak mahu mengalami nasib yang sama".

sekian, dari aku yang masih batuk konggg konggg konggg..

Tuesday, December 28, 2010

tiga puluh sembilan perpuluhan satu darjah celcius

tiga hari lepas, bermula hari sabtu, badan aku terasa sangat-sangat not feeling well, demam panas yang very hot. sepatutnya pertemuan melawat mak ayah dan ahli keluarga menjadi acara yang paling touching dalam sejarah sebab tak pernah dalam hidup berjauhan selama sebulan dari keluarga, tiba-tiba menjadi acara tidur dan menidurkan diri sambil merengek tak larat kepada si ibu.

suhu badan tiga puluh sembilan perpuluhan satu itu tidak lah tinggi sekiranya hendak dibandingkan dengan takat didih iaitu seratus darjah celcius. kelmarin iaitu semalam, terpaksa berpusing-pusing sekitar pekan Lumut, Manjung dan Sitiawan yang rata-rata klinik kat sini mula beroperasi pada jam sembilan pagi, tadi doktor biasanya akan datang ke klinik pada jam sembilan setengah atau sepuluh pagi. di Penang dulu, ada klinik panel yang beroperasi dua puluh empat jam. sangat mudah dan very easy.

hari ini masuk hari ke empat, keadaan aku beransur pulih tapi yang masih belum pulih sepenuhnya adalah batuk. dan hari ni juga aku sudah kembali bekerja. tak payah datang melawat aku, aku baik-baik saja disini. cukuplah kalau hangpa semua doakan aku sihat seperti biasa dan sekiranya ada jugak yang nak datang melawat, tolong bawak sekali buah-buahan tempatan dan buah-buahan import sebab tekak ni tak boleh nak makan langsung. kesian la kat orang yang sakit ni. huhuhu.

Friday, December 24, 2010

cepatlah berlalu

grrrr.. baru pukul 3 lebih.. lambatnya nak sampai lima setengah.. grrr.. ofis ni hampir kosong.. yang sambut krismas dah tentu lah cuti. masalahnya yang tak sambut krismas pun cuti jugak.. boss aku, dengar cerita tak balik kampung sambut krismas pun tapi kemahen cuti sampai 2 januari nanti..

ohh demmm.. mati anak cacing dalam perot ni bila fikir nak kena kaver kerja dia.. baru sebulan kat sini, dah nak kena take over keja boss masa dia tak dak.. arghhh.. tetiba terasa nak ambik mc sampai 2 januari nanti..

sementara nak tunggu lima setengah, dah dua puluh kali aku bukak masuk fesbuk, log in dan log out.. tapi tak menarik.. tak jumpa sebarang keghairahan dalam berfesbuking.. sekejap main game fast typing tu, sekejap main zuma..

apa aku nak buat sementara nak tunggu lima setengah ni woi? ok, dah dapat idea, nak buat milo untuk anak-anak cacing dalam perut yang dahaga.. menyesal mai keja tadi tak bawak bantal, kalo tak boleh tidoq bawah meja ni, dengan aircond yang sejuk ni, sangat sesuai dan nyaman sekiranya beradu..

ok lah, nak pi buat milo.. sapa nak, buleh angkat kening...!!!

susah nak tembus

pasal entri sebelum ni pasal anak cacing tu, rasa nak sekeh jugak orang yang cakap aku dah pregnant tu. nanti akak cili-cili kan mulut adik-adik tu, baru tau.. haha.. jahatttt... terus malas nak reply komen hangpa semua.. jahattttt... haha..

ok, susah sebenarnya nak call agensi kerajaan ni.. nak call operator pun kemain lama baru angkat.. dah la suara tak mesra langsung, bila dah mintak sambung ke nombor yang sepatutnya, tak angkat.. samada tak angkat, tak pun talian sedang digunakan..

cuba lagi ye GC, jangan mudah berputus asa!!

lenguh jugak tangan ni dail nombor, sekali aku mintak operator sambungkan dengan nombor mana ntah, main taram je lah, walaupun mungkin orang ni tak handle masalah aku..

"ye, orang yang deal masalah awak ni tengah kursus. mungkin awak boleh call nombor sambungan ni, kalau tak dapat, awak try pulak direct line ni, 03-2XXXXXX cakap dengan puan fasha fashi (bukan nama sebenar)".

"eh puan, tadi saya dah try call nombor ni, tapi engage lah, yang nombor satu lagi tak angkat pulak"

"awak ni, ingat kami kat sini duduk tak buat kerja ek? kami pun banyak kerja jugak, kalau tak percaya, datang tengok sendiri"

"eh, tak la puan, tadi memang saya dah try nombor ni, tak angkat"

"mungkin orang tu tengah meeting. nanti cuba lagi"


ok fine, puan ni tetiba naik hangin, agak-agak dah nak menopous ek? cakap baik-baik sikit boleh tak?

Thursday, December 23, 2010

kasih sayang seorang ibu

ibu: kesian anak ibu, lapar ye. meh ibu suap kan bihup sup nih. makan elok-elok ye. jangan sampai comot.

ibu: ohh.. anak ibu nak makan burger ye, ok malam nanti kita ajak abah pegi beli prosperity burger ye sayang.

ibu: abah, ibu lapar ni. tak kira pukul 12.30 malam pun, ibu tetap nak makan. terasa nak makan buah nangka lah.


betul kata orang, sorang ibu boleh jaga 10 anak, tapi kalau yang melambak dalam perut ni adalah anak cacing, memang menyakitkan hati jugak. membuncitkan perut je, dah la asyik lapaq memanjang. dan yang membuatkan malas nak blogwalking, sekarang blogger ntah kena apa virus, secara berjemaah buat entri pasal makan dan makan dan makan.

masuk blog Gadis Bunga, letak gambar sekerim konnetto.

masuk blog KOG tu (sori tak ingat link), lagi lah..

masuk blog kak Tijah, asyik promote kuali mejiknya.


arghhhh.. itu pasal anak-anak ibu ni hidup sihat je dalam perut ibu. semoga kalian membesar dengan riang dan gembira. ok, ibu nak pegi minum milo. minum milo, nanti anak-anak ibu sihat dan kuattt.

Membina kekuatan emosi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat adik-adik semua. Pada hari khamis yang mulia ini kakak GC ingin membincangkan satu topik yang agak mendalam maknanya dan mungkin mengundang rasa tidak puas hati di kalangan adik-adik sekalian. Sekiranya ada yang tidak bersetuju dengan topik perbincangan kita pada hari ini maka adik-adik boleh lah menekan butang pangkah atau 'X' di bucu kanan skrin adik-adik ye. Nak kakak GC terangkan sebijik-bijik ker dengan adik-adik macam mana nak tekan butang pangkah itu?? Ishhh.. Sekolah sampai darjah berapa ye gamaknya adik-adik ni sampai susah beno nak paham. Kesian.. Kesian..

Topik ini kakak GC cuba bincangkan kerana semalam kakak GC telah menonton televisyen, rancangan Bersamamu dan kakak GC yang diakui ganas ala-ala mafia Kampung Pisang telah selamat melahirkan airmata tanpa sedar dan tanpa dapat menahan lagi rasa sebak itu. Kakak GC pun hairan bin pelik bin ajaib, kenapakah kakak GC begitu senang mengalirkan airmata sedangkan kakak GC ini begitu terkenal dengan sifat kebuliannya apabila telah membuli rakan sekolah rendahnya sehingga menyebabkan kakak GC didenda berdiri di hadapan perhimpunan sekolah seorang diri. Itu adalah contoh kebulian yang sangat melampau bagi seorang budak darjah 5! Ohhh... very kejam sekali tindakannya itu.

Seterusnya, di peringkat yang lebih tinggi, kakak GC sangat di kenali sebagai seorang yang gemar memonteng kelas dan bersembang-sembang di belakang kelas semasa pensyarah mengajar. Ini adalah contoh yang sangat tidak baik kepada tumbesaran adik-adik ye, sila jangan mencontohi sikap kakak GC ini.

Ok, berbalik kepada topik perbincangan kita iaitu membina kekuatan emosi, kakak GC merasakan yang sudah sampai masanya kakak GC simpulkan yang kakak GC pun tak paham apa makna membina kekuatan emosi itu. Yang penting, kakak GC akan cuba untuk tidak menangis lagi apabila menonton babak-babak sedih di dalam rancangan Bersamamu, mahupun menonton drama Melayu lakonan Fauziah Nawi, Wan Maimumah, Abang Rosyam Nor, dan seterusnya adalah menonton cerita hindustan kuchu kuchu hota heyy, dan sebagainya.

Untuk membina kekuatan emosi ini kakak GC mencadangkan diri sendiri untuk segera menutup televisyen sekiranya terdapat babak-babak yang sedih yang membolehkan kakak GC mengalirkan airmata itu tanpa disedari dan cuba juga mengelak untuk mengalirkan air hingus bersama. Sekian dari kakak GC yang cun dan manja. Tata titi tutu. Renung-renungkan dan selamat merenung.

Wednesday, December 22, 2010

tak kena sekupang pun

Aku sebenarnya nak jugak ada banner gempak-gempak macam blogger lain. Nampak tak blog aku ni, macam blog budak tadika punya kan? Serius, aku sendiri kesian dengan blog aku yang simple ni.

Masa jalan-jalan kat blog sorang blogger ni (tak payah la nak mention nama kan), dia pun promote la sorang blogger ni, dia boleh tolong buatkan banner.

Aku pun dengan kadar gedik yang tahap asbestos, terus mengontek blogger tersebut sehingga terjadinya perbualan di fessebok. Sembang pung pang pung pang, aku pun cakap kat pembuat banner ni, buat la banner kat aku macam mana pun tak pa, janji simple.

Bila pembuat banner ni dah siap buat, maka dia pun tunjuk kat aku, maka aku pun kata, ok, lawa, nice. So, aku ni merangkap pengguna yang bijak dan berwibawa terus bertanyakan harga untuk banner tersebut. Di sebabkan aku baru pertama kali nak buat banner, maka aku pun taktau berapa harga kalau kita suruh orang buat banner.

Bila pembuat banner tu cakap kat aku, banner yang dia buat tu bernilai RM lima puluh, maka aku pun sangat lah terkejut dan tidak la sampai ke tahap terkejut beruk lagi.

Dalam hati pun berkata, wahhh.. tak sangka  ye, banner macam ni pun bernilai RM lima puluh, padahal look simple je. (walaupun simple, aku tetap tak reti nak buat, ni aku mengaku siap-siap). Dan pembuat banner ni siap bagi nombor akaun kat aku. Glurrrpppp... Nak bayar ka tak ni?? Dan sampai sekarang, aku tak reply pun message pembuat banner tersebut untuk menyatakan aku cancel order.


"Akak tak jadi nak ambik banner adik tu, mahai sangat. Akak ingatkan harga dalam sepuluh, dua puluh ringgit ja, ni kalau  kata lima puluh, memang pakai cancel la noh. Akak ni blogger cap ayam ja, bukannya dok dapat duit ribu riban macam blogger gempak semelaya iaitu Hanis Zulaikha, jadi akak redha je lah tak dak banner, pakai pi lah title cap ayam kat atas tu, yang penting tak kena sekupang pun. Harap adik paham. Akak mintak maaf la noh. Ok, jumpa lagi di episod yang akan datang. Tata, titi, tutu".


Yang benar,

Akak yang kodokut taik idong masin.

Mana passport??

Suatu hari di hujung minggu........


Budak tak cun: Weh, jom kuar jalan-jalan. Bosan arr asyik lepak kat umah ja. Weekend kena arr jalan-jalan. Assignment kan dah setel.

Kawan aku bersuara. Atur ayat paling best. Sebab dah bosan dok rumah, tinggal kami berdua je masa tu. Dia tengok muka aku, aku tengok muka dia, dinding tengok muka aku, dinding tengok muka dia.

Aku aka budak cun: Ok, jom siap. Nak pi mana?

Budak tak cun: Kita pi Summit Bukit Mertajam nak tak. Situ ramai sikit. Boleh jalan-jalan cuci mata.

Budak cun: Ok. Ekekekeke. Syok jugak tu.


Pengangkutan utama masa masih belajar dulu tak lain tak bukan adalah bas. Pengangkutan awam yang sangat menguji kesabaran dan tahap kekentalan lubang idung korang sebab di Penang, ramai sangat warga asing. Mat bangla, minah dan mat indon, mat dan minah Vietnam, mat dan minah Filipina, sume ada. Sampai tak boleh nak kenalpasti negara asal mereka-mereka ini.

Acara dalam bas adalah mengusya geng warga asing..


Budak tak cun: Weh, tengok lipstick minah indon tu, gila babi terang. Hahahaha.

Budak cun: Kalah lipstick hang pakai. Ekekeke..

Budak tak cun: Babiiii... Kutuk aku noh. Tak belanja makan kepsi. Grrrr...

Budak cun: Hahhaha. Main-main je weh. Takkan nak merajuk kot.. Aucakkkkk.. Aucakkkk.. Hehhe..


Bas berhenti, dan kemudian naik lelaki-lelaki berpakaian uniform, imigresen mungkin.

Lelaki- lelaki beruniform: Semua duduk kat tempat masing-masing dan keluarkan passport.


Ahhh.. sudah. Masa ni, keadaan memang gempar macam dalam drama Uncle Yusop Haslam. Ada mat indon yang cuba nak terjun dari bas. Ada ambik insurans tak bang?? Kang mati katak camtu je... Aku pulak kena jadi saksi kejadian.. Budak tak cun dan budak cun terkocoh-kocoh keluarkan identiti diri masing-masing.

Lelaki beruniform check passport sorang-sorang. Dan akhirnya sampai kat tempat duduk budak tak cun dan budak cun.

Budak tak cun: Encik, passport tak dak. Ic je ada.

Budak cun masih steady. Buat-buat muka tak takut padahal dalam hati, sama macam brader mat indon tadi, nak jugak terjun dari bas.


Lelaki beruniform: Hangpa tak pa.

Budak tak cun dan budak cun berpandangan sesama sendiri. Budak tak cun buat muka heran.

Budak cun: Weh bodoh, aku rasa passport tu untuk warga asing je lah. Depa nak check pendatang haram ka tak.

Budak tak cun: Hahahaha. Mana aku tau. Tapi serius lah, aku memang tak dak passport, aku ada IC je.


P/s: cerita di atas adalah kisah benar, tapi di ubah endingnya sebab masa tu, dua-dua budak iaitu budak tak cun dan budak cun sama-sama keluarkan IC masing-masing dan buat muka takut sebab tak ada passport. Sekian, laporan ringkas dari budak cun yang tension sebab Maxis macam tayyik kat Lumut ni, dah 2 hari tak boleh sms, tak boleh call. Mak pesan, muka jangan masam-masam, nanti kedutan cepat nampak di wajah. Kemudian mak cadangkan Olay Total White. Sekian, babai.

Tuesday, December 21, 2010

Masalah komunikasi boleh membuatkan kita di label sebagai orang yang sombong.

Kalau dah cakap Kedah tu pekat, tok sah nak buat macam mana pun, tetap akan bunyi Kedah jugak. Kalau pun cuba nak tukaq, tetap dengaq macam sangat buruk. Ini yang tension ni sebab kajian menunjukkan, orang Kedah ni memang lah teramat peramah dan ibarat kata bidalan, very friendly.

Kadang-kadang, rasa kurang yakin untuk menuturkan kata, contohnya malu dengan kepekatan bahasa yang ada tu membuatkan sorang manusia itu boleh di kategorikan sebagai manusia yang sombong.

Contohnya, apabila sedang bersembang dan rakan sparring kita merangkap rakan sepersembangan itu asyik menyuruh kita mengulangi ayat-ayat yang kita tuturkan, itu memang boleh membuatkan kita rasa macam malas nak bersembang lagi dan lebih baik bercakap dalam bahasa lain selain bahasa ibunda kerana 'im look stupid when i speak in Malay'. Ohh demm.. Pelisss forgive me ya.

Saja nak habaq, like this morning kan, seorang manusia bertanya berkenaan sarapan. "Dah sararapan?" Soalannya kedengaran sangat ringkas di gegendang telinga ini tapi apabila berkait rapat dengan seorang manusia yang datang dari hulu Kedah yang suka bersembang dan love to talk, soalan yang ringkas itu mungkin di jawab sebanyak satu perenggan panjang.

"Ohh.. dah makan dah. Pagi tadi aku menyeghok makan nasik lemak, seghingghit ja hang tau, punya la mughah. Masa aku dok di Penang dulu, mana dok jumpa nasik lemak hat ghega seghinggit macam ni. Sambaii ikan bilih dia memang sedap, kacang goreng dia pun rasa sedap aihhh. Tapi nasik dia sikit pulak, tapi tak pa, satgi kalau lapaq, aku mengkedaghah roti pat sagi pulak. Tapi takat ni boleh la nak tahan sampai tengah hari'".

Tapi di sebabkan rasa malu yang amatzz dengan kepekatan bahasa ibunda, maka soalan yang di tanya tadi hanya di jawab dengan senyuman paling comel sambil menganggukkan kepala. Ohhh.. Look so sweet.


Kalau di pikiaq-pikiaq balik lah kan, Pak Lah dulu pun ada gak cakap utara masa orang interview dia, Tun Mahathir pun sama, slumber dan rilek ja cakap bahasa utara. Mamat Khalid pun tak malu cakap perak. So,wat der hal pulak aku nak rasa malu kan?? Mana tau satu hari nanti, aku pun boleh jadi orang hebat macam depa-depa ni. Ekekeeke.

Monday, December 20, 2010

Kena mengorat!!

Dulu, masa bujangan lagi, aku cukup hepi kalau kena mengorat. Serius lah, mesti kena rasa hepi. Bukan semua orang akan kena mengorat kan. Ternyata dan terbukti, aku memang cun. Hahaha. Perasan sikit-sikit tak pe kan. Ekekekeke...

Katakan tengah jalan-jalan kat shopping complex, tiba-tiba ada orang dok suweettt-suweeett, terus pusing ke arah orang yang membuat bunyi-bunyian tersebut sambil lemparkan senyuman paling menawan. Tengok-tengok, macam tayyikkk jugak sebab jantan tersebut suweettt-suweett kat gadis lain. Serta merta lajukan langkah kaki menuju ke toilet. Hohoho. Malu yang amatz.. Konfem dah lepas ni tak lalu kat situ lagi.

Dulu, masa bujangan jugak, kalau tiba-tiba ada orang mula nak berborak dengan ramah (dah syak ini memang taktik nak mengorat), terus je layan sebab tak mau kena chop gadis sombong. Sembang punya sembang sampai kurang jugak kuantiti ayaq liyuq ni, last-last telefon bunyi, dan si jantan jawab phone kata "ok, cepat sikit, abang tunggu ayang kat bawah ni". Laaa tu jugak rasa nak bagi penerajang gaban dua tiga kali sebab tadi macam beria-ria je ayat. Lempang kang, terus jadi putera katak.

Tapi sekarang, kalau kena mengorat, aku rasa tak best pulak sebab sekarang kan dah tukar status. Bila bawak kereta tiba-tiba ada orang suwettt-suwett, rasa macam nak turun maki je. "Hoiii.. apa kes ni bini orang pun nak mengorat jugak ka? Lempang mau??". Serius nampak ganas kan, padahal bukan berani pun nak buat macam tu. Hehehe.

Takkan nak letak sticker kat dahi, "PELISSSSS, JANGAN MENGORAT AKU".

main tikam-tikam

Dua tiga hari ni aku asyik follow cerita pasal dua orang gadis yang kena tikam kat Johor, sorang umur 14 tahun dan sorang lagi umur 17 tahun.

Melalui pembacaan dan tengok televisyen, kedua-dua mangsa adalah gadis bawah umur. Kedua-dua mangsa tinggal di Johor, kedua-dua mangsa di tikam, kedua-dua kes berlaku ada kaitan dengan lelaki.

Eh, layak kah aku nak tulis pasal kejadian yang masih dalam siasatan pihak polis nih. Ok, memang tak layak, tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini, kadar jenayah kat Malaysia ni makin lama makin membimbangkan. Tikam-tikam tu umpama main cubit-cubit. 

Malangnya, mangsa yang berumur 14 tahun tu meninggal dan mayatnya di letakkan bawah timbunan daun kelapa sawit kering. Suspek pulak adalah 2 remaja bawah umur. Aikk.. budak bawah umur lagi???

Aku rasa budak-budak sekarang ni too advance, dah tau apa nak buat kalau sakit hati, tak puas hati tu dah sampai tahap maksimum, samada belasah cukup-cukup kemudian ambik video dan letak kat dalam youtube, takpun boleh main tikam-tikam.

Sorang lagi mangsa yang masih di rawat kat ICU tu, kena tikam 20 kali okeh. 20 kali tu bukan sikit yer kawan-kawan, tambah-tambah lagi kena tikam, bukan kena cubit. Hohoho. Lepas tu, mangsa di simbah dengan asid pulak. Pagi ni aku baca pulak kat paper, dan aku dapat tau yang budak perempuan ni pregnant 24 minggu dan family dia langsung tak tau yang dia pregnant. Suspek kes ni adalah lelaki berumur 42 tahun yang cintanya di tolak. Dah kau tikam-tikam lepas tu kau simbah asid, dengan beraninya kau pergi serah diri kat balai. Ohhh.. Mesti kau dah menyesal kan masa tu...

Seriusli aku takut kalau-kalau benda-benda macam ni terjadi kat orang yang aku kenal, dan kalau boleh, biarlah benda-benda macam ni langsung tak terjadi kan???

Ohhh binatang-binatang semua, lihatlah betapa kejamnya manusia...

Friday, December 17, 2010

Rasa rindu itu seperti membunuhku

Sekarang aku kat Perak, tapi serius macam duduk kat London. Kerja bawah aircond, hujan pulak hari-hari, memang sejuk kuasa dua. Sebijik macam duduk kat overseas. Statement kat atas ni macam taik pun ada jugak sebab dari kecik sampai umur dah agak meningkat dewasa ni, mana pernah pergi overseas hatta Sabah Sarawak pun aku tak pernah jejak kaki kat sana. Huhu. Kesian.


Dah lama duduk kat London ni aka Perak, sumpah kuat-kuat yang aku rindu dengan kampung halaman tercinta, negeri Kedah Jelapang Padi walaupun nak jumpa sawah padi kat kampung aku amatlah mustahil. Rindu kampung halaman ka rindu mak ayah dan family??? Tak boleh nak senarai sebenarnya, sebab aku rindu semua. Aku rindu nak cakap Kedah kaw-kaw. Aku kat sini macam dah hilang jati diri sebagai anak jati Kedah sebab terpaksa menukar slanga Kedah aku yang pekat ni sebab bila berurusan dengan orang kat sini, sangat lah menyakitkan hati bila depa asek ulang ''hahhh" bila aku guna bahasa Kedah yang best itu. Maafkan aku semua warga Kedah di atas kepudaran sifat jati diri yang telah aku semai sejak kecik lagi.


MMS kiriman adik aku, benar-benar buat aku rasa tak senang duduk. Macam sembelit, cirit pun ada. Dia betul-betul buat jiwaku yang kental macam batu kriptonite (macam ni ka eja batu yang Superman milik Clark Kent tu???) jadi hancur lebur ibarat pasiyaq sungai belakang rumah aku. Adik aku sengaja hantar gambar kepunyaan Zahra Safiyya yang sekarang ni sudah mampu duduk. Kelihatan Zahra sangat putih dan makin tembam sekarang. Betul lah tu, rasa rindu tu betul-betul membunuh.


Kalau nak pulang ke kampung, rasanya dietku harus bermula sekarang. Ayah orang nombor 1 yang aku rasa akan gelak kalau dia perasan akan kegemukkan aku. Sampai hati ayah. Dulu, masa aku masih anak kesayangan ayah, tak pernah dia gelakkan aku macam tu. Sejak aku bukan lagi bawah tanggungan ayah, ayah boleh siap gelakkan aku depan menantu ayah itu. Ohhh ayah, bukan kah aku ini anak kesayanganmu, yang ayah usap kepalaku lepas mewalikan aku tempohari, kata ayah, lepas ini aku dah jadi milik orang. Mungkin ayah belum boleh terima kenyataan yang anak kesayangan ayah sudah menjadi kesayangan orang lain pula.


Srotttttt.. Aku sedut balik hingus yang nak terkeluar dari dua lubang hidungku...... Srotttttttttt...


Ohhh... Sudah lah. Asyik beremosi saja. Mahu berfesbuk pula. Nak lihat status rakan-rakan. Apakah ada gosip-gosip terbaru? Apakah ada yang baru beli sofa baru? Apakah ada yang bergaduh laki bini tapi mahu di kongsi bersama rakan-rakan di febsuk? Arghhh.. Boleh join abang rambut ketak lepas ni, jadi wartawan melo-melo-melo-di.


Sekian dahulu dari budak yang berbaju kurung pink di hari jumaat, tata -.

Thursday, December 16, 2010

Da sayang abah

Askum abah ni da abah jangan risau da ok bahagia dengan ma abah jaga diri dan tengok adik salam sayang buat adik dan wan. Abah ni nombor da pakcik beli fon kat da. ok abah da nak pi niaga dengan ma. da tetap sayang abah dan ma mimi.


Nama aku da. Nama panjang dalam kad pengenalan, Dada. Pelik kan nama aku. Entah, tanya abah dan ma sebab diorang yang letak nama aku macam tu. Dan sudah tentu, aku tak pernah menghalang niat abah dan ma nak letak apa nama untuk aku sekalipun, asalkan mereka gembira. Lagipun aku kan anak mereka. Mujur mereka letak nama Dada, kalau letak nama Haram J, lagi haru.

Aku mempunyai keluarga yang bahagia. Abah mempunyai kerja yang bagus sebagai wartawan dunia hiburan, dan ma pula bekerja sebagai penyanyi latar di sebuah kelab. Tapi, kebahagian kami tak lama bila mana suatu hari ma terjumpa bekas gincu bibir berwarna merah di belakang kolar baju abah. Ma menangis, meraung kuat-kuat. Bila abah balik, ma terus gaduh dengan abah. Abah tak mengaku.

Bermula dari situ, ma mula buat perangai. Ma sudah ada boyfriend baru. Boyfriend baru ma lebih muda dari ma. Layak untuk aku panggil abang. Suasana dalam rumah dah macam padang jarak padang terkukur, hilang sudah gelak ketawa aku, abah dan ma. Aku bosan dengan hidup yang macam serupa dalam neraka.

Sudah berapa hari aku tak nampak abah di rumah. Suatu hari abah kembali, dan bilang yang dia sudah menikah dengan ma mimi di Siam. Aku tengok reaksi ma, kosong. Agaknya ma memang sudah menjangka yang abah akan kahwin dengan ma mimi. Aku kelu. Aku ibarat tiang lampu, berdiri di tengah-tengah antara abah dan ma. Aku boleh agak akan terjadinya perpisahan antara abah dan ma.

Abah cuba merapatkan aku dengan ma mimi. Tapi, aku sayangkan ma. Ma adalah ibu yang melahirkan dan membesarkan aku. Ma jadi macam ni pun sebab abah main kayu tiga. Aku tak dapat nak terima orang lain selain ma dalam hidup aku. Di sebabkan sudah tak tahan lagi dengan cara abah untuk paksa aku terima ma mimi, aku nekad ajak ma lari dari rumah. Biar lah abah bahagia dengan bini barunya, iaitu ma mimi. 

Sekarang, aku dan ma berada jauh dari abah dan ma mimi. Aku bahagia dengan ma, walaupun hidup kami tidak semewah dulu. Tak mengapa, janji aku dan ma bahagia bersama, bahagia selamanya. Aku sekarang buat keja sambilan, membantu jiranku yang aku panggil pakcik berniaga di pasar malam. Ma pula kerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya besar berhampiran rumah sewa kami. Aku minta ma berhenti dari bekerja sebagai penyanyi latar di kelab. Bila ma ada cuti, ma akan bantu aku dan pakcik meniaga. Mungkin tak lama lagi aku akan mendapat bakal ayah tiri baru sebabnya ma sekarang aku lihat sudah semakin rapat dengan pakcik yang sebenarnya sudah lama menjanda. Aku harap, selepas kes penceraian abah dan ma selesai, boleh lah ma berkahwin dengan pakcik. Biar lah ma dengan hidup ma, abah dengan hidup abah.

Apa-apa pun, sebagai anak, aku doakan abah dan ma bahagia dunia akhirat. Amin.




ps: sebenarnya, pagi ni aku dapat sms sesat dari nombor yang tak di kenali. kandungan sms tu sebijik macam kat atas. kesian pulak bila baca sms yang tak bertitik ni. sayu je hati. mungkin ada masalah keluarga. 
tapi cerita kat atas ni aku reka je. hehe. jangan marah ek tuan punya sms, 
aku publishkan sms hang kat sini. itu lah, lain kali ingat betul-betul nombor telefon abah sendiri. ini tidak, main hantar je sms kat aku. eekekeke..

Status

Status rakan-rakan wanita di satu laman web yang terkenal seluruh dunia.



Lin: Alhamdulillah, Adam dah berumur 3 bulan pada hari ini.


Umi: Nak beli hadiah birthday apa ek kat Zariff?


Syidah: Ohhhh.. Sedihnya nak tinggalkan Iman kat rumah pengasuh. Dia merengek-rengek.


Alid: Encik suami, tolong balik kerja cepat sikit petang ni. Dah janji kan nak keluar celebrate anniversary kat Hotel Hilton.


Ila: Terima kasih B sebab tolong sidaikan baju semalam. 


Wan: Semoga anak ibu membesar jadi anak yang solehah.


Seronok bila baca status kawan-kawan kat laman web terkenal ni. Kebanyakkan perempuan lebih gemar post status berkenaan anak mahupun suami. Tapi kadang-kadang, naik meluat pun ada. Semua benda rasa nak tempek dalam laman web tu. Dari cerita anak kembung perut susah nak berak, anak susah nak tidur, laki balik kerja lambat pi main bowling, gaduh laki bini, anak dah tumbuh gigi, nak pergi honeymoon ke 2, ke 3, nak beli handbag baru. Layan je lah.

Tapi kalau niat nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan sampai semua benda nak di cerita dalam tu, susah jugak. Kalau rajin, bukak la lawan web Ustaz Zaharuddin, baca artikel dia pasal facebook. Ada benda yang boleh di kongsi, ada benda yang tak.

Wednesday, December 15, 2010

"Adik nak ikut mak"

Adik lapar. Adik kejut mak. Mak tidur. Tak bangun-bangun. Adik rasa, mak penat. Adik rasa, mak sakit. Adik tinggal dengan mak, ayah tak ada. Mak ibu tunggal. Adik tak tahu mana ayah adik.

Adik kesian tengok mak. Mak asyik tidur je. Adik faham, mak kerja kuat nak besarkan adik. Nanti bila adik besar, adik nak tolong mak. Kalau boleh, adik nak jadi doktor. Adik nak kumpul duit banyak-banyak, nak buat rumah besar untuk mak. Adik nak bawak mak jalan-jalan. Mak tak pernah bawak adik jalan-jalan. Adik faham, mak tak ada duit. Tapi tak pe, adik sayang mak. Kalau adik jadi doktor, adik boleh tolong ubatkan sakit-sakit mak adik. Adik janji.

Hari tu, mak adik gaduh-gaduh dengan tuan rumah. Mak dah berapa bulan tak bayar sewa rumah. Tuan rumah nak halau mak dengan adik keluar dari sini. Mana adik dengan mak nak tinggal lepas ni?? Tapi mak janji, mak akan bayar sewa rumah lepas dapat gaji hujung bulan nanti. Adik nampak muka mak sedih sangat. Adik nak tolong mak, nak kurangkan beban mak. Tapi adik kecik lagi, adik tak boleh kerja. Mak pesan, suruh adik belajar rajin-rajin. Ilmu je boleh bantu adik suatu hari nanti, adik ingat pesan mak. "Adik janji, adik akan belajar sungguh-sungguh". Adik peluk mak adik.

4 hari lepas, ada orang datang rumah adik. Diorang pukul mak adik. Mak adik melawan. Mak adik menjerit. Mak adik kena pukul, kena belasah. Kesian mak adik. Mak adik menangis, tapi diorang tetap pukul mak adik. Adik nampak badan mak berdarah, luka. Mak adik mengerang sakit sampai tertidur.

Dah berapa hari mak adik tertidur. Dah berapa hari jugak adik tak makan, tak minum. Adik panggil mak, adik kejutkan mak, tapi mak tetap tak bangun-bangun. Kesian mak, mungkin mak sakit lagi. Tak pe, biar je mak tidur. Biar hilang sakit mak. Adik akan tunggu sampai mak bangun. Nanti adik nak makan dengan mak.

Adik dengar ada orang ketuk pintu rumah adik. Tapi adik tak ada tenaga nak bangun sebab adik dah berapa hari tak makan, tak minum. Ohhh.. Tuan rumah sewa adik datang. Adik tengok dia menjerit. Adik tengok dia bercakap-cakap kat telefon. Lepas tu, ramai orang datang. Adik tak kenal mereka. Adik tengok, diorang angkat mak, masukkan dalam plastik hitam dan angkat mak masuk atas trak.

Mana diorang nak bawak mak adik?? Kenapa diorang tak bagi adik ikut mak sekali?? "Abang.. tolong lah. Adik nak ikut mak. Bawak lah adik sekali. Jangan tinggal adik kat sini. Nanti adik nak tinggal dengan siapa??".




**********



SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.

Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.

Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu. 

"Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur. 
“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.

“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.

“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya. 


Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sindrom

Aku sekarang mengalami sindrom tak tau nak tulis apa kat dalam blog. Sebelum aku tekan kat new post tu, aku rasa aku nak cerita pasal video yang aku baru tengok kat facebook. Serius, rosak mood aku lepas aku tengok video tu. Di sebabkan aku malas nak rosakkan hari hangpa semua, makanya tak payah la aku letak video tu kat blog.

Sentap! Rasa nak sula je pompuan yang dera budak kecik tu. Aku rasa, hangpa pun penah tengok video ni kat facebook. Kalau hangpa tengok, tapi hangpa cakap video ni tak bagi apa-apa effect kat hangpa, memang hangpa hati batu. Aku yang berjiwa kental dan mafia ni pun boleh meleleh ayaq mata.

Kalau ada sapa-sapa nak tengok video tu, boleh tengok kat facebook. Aku yakin, hangpa akan jumpa video sorang pompuan tengah mandikan sorang budak kecik, sambil kaki dia pijak-pijak budak kecik tu. Pompuan bangang ni jirus ayaq kat muka budak kecik ni sampai budak kecik ni tercungap-cungap, tak leh nak bernafas. Budak kecik ni merangkak-rangkak nak peluk kaki pompuan ni, tapi pompuan yang aku boleh panggil pompuan celaka ni memang tak dak hati perasaan, memang berperikebabian seperti entri Linglung 2,3 hari lepas.

Arghhh.. demmmm.. Memang aku masih ternampak-nampak pompuan celaka tu pijak budak kecik tu. Maaf, aku tak boleh nak guna ayat yang sopan bila berhadapan dengan kes macam ni. Semoga Allah bagi hukuman yang setimpal kat pompuan celaka ni.

Sudah lah. Aku harap Malaysia menang menentang Vietnam. Ingat janji kerajaan, nak bagi RM 5000 untuk setiap pemain kalau menang. Bonus hujung tahun. Main pulun-pulun, dapat bonus nanti, shopping pulun-pulun jugak.


Sekian dari aku yang tak dak mood.

Tuesday, December 14, 2010

Wawasan 2020

Wawasan 2020 adalah hasil cetusan minda mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. M. Orang Kedah ni, sama macam aku. Hehe. Kagum dengan kehebatan Dr.M.

2010 dah sampai penghujung. 2011 akan muncul tak lama lagi.

Menghampiri 2020, aku syak:

- harga minyak akan makin naik dan naik. Harga gula akan naik dan naik jugak.
- kadar tol akan naik dan naik lagi.
- kes jenayah makin meningkat.
- bunuh orang dah ibarat macam pijak lipas. Tak rasa apa.


Tadi masa lunch, aku sempat tengok buletin 1.30 kat TV3. Kes nombor 1, mayat seorang OKU warga India di temua mati. Di kerat-kerat mayat tu. Apa, hang ingat badan manusia ni dah macam ayam eh? Serius, bunuh-bunuh, tembak-tembak ni dah jadi benda yang tak luar biasa pun. Dah biasa sangat sebab hari-hari ada kes macam ni. Kes nombor 2, mamat mana ntah kena tetak sampai mati. Der, slumber gila kan main tetak-tetak orang. Macam main tetak-tetak pakai pisau plastik pulak kan.

Dulu-dulu masa aku masih muda remaja dan muka belum ada jerawat, rasanya susah sangat nak dengar kes bunuh-bunuh, tetak-tetak, rogol-rogol, rasuah-rasuah, buang-buang bayi ni.

Semoga tahun 2011, kadar jenayah kat Malaysia ni berkurang. Tingkat prestasi, kurangkan kontroversi. Wassalam.

Si Pencari Kerja

Semalam ada seorang budak lelaki datang ke tempat kerja aku. Di sebabkan kerja di tempat baru ni lebih kurang macam receptionist jugak, maka aku tegur budak ni. Muda lagi, mungkin sebaya aku, tak pun sebaya adik-adik aku. Aku tanya, nak jumpa sapa.


Aku sentap, dia tunjuk mulut dan telinga sambil geleng-geleng tangan. Maksudnya, dia pekak dan bisu. Dia tunjuk gaya pen dan kertas. Aku bagi.


"Ada kosong kerja?" - dia tulis.


Terbalik ayat dia. Sepatutnya ada kerja kosong.


"Tak tahu" - aku tulis.


Aku betul-betul tak tau ada kerja kosong atau tak. Dia kelam kabut keluarkan kertas yang banyak dari beg. 


"Resume" - dia tulis.


"Ok, nanti saya pass kat HR" - aku tulis. 


Aku ingat dah setel dan dia pun nak beransur dari situ, jadinya aku tarik kertas dan pen, simpan. Tiba-tiba aku tengok budak tu macam nak cakap something. Aku hulur balik kertas dan pen.


"Saya nak mintak no telefon awak" - dia tulis.


Mulanya aku nak bagi no telefon ofis, terlupa pulak macam mana budak ni call sebab dia ada tulis dekat resume no telefon dia, tapi untuk SMS saja. Jadi, aku bagi jugak no telefon aku.


Aku sempat belek resume dia, budak Politeknik Shah Alam. Course apa aku tak pasti. Aku harap dia dapat pekerjaan yang baik. Hati aku sentap, aku tak pernah communicate dengan orang bisu macam tu. 




Semalam jugak, adik aku pergi interview. Dia tolak kerja tu, sebab dia kata, gaji yang di tawarkan tu rendah. Aku tanya rendah yang macam mana, dia kata, company tu offer RM 2.3k saja. Ok, malas nak cakap apa. Aku sendiri tak tau berapa dia expect untuk kerja tu. Yang penting, sekarang ni tak senang nak dapat kerja, tambah-tambah lagi untuk fresh graduate macam dia.



i) budak lelaki tu pakai 2 handphone canggih. 1 blackberry, 1 lagi sony ericson. Aku pulak pakai dua-dua handphone cokia cap ayam. Arghhh.. bersyukur lah GC pakai handphone murah, janji hang sihat walafiat.



ii) kawan aku, ada degree, kerja dengan gaji bawah RM 1k sebab tak ada pilihan. Janji kerja.

Monday, December 13, 2010

Ahad atau isnin??

Pada suatu hari di waktu pagi, ada seorang budak yang puas bercuti selama 2 hari di rumah. Dia selalunya datang awal ke ofis mengalahkan boss yang hendak memeriksa kedatangan pekerja lain. Apabila dia sampai ke ofis, maka dia pun terkejut dan mengejutkan dirinya sendiri.


Ohhh.. tidak!!! Gate ofis masih berkunci!!! Maka dia pun bertanya di dalam hati, "ehhh.. hari ini hari apakah?" Gate masih berkunci adakah menandakan hari ini hari ahad?? Ohhh demmmm... Kenapakah aku datang bekerja pada hari ahad! Memang aku buang tebiat rajin nak mampos mengalahkan orang nak dapat bonus sedangkan sumpah memang aku tak ada bonus sebab aku baru sahaja mula berkerja di sini selama 13 hari dan di tolak cuti pada Sabtu dan Ahad.


Maka, budak itu pun berfikir dan berfikir sejenak? Pastikah hari ini hari isnin??? Yes, pasti sama sekali kerana selama 2 hari budak itu memerap di rumah mengemop lantai dan menonton DVD cerita hantu yang sangat bodoh hantunya. Confirm la, memang hari ini adalah isnin, bukan ahad. Budak itu pun mencari fakta ke dua yang mengatakan bahawa hari ini adalah hari isnin.


Makanya lagi, budak itu pun segera mengambil handphone cokia cap ayam beliau dan mencari perkataan kalendar di dalam menu handphone cap ayamnya. Sahhh la weh, memang tertera di situ perkata "Monday". Maka budak itu pun merasa gembira kerana beliau berada di pihak yang benar.



** Buat Auntie cleaner yang cuti tak kabo ker teman tu, selamat bercuti. Nahas gua start keta dan balik rumah untuk tidur dan sambung tengok DVD. Kat ofis ni, masa mula kerja tiap-tiap orang tak sama. Aku datang awal sikit, dan selalunya Auntie cleaner yang datang awal, bukakan gate ofis.

Friday, December 10, 2010

Sup Bunjut

Masa tu mak aku buat sup ayam. Sedap. Dan sangat sedap. Kalau dua kali aku ulang perkataan sedap tu, maknanya memang sedap.

Pernah tak jumpa makanan yang sedap? Tak pernah? Cisss.. Kesian... Tapi masakan yang mak buat, semuanya memang sedap. Dan sekarang aku sangat kangen dengan masakan mak. Jahat punya anak, bukan rindu kat mak, tapi rindu masakan mak.

Ohh mak, maafkan aku..

Nak cerita, mak aku memang pandai masak, tapi sayang, kepandaian masak itu tidak di warisi kepada aku. Sama jugak seperti lirik lagu Raihan, Iman Mutiara, "iman tidak dapat diwarisi". Maaf, aku tak berapa ingat lirik yang sebenar.

Cerita pasal sup bunjut, mak aku buat sup ayam biasa pakai sup bunjut. Ni gambar sup bunjut untuk tatapan mereka-mereka yang jarang masuk ke dapur. Heheh.






Hari tu, mungkin tahap lapar dan kebuloq yang amat, aku hirup kuah sup sampai ke titisan yang terakhir. Siap angkat mangkuk dan hirup terus dari mangkuk. Memang agak tidak senonoh kalau mak mertua tengok, tapi itu la tandanya makanan itu tersangat sedap. Seharusnya sesiapa yang memiliki kepandaian untuk memasak masakan yang sedap sehingga orang yang makan sudi untuk menjilat pinggan, maka orang yang masak itu harus kagum dan bangga dengan dengan diri sendiri walaupun orang yang masak itu tidak mampu menandingi kehebatan Chef Wan di dapur.

Ayam semua dah aku telan, kuah semua dah aku hirup. Akhir sekali hanya tinggal sup bunjut sahaja di dalam periuk. Tergerak dalam hati nak menghirup saki baki kuah sup yang mungkin ada pada sup bunjut.

Srotttttttttttttt....

Tergamam selama 2 minit!

Hekkkk... Tuiiiiiii....

Rasa memang terbaik!! Memang nombor 1. Malas aku nak cerita apa rasa sup bunjut tu. Please try at home.

Thursday, December 9, 2010

25 things about me

Aku nak menjawab hutang tag. Rasanya ada beberapa rakan blogger yang tag aku pasal mende ni. So, demi menjaga hati kawan-kawan, haha. Aku akan jawab jugak walaupun masa yang aku ambik untuk jawab tag ni agak lama. Sori lah ye kawan.

Peraturan tag tu, lepas kita dah jawab, kita kena tag 25 kawan-kawan yang lain. Tapi aku syak, dah ramai kan yang jawab tag ni. So, tak payah tag sapa2 la ek. Sonang keje aku sikit. Haha.

Berikut adalah fakta-fakta penting berkenaan dengan aku:

1. Aku kenal dunia blogging ni melalui adik aku. Terima kasih mek mi yang tolong kenalkan kak hang dalam bidang pembloggingan ini. (eh, ada ka perkataan pembloggingan ni?).

2. First entri aku rasanya bermula pada bulan Januari. Jadi, masuk Disember ni, dah dekat 12 bulan jugak aku jadi blogger. Hehehe. Kalau baca balik entri-entri lama, sumpah nak gelak. (cehhh.. entri-entri sekarang pun poyo gak, tapi layan je la ek).

3. Aku start pakai domain masa nak raya posa aritu. Saja gedik. Padan muka, terbang duit RM 40. Haha.

4. Aku tak pernah cash out lagi, tapi awal Disember, aku tergatai tekan Cash out my earning. Haha. Tipu lah sangat kata tergatai tekan, padahal memang ada niat nak tekan pun. Lalalala....


Cukup lah kot cerita pasal dunia blogging aku. Kali ni masuk bab personal life pulak. Hehe.

5. Aku memang sejati orang Kedah, mak pak memang asal dari Kedah. Kampung aku terletak dalam daerah terbesar dalam negeri Kedah. 

6. Masa kecik aku di besarkan oleh tok (nenek) sampai darjah 6.

7. Aku pernah jatuh dalam telaga masa ikut tok mandi. Umur dalam 4 tahun kalau tak salah aku, mak aku masa tu tengah berpantang kat adik aku. Orang cakap kat mak aku, aku jatuh dalam telaga, mak aku lari sambil menangis. Hihi. Kesian mak. Sorry, orang nakal sikit.

8. Aku pernah jatuh pokok getah, akibatnya tangan kanan aku patah. Masa tu darjah 4. Aku rasa, kesan dari patah tangan tu, tangan aku memang cepat lenguh, kalau sejuk tangan aku rasa sengal gila. Kalau drive jauh-jauh, memang akan terasa lenguh. Huhu.

9. Masa kat sekolah rendah, aku jadi wakil sekolah untuk acara bersyair, bersajak, berlakon, nasyid. Aku serius malu. Budak-budak laki kat sekolah rendah aku cakap suara aku sangat sedap masa nyanyi lagu Bahtera Merdeka. Dan aku sangat marah. suka tahap nak guling-guling atas lantai. Aku syak itu taktik nak mengorat aku je tu.

10. Masa sekolah menengah, aku pernah gaduh dengan cikgu aku. Dia tuduh aku meniru masa gerak gempur matematik. Serius, aku rasa malu dia tuduh aku macam tu. Oprah Winfrey penah pesan kat aku, berani kerana benar. Aku pun cakap kat cikgu, "Cikgu ni suka-suka hati je tuduh saya meniru". Esoknya, aku kena panggil ke bilik kaunseling. Cikgu kaunseling mintak aku pergi jumpa cikgu tu dan mintak maaf, aku bantah, aku cakap bukan salah aku, tapi aku buat jugak. Dalam bilik guru, depan cikgu-cikgu lain aku mintak maaf kat cikgu tu, tapi cikgu tu malukan aku, dia cakap nak letak kelakuan aku sederhana dalam sijil berhenti sekolah. 1 sekolah kecoh pasal aku gaduh dengan cikgu.

11. Aku tak pernah ponteng kelas Matematik dan Matematik Tambahan. Tapi aku selalu ponteng kelas Fizik, Kimia dan Biologi, sebab tu tiga-tiga subjek ni sangat membencikan aku dan menyebabkan sijil SPM aku kelihatan sangat menarik dengan nombor-nombor yang menghampiri nombor 10.

12. Aku dulu masuk taekwondo, wakil daerah pi lawan kat kompleks sukan di Alor Setar. Masa tu aku kurus lagi, main untuk kategori bawah 41 kg. Aku pernah dapat bronze dan silver je, gold tak pernah. Gold sangat membenci diriku juga. Huhuh.

13. Aku boleh menoreh getah.

14. Aku di panggil Dikti masa aku kat sekolah menengah. Masa tu aku suka kawan dengan kakak-kakak Form 6, so depa panggil aku Diktie. Nama ni melekat sampai sekarang.

15. Masa kat Uitm, aku pernah rosakkan Tv housemate aku. Kes? Aku tukar channel pakai kaki je, pasal rak tv tu rendah. Remote takde, so aku malas bangun, jadi aku tekan je dengan kaki. Tiba-tiba, button tu termasuk ke dalam. Mampos. Aku cakap kat housemate aku, button tu rosak. Housemate aku baik, dia cakap takpe. Haha. Then, dia bawak pi repair. Sampai sekarang dia taktau. Haha.

16. Aku guna Maxis dan Celcom. Aku bawak 2 handphone. Menyemak. Rasa macam nak tukar handphone baru. Haha.

17. Aku dah 26 tahun, bukan bujang, tapi purse aku sebijik budak-budak punya. Muat untuk aku letak kad-kad penting dan duit. Syiling aku letak dalam purse kecik yang mak aku dapat masa beli barang kemas.

18. Aku tak ada handbag. Aku syak itu gaya orang-orang muda berlagak matang. Haha. Aku pakai bag warna purple yang aku dapat free masa beli kasut. Senang, nak sumbat 2 handphone, charger, kunci-kunci segala mak nenek, baju 2,3 pasang pun lepas.

19. Tahun 2010 adalah tahun yang betul-betul merubah hidup aku. Tahun ni aku mula kenal dunia blogging, tahun ni jugak aku change status. Bertunang bulan 2, kawin bulan 11.

20. Aku kenal laki aku melalui kawan aku. So, kami mula dengan cakap dan sms. Lepas 3, 4 bulan baru jumpa. Masa first date, aku tipu dia aku pakai baju kaler lain, padahal aku pakai kaler lain.

21. Aku pernah hilang moto yang baru di beli tak sampai sebulan. Motor EX5 yang lebih di kenali sebagai motor mat rempit. Masa tu aku pergi konvo kat Uitm Shah Alam. Sedih, tapi aku redha.

22. Lepas grad, aku pernah keja cikgu ganti. Ajar Matematik untuk budak darjah 3 dan darjah 1. Literasi Komputer untuk budak darjah 4. Pendidikan Jasmani untuk budak darjah 1. Mak aku pesan, jangan buat (pukul) anak orang. Haha.

23. Aku dah berapa kali kena saman. Dah 3 kali aku setel saman. First saman aku, speeding. Masa tu drive kat Sungai Petani, had laju 60 km/j. Aku bawak 79km/j. Second, kena saman dengan JPJ sebab langgar lampu merah. Saman sekali dengan pakej tazkirah oleh encik JPJ. Third, kena saman masa accident hari tu. Rajin bersedekah betul aku ni. Haha.

24. Ayah cakap aku tak pandai masak. Just pandai buat sambal belacan. Sampai hati ayah. Huhu.

25. Aku originally memang orang kampung, dan aku suka life aku as orang kampung. Best jadi orang kampung. Pergi memancing kat bendang, cari rebung kat hutan, tebang pisang kat pokok, pergi amek ubi kayu kat pokok, tanam sendiri serai/ pokok-pokok kat tepi rumah, kalau kenduri tak payah upah katering, macam-macam lah. Haha.

26. Serius panjang gila entri kali ni. Haha.

27. Cukup la eh, rasa lenguh pulak tulis panjang-panjang camni.

28. Alhamdulillah, aku berjaya setelkan hutang tag. Lega.

29. Lepas ni, tolong tag yang simple-simple sikit ye.

30. Terima kasih sebab sudi menghabiskan masa baca entri yang panjang macam esei sekolah menengah ni. Sekian, tata -.

Telefon berbunyi kringg kringg kringg

Hujan pagi. Sejuk. Tempek bedak sikit-sikit, letak lip gloss, rasa macam dah tersangat cun, tiba-tiba dengar handphone berbunyi.


'Telefon berbunyi, kringg kringg kringg. Ku angkat ku tanya siapa'.


Ringtone yang tak berapa best kedengaran. Aku lari-lari ibu, tak pernah dapat call pagi-pagi macam ni. Ohh.. Nombor yang tidak dikenali. Siapa kah??


Aku: Hello.
Jantan: Kat mana?
Aku: Kat mana apa?
Jantan: Eh, ni kat mana?
Aku: Perak. Ni sapa?
Jantan: Ni Abg Wan. Jauhnya kat Perak.
Aku: Eh, saya tak kenai ar awak ni. Salah nombor kot.
Jantan: Eh tak, nombor awak ni pernah naik kat telefon saya.
Aku: Agak-agak la, mana penah saya call awak ni. (grrrrrrr....)
Jantan: Ni tak kerja ka? (sebok pulak nak tanya orang kerja ka tak)
Aku: Ni saya nak pi keja la ni. Dah la, saya dah lambat. (auuuummmmm.. tunggu masa nak maki orang je ni).


Panggg.. Terus aku letak. Serupa handphone ni ada ganggang telefon. Ngok betui. Nak mengorat pun, agak-agak la bang. Pagi-pagi sangat der telefon. Kalau lama sikit cakap tadi, konpem kena maki. Aku pun dah lama tak maki orang dalam bahasa ibunda aku iaitu bahasa Kedah.


Sekian, tata -

Wednesday, December 8, 2010

Andai ku tahu

Salam Maal Hijrah buat semua.

Aku consider diri aku ni masih baru kat tempat tinggal aku sekarang. Dan yang aku rasa masih tak boleh di terima oleh akal aku yang bijak ni, orang-orang kat sini makan bihun sup untuk sarapan pagi. Ok, mula-mula aku kagum. Bila aku terfolo aksi mereka ni, ropa-ropanya bihun sup kat kedai tu memang sedap. No wonder, tak kira siang atau malam, orang masih nak makan bihun sup kat kedai tu.


Anak cacing dalam perot pun dah mula request bihun sup tengah malam. Memang nak kena makan ubat vitamin yang macam selalu dapat masa kat sekolah dulu, makan je ubat vitamin tu, berak pun kuar cacing. Haha. Aman sikit perot nih. Tak la anak-anak cacing ni berani nak request makanan-makanan sedap tengah malam. Lempang kang baru tauuuu...


Kat sini jugak, dah dua kali aku melantak char koteaw. Tapi char koteaw sini tak sodap sangat der. Tak kena dengan selera anak tekak aku nih. Dah la koteaw peseng kecik-kecik tu. Paling sodap char koteaw aku makan, kat Kem Sungai Layaq SP. Homaigod! Veli-veli sedap. Kalah char koteaw yang kat Penang.


Hapa motif aku cer pasal makanan untuk entri ni? Pasainya ialah dan ialah, mak mertua cakap nak makan laksa Kedah. Mak mertua baru ada 2 menantu, sorang menantu Perak, dan sorang menantu Kedah. Dan sorang menantu Kedah itu ialah aku. Har har har. Jangan laksa jadi kuah asam pedas dah laaaa... Lalalala.. Aku chow dulu noh, nak google resipi laksa Kedah yang horliyauuuuu sat... Sapa ada resipi yang sodap-sodap, sila roger aku okeh. Aku roger and out dulu.


Tata -

Monday, December 6, 2010

Pahala bersedekah

Ganjaran untuk orang yang bersedekah itu bukan kecik nilainya. Tak kira kecik atau besar jumlah sedekah anda, yang penting niat bersedekah. Allah pasti akan memberi ganjaran kepada anda. Alhamdulillah.


Ada gaya macam Ustazah Siti Bahyah dak??? Terima kasih kalau ada yang cakap gaya aku dah mirip-mirip pasangan pengacara Semanis Kurma yang romantika de amor nih.


Aku pun nak cerita, yang aku baru saja huluq RM 300 kat PBK, suruh pi 'sedekah' kat PDRM. Masuk kali ni, dah berapa kali aku buat amal jariah. Baguih nohhhh. Mana nak cari rakyat Malaysia yang baguih macam aku nih???? Aku saja bagi RM 300, harap-harap ada balance lagi.


Kalau saman aku tu boleh diskaun 50%, duit balance tu boleh buat modal nak cat kereta, tak pun beli TV. Kesian dah kat aku ni haaaa, asyik tengok muka dinding ja. Huhuhu.




ps: Sabtu lepas ikut PBK pi cari kerang. Dapat la dalam 2 kilo lebih. Aku dok atas tebing je. Hahaha. Balik rumah, terus rebus. Delisyesssss.

Kompang di palu, pengantin malu

Wahaha.. Tajuk macam cipan.. Lantak lah.. Macam best je bunyi tajuk ni.. Ekekeke.. Aritu aku ada janji nak tunjuk gambar kawin kan? Alololo.. Aku malu sebenarnya.. Kang hangpa cakap aku poyo plak.. Nak menunjuk-nunjuk rupa paras yang comel dan cun tu.. Hahaha..


So, dah tengok gambar, kalau jumpa kat mana-mana tu, sila lah tegur aku.. Aku bukan orang yang sombong.. Walaupun muka je serius, tapi dalam hati ada taman.. Ekekeke..














ps: macho tak aku weh? boleh tak masuk Dewi Remaja 2011? har har har.



Wednesday, December 1, 2010

Salam Rindu

Salam rindu dari gua kat lu orang semua. Gua sekarang kat kompeni baru. Orientation sampai hari jumaat nanti. Dan perut gua sangat pedih, lapaq. Anak cacing bagai mengigit-gigit urat perut gua. Cepat lah sampai pukul 1.


Nanti bila kerja gua dah agak stable kat sini, gua janji akan letak gambar kat sini. Lu orang jangan kutuk plak gambar kacak gua ek. Hihi.


Ada masa, gua bersiaran lagi. Tak lupa, gua nak jenguk balik blog lu orang semua. Duit Nuffnang gua cukup dah kalau nak tampung bayar saman gua. Hahahaha.


Esok besday gua yang ke dot dot dot, jangan lupa wish dan bagi hadiah kat gua. Kalau tak, gua merajuk!! Tak mo kawan dengan lu orang lagi. Hahaha.

Friday, November 26, 2010

Tuesday, November 16, 2010

TAK SELAMAT VS SELAMAT

Gua accident pagi kemarin, Pergi hantam belakang bontot Honda City yang gebussss. Salah gua, folo belakang kereta rapat sangat. Mujur Ah Wong sangat cool, gua folo belakang Honda City yang kemek ke Balai Polis Bukit Mertajam.

Kena saman lagi.




Bontot Honda City kemek. Kereta gua teruk jugak. Tak boleh locked automatic. Gua sekarang fobia jugak nak drive. Nak kena balik kampung naik bas kah? Hahahaha. Pagi ni gua kena pergi Kurnia Insurans.


Itu cerita tak selamat. Cerita selamat, gua dah selamat jadi bini kepada laki gua. Alhamdulillah. Buat julung-julung kalinya, tatap lah gambar gua yang tak comel nih sebagai hadiah perkahwinan dari gua untuk lu orang dan juga sempena penutupan blog gua. Jangan rindukan gua yer. Kalau jumpa gua, jangan lupa tegur. Jumpa nanti di Lumut, Perak.


  Gua mengaku, gua tak comel sebenarnya.. Har har har..


Ni cerita pasal cincin, ekceli member-member satu ofis gua ada collect duit, belikan subang emas kat gua sebagai hadiah kawin. Tapi di sebabkan cuping telinga gua kecik, maka gua pergi tukar. Tak jumpa subang yang berkenan, maka gua tukar ke cincin. Harga asal RM230, harga cincin RM233, maka gua kena tambah RM3 sajorkkk. Hahaha. Murah saja cincin tu, tapi gua tak kisah. Janji mak mertua tak perasan yang itu cincin baru. Ekekekeke.

ps: tenggggsss sebab jadi kawan yang baik untuk gua selama beberapa bulan gua berblogging ni. Insyaallah, gua akan muncul balik. samada cepat atau lambat. hihihi. macam selalu gua cakap, jangan rindu gua banyak2 sangat, takut luruh bulu mata gua. hahahha. insyaallah, jumpa lagi nanti.



Monday, November 15, 2010

ENTRI MELEKAT SAMPAI NOVEMBER 2010 - ENTRI BARU DI BAWAH

Gua nak belanja lu orang makan.
Sila datang ke rumah gua 20 November 2010.
Sila kelikk untuk tumbesaran yang lebih jelas.

Gua malas nak pos der
Setem sekarang 6 kupang kalo pos
Ingat bakal laki gua manager Pos Malaysia ek?
So, kad yang baru gua pos tak lebih dari 20 keping
Yang dapat tu, kira orang yang bertuah saja
Kah kah kah

Gua nikah 14 November 2010
Bapak gua buat makan-makan jugak
Boleh datang sesapa yang dekat tu
Tak payah la bawak hadiah
Niat gua baik, nak jamu lu orang makan
Tapi lebih afdal sekiranya bawak hadiah..
Kan???





Yang ni pulak belah bakal suami gua
Kenduri 21 November 2010
Kalau dekat, buleh turun ramai-ramai




Sapa yang baca entri ni, kira di jemput la eh..


Friday, November 12, 2010

Cincin emas berharga 3 ringgit...!!!!

Terkejut tak kalau gua cakap, cincin di jari manis gua sekarang, gua cuma perlu bayar 3 ringgit je untuk cincin seberat 1.36 gram. Untuk budak-budak sekolah yang tak tau, meh sini ahkak comel nak bagitau, harga emas semasa kalau tak salah gua dalam 157 ringgit / gram.


Nak tau tak macam mana ahkak comel boleh dapat sebentuk cincin emas 916 dengan harga 3 ringgit je???


Meh la dekat sikit ahkak comel nak bagitau. Rapatkan telinga adik-adik semua ke mulot ahkak comel, biar terkena ayaq liyuq ahkak comel ni. Hahaha. Ayaq liyuq tu lah berkat untuk mendapat kepandaian ahkak comel ye adik-adik.


Sekarang ahkak comel dah ada pengganti untuk cincin tunang ahkak comel yang hilang tempoh hari. Esok kalau mak mertua ahkak comel datang, idok la dia perasan yang ahkak comel tak pakai cincin tunang, tapi pakai cincin baru. Ekekeke. Sumpah der, bakal mak mertua tarak perasan punya ini cincin tunang ker cincin tak bertunang. Alololo.


Murah kan cincin baru ahkak comel. Serius der, memang ahkak comel dapat dengan harga 3 ringgit saja. So cheap, ibarat kata nenek ahkak comel. Ye yeahhh.. Dah ada cincin! Dah ada cincin!

Gua yang nak menikah, kenapa orang lain yang terlebih cuak??

Tolong lah doakan yang baik untuk gua, bukan buat gua tension atau stress dengan kecuakkan lu orang. Gua yang nak menikah, kenapa orang lain yang terlebih cuak. Terima kasih buat yang mengambil berat, tapi cara lu orang buat gua jadi stress. Tak faham gua. Apa bezanya gua menikah hari Ahad ataupun Sabtu? Cuma dicepatkan satu hari saja. Tak payah la nak cakap kat gua, "kesian, mesti kelam kabut kan". Demmm.. Jangan simpati kat gua macam tu. Gua just mintak, tolong doakan majlis pernikahan gua berlangsung dengan lancar. Itu je.


Gua nak kabo, majlis apa pun mesti akan kelam kabut. Hatta nak sambut birthday tiup-tiup lilin, nak buat open house panggil kawan-kawan 2,3 orang pun tetap akan kelam kabut, ini kan pulak majlis nikah. Semua majlis akan ada istilah kelam kabut okeh. Tapi, pandai-pandai lah handle. Kita buat takat yang termampu. Kelam kabut is normal hatta gua menikah hari yang sama (14hb November), kelam kabut tu tetap akan ada.


Tak, gua tak cakap pasal lu orang kawan-kawan blog gua. Gua cakap pasal orang lain. Gua cool, tapi orang lain yang tak cool. Sekarang gua stress sebab orang-orang macam ni.



ps: semoga perjalanan adik-adik gua yang belajar kat Melaka & Skudai tu selamat. Jangan risau, pagi esok, gua jemput lu orang kat Stesen Bas Sg. Petani. Ohh demm.. Gua teringat kek sikeret resepi yang gua beli semalam. So delisyesss..

Thursday, November 11, 2010

DI TUNDA!!

SAJA NAK GUNA HURUF BESAR. NAK NAMPAK YANG ENTRI NI VERY MENGEJUT.

GUA BARU DAPAT CALL DARI BAKAL LAKI GUA.

BAKAL LAKI GUA KENA PERGI SOMEWHERE OVER THE RAINBOW. HAHAHA.

TARIKH NIKAH GUA KENA TUNDA!!!

BUKAN 14 NOVEMBER NANTI.

BUKAN JUGAK 15 & 16 NOVEMBER SEBAB GUA DAN DIA MASIH KERJA.

TARIKH YANG ADA SEKARANG HANYA 17, 18 & 19 NOVEMBER.




OHHH.. DEMMM!! GUA KENA KABO KAT FAMILY GUA PASAL HAL NI. FAMILY GUA KAT KAMPUNG BELOM TAU LAGI. DAPAT CALL TADI, TERUS GUA KELIK NEW POST, BAGITAU KAT LU ORANG DULU. BEGITU PENTING LU ORANG DI HATI GUA KAN. HAHAHA.

Teknik nak dapatkan muka comel untuk di upload kat Facebook

Tajuk memang gila vavi punya panjang. Hahaha. Ok, ok. Sila serius.
Hai, nama saya Maya. Saya adalah bini kepada Adam, mama kepada Mia.
Ingat tak cerita Adamaya kat tibi dulu, ohhh itu cerita pasal saya dan laki saya.


Laki saya kerja jurugambar. Orang kampung saya kata photographer.
Di sebabkan laki saya tu sangat pandai amek gambar sampai bukak pameran bagai,
maka bakat dan kreativiti laki saya tu dah tercilok oleh saya sendiri.
Bak kata pepatah Megan Fox, mana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan dan lantai.


Berbalik kepada tajuk kita di atas, model yang akan kita gunakan pada hari
yang indah ini ialah Zahra budak gebussss.
Lihat saja pipi Zahra yang tembam dan gebuss,
dan fokuskan pada muka,
maka snap gambar.
Tadaaaa... Sekali terfokus kat lobang hidong Zahra.



Sekarang, kita akan memokus kepada kebulatan bijik mata pulokkk.
Arahkan model anda fokus pada kamera,
dan anda sebagai jurugambar,
fokus dengan baekkk dan snappppp..
Tadaaa... Nampak kan bijik mata yang bulat itu.

 

Untuk mendapatkan dahi jendul seperti model kita anda,
mudah saja caranya.
Angkat kamera tinggi sikit dari dahi,
bulatkan mata anda besar-besar,
dan snapppp.
Hati-hati, jangan terkeluar bijik mata anda sudehhh.

 


Break time.
Model kita lapo. Kasi dia minum susu dulu.
Pakaian sudah tukar sebab model kita sudah berak.


 

Gambar seterusnya, model kita telah mencuba aksi berani iaitu
aksi menjelirkan lidah.
Sangat bahaya aksi ini sekiranya ditiru oleh gadis-gadis atau wanita-wanita
di luar sana.
So, amaran keras dari saya, don't try this at home!!




Gambar berikutnya, model telah di arahkan untuk meletakkan jari telunjuk di
tepi bibir seolah-olah menunjukkan ke arah tahi lalat di tepi bibir,
gaya seorang seorang selebriti bergambar dalam majalah buah-buahan iaitu Mangga.
Tapi model sangatlah tidak mendengar arahan, maka di masukkan jari jemari
beliau ke dalam mulut.
Nanti saya akan tolak gaji model ini sebab keengganan dia untuk
membuat aksi seperti yang telah di arahkan.



Alamak.. Model mintak rehat lagi.
Nak minum. Dahaga sangat, cuaca panas dowh.


Lambat pulak susu ni, angkat sikit botol ni.
Biar cepat habis.



Selepas berehat beberapa ketika, model mula buat perangai.
Sekejap hendak minum, sekejap hendak berak, sekejap hendak tidur.
Saya malas nak berurusan dengan model yang banyak songeh nih,
maka saya terus memecat beliau.


Sekian sahaja tips dan panduan dari saya macam mana
untuk mendapatkan muka cun untuk di upload ke dalam Facebook.
Selamat mencuba dan renung-renungkan, dan selamat merenung.
See yuuu bebeh.



Now you see, now you don't



Harga 1 set RM 11.00 
Mee Udang dan air
Menu makan malam yang maveles
Udang besar tiga ekoq
Tak cukup!!
Patutnya letak udang besar 10 ekoq baru sesuai dengan nama Mee Udang




Keadaan masih terkawal
Mee Udang kelihatan masih normal
Air pun kelihatan masih waras




Gelas yang tinggi kelihatan seperti Menara Alor Star
Gagah berdiri
Abaikan brader berbaju hitam di belakang



Baca doa makan
Srottt
Slurpppp
Deshum.. deshummm...
Kebabommm...
Tadaaaaaaaaaaaaaa....




Yang kelihatan hanya kuah dan selonggok bahan terbiar
Kulit udang, bawang goreng, bahan hiasan, sawi
Benda yang tak dapat di telan, susun biar elok di tepi pinggan
Nampak kemas dan mudah nak makan

Terima kasih rakan serumah yang sudi belanja
Esok my turn belanja awak makan nasik kandar Makbul pulak ye

Wednesday, November 10, 2010

Rezeki Pagi-pagi

Pagi ni gua dapat 2 angpow
Berapa RM dalam tu, tak payah la gua kabo
Cukup lah nak makan seminggu
Konpem petang ni gua pi beli mekdi
Kalau tak cukup, tambah pulak dengan kepsi
Hahaha
Tetiba anak cacing dalam perot kabo kata dah lama tak makan nasik kandaq
Pekena nasik kandaq kat Makbul Bayan Baru tu syiok jugak nih


Kenapa gua dapat angpow??
Angpow kawin lah
Lagipun 16hb gua last kerja kat kompeni ni
1 Dec gua mula kerja kat kompeni baru
Cuak nak mula kerja tempat baru lagi hebat dari cuak nak menikah 14hb nanti
Hahaha
13hb baru gua balik kampung
Misi utama gua, nak cari balik cincin tunang gua yang belum jumpa tu
Demm betui!!
Kalau tak jumpa jugak, memang kena tunggu duit Nuffnang tu up and up
Hahaha


Sapa nak ikot gua pergi makan-makan, sila angkat tangan
Tak larat angkat tangan, buleh angkat kaki




Pesanan penaja 1: gua dah deactivate akaun mukabuku gua. hahaha. sapa-sapa nak berkenalan dengan gua, sila tinggalkan email lu kat ruangan komen.

Pesanan penaja 2: kenapa bila gua dah nak kawin ni, baru gua tau ramai yang cuba ngorat gua dulu, dan lagi, gua boleh tak perasan hint depa?? Ohh demmm jugak ni. Hahahaha.

Tuesday, November 9, 2010

Beberapa bulan akan datang...

Beberapa bulan akan datang...

"Abang, tengok akaun Nuffnang Ayang ni. Dah ada dekat 4 juta dah. Boleh kan Ayang nak cash out", gua jerit manja kat laki gua yang gua panggil abang walaupun umur beliau sebaya gua. Laki gua pun mai dekat lappy gua yang berwarna hitam, di beli dari hasil tabungan gua selama beberapa puluh tahun hidup di muka bumi ini. Berukband pula di bayar oleh laki gua tiap-tiap bulan. Terima kasih Abang.

"Ayang nak buat apa dengan duit hasil berblogging nih?", tanya laki gua dengan gaya ingin tahu beliau. Sebijik gaya Horatio, brader rambut oren dalam cerita CSI MIAMI. Ohhh.. Comel je muka laki gua, no wonder lah gua boleh jatuh cinta dan terima lamaran beliau yang langsung tak romantik tu. Hahaha. Tapi tetap gua terima. Suwettt kan gua.

"Adalahhhhhhhh... Surprise.. Tak leh habaq.. Kalau habaq, nanti tak surprise lah sayang", alolololo.. cam taikkk pun ada dialog ni. Tapi takpe, abaikan. Anggap je ni drama sebabak dalam slot Samalenda. Hihihi.



Lokasi: Kedai Emas Habih Jewel


"Abang, Ayang nak abang pilihkan cincin baru, sebab aritu Ayang terhilangkan cincin yang abang bagi masa kita bertunang. Ayang mintak maaf". Terus menitik ayaq mata gua. Tap tap tap, habih la basah tudung gua. Gua lap dan seka ayaq mata gua dengan hujung baju t-shirt. Tisu takdak, gua kan ganas, tak main lah bawak tisu dalam beg sandang gua.

Laki gua senyum je.

Maka, bermula lah aksi memilih cincin dan menyuai padankan ke jari. Setelah berpuas hati, maka gua pun keluarkan beg duit gua yang berisi duit 4 juta hasil gua berblogging selama ni. Dengan duit 4 juta tu, gua dah berjaya membuat diri gua rasa hepi dan puas hati.

Sebabnya, gua bukan beli sebentuk cincin je, tapi terus beli setalam cincin. 4 juta beb!! Gila babik punya banyak duit gua masa tu. Kalau hilang satu cincin, ada lagi 99 cincin. Hahahaha. Gila tamak. Dan gila perasan.


Sekian, cerita gua. Budak yang tengah tension sebab terhilangkan cincin masa bertunang hari tu.



p/s: gua tak suka barang kemas, nampak macam orang tua. sebab tu gua tanggal je cincin tu, nak keluar baru gua pakai. cincin tu pulak dah longgar. jari gua dah kurus!! kenapa kurus di jari je???

Jangan Tiru Perangai Busuk Gadis Comel ye adik-adik

Sapa yang tak suka dengan fesbuk?? Gua syak dan yakin, tiap-tiap orang mesti ada akaun fesbuk. Motif nak ada fesbuk sebab takut kena kutuk ketinggalan zaman. Hahaha. Tak lah, tak semestinya kan. Dalam fesbuk jugak kita buleh jumpa kawan-kawan lama. Setuju? Kalau setuju, sila angguk sekali.

Gua suka jugak dengan fesbuk walaupun akaun fesbuk gua tunggu masa je nak deactivate. Gua rasa lebih puas bila ada blog. Motif? Gua kencing saja, gua sesaja buat ayat gitu pasalnya kompeni gua blocked fesbuk, blog je gua buleh pakai. Hahaha. Kedekut punya kompeni. Tak lah, tak kedekut sebenarnya. Sebelom ni buleh guna, sekarang dah takleh. Pasainya, ramai staff asek online fesbuk masa kerja. Buat kerja dah macam siput babi bergerak, tapi bila hapdet status baru kat fesbuk laju macam arnab.

Bercakap pasai perangai busuk Gadis Comel kat fesbuk ni, ekceli gua memang suka tengok gambar-gambar kawan gua. Bila tengok tu gua rasa nak gelak, maka gua gelak lah. Gelak pulak, macam nak ajak setan join gelak sekali.

Kadang-kadang, sambil tengok gambar-gambar kawan gua, gua gelak sorang-sorang. Nak lagi mantop, ajak geng, gelak ramai-ramai. Hahaha. Sungguh busuk perangai gua itu. Terbaru, iaitu semalam gua tengok gambar kawin member sekolah menengah gua. Memang seronok dapat gelak secara berjemaah dengan rakan serumah gua. Hahahaha. Kadang-kadang, tak ada niat pun nak gelak. Saja berminat nak tengok gambar apa yang menarik sangat sampai rasa tak segan silu nak kongsi dengan kawan-kawan.

Bagi gua, fesbuk tu ok kalau kita guna dengan cara yang betul. Sampai kadang-kadang nak communicate laki bini pun nak guna fesbuk.

"Encik suami, hari ini balik kerja awal tau. Baby dah masak special punya untuk abang".

Alololo.. Suweeettt sangat. Hahaha. Ada tu, tak segan plak letak gambar profile tu, gambar laki bini berpeluk. Aduhh.. Tau lah dah berlaki, tapi apa motif der nak letak gambar profile peseng gitu. Orang lain pun berlaki gak weh. Hahaha. Ayat macam jeles je. Keh3x. Serius!! Gua sikit pun tarak jeles. Gua lebih suka letak gambar anak sedara gua, Zahra kat dalam fesbuk sebab muka beliau persis muka gua. Hahaha.

Dan lagi perangai busuk yang gua nak kongsi dengan lu orang. Kalau ada kawan-kawan gua letak "in relationship with". Hahaha. Gua dengan kepochinya akan masuk ke wall pakwe/ makwe kawan gua tu. Hahaha. Memang buleh sangat-sangat nak join skuad Melodi, geng abang rambut ketak kan. Hahaha.

Sekarang ni gua dah insaf. Gua ingat nak deactivate je akaun fesbuk gua. Sapa-sapa nak cari gua, boleh sms, tak pun call je. Itu kan lebih afdhal. Hihihi. Ok lah adik-adik, renung-renungkan, dan selamat merenung. Caucendol pulutttt...


p/s: status gua kat fesbuk: isnin 8 november. nothing to say. nothing to share.

p/s: relationship status: separated.

p/s: gambar profile milik Zahra Safiyya.



Hai kakak dan abang. Saya lah Zahra Safiyya yang seksi dan gojes.











Monday, November 8, 2010

Misi mencari

Uhuhuhuhu..
Tulun.. Tulun.. Tulun..
Kecian kat gua

Gua tahu, dia marah gua
Gua tau dan sedar, memang selayaknya gua kena marah
Nak menikoh tak sampai seminggu lagi
Tetiba pulak gua terhilangkan cincin masa gua bertunang ritu

Terus bakal laki gua bengang

Alaaa...Gua bukan sengaja nak hilangkan cincin tu
Cincin tu yang nak menghilangkan diri

Gua dah cari, tapi tak jumpa
Takkan gua sengaja nak letak merata-rata kot
Gua sayang lah cincin tu walaupun bukan tiap masa gua pakai

Gua ni makin kurus kat jari je
Tak boleh pakai cincin kat jari manis
Longgar
Kena pakai kat jari hantu
Kenapa lah kurus kat jari je
Tak faham pulak gua

Misi mencari cincin tu di teruskan oleh pasukan mencari iaitu mak dan kakak gua
Harap-harap jumpa balik
Gua dah sms kakak gua, kalau jumpa balik cincin tu, gua kasi upah yang special

Harap-harap jumpa balik wahai cincin ku sayang..

MALAS NAK MENGAKU!!

Suasana malam tu agak hening
Mata ayah fokus ke TV
Mata gua, mata mak gua, mata kakak gua tertumpu pada Zahra
Zahra budak kecik anak sedara gua
Comel sangattt
Sudah tentu mewarisi kecomelan mak sedara dia
Hahahaha

Opsss... Mak sedara Zahra ada tiga orang
2 orang yang ada blog, ada sorang yang tak ada blog
Tapi tuan punya blog Gadis Comel lah yang paling comel
Hehehehe
Bukan perasan, tapi ini kenyataan
Terima kasih Ya Allah di atas kecomelan ini
;p

Kalau mengikut fahaman orang-orang tua
Hantu adalah sejenis species yang busuk
Dan tetiba gua rasa busuk
Bau macam longkang
Senak lobang idong gua

Gua syak bau kentut!!!

Dan jadi kebiasaan jugak, nak tanya jugak siasat sapa yang kentut

"Ayah kentut??"
Gua terjah bapak gua dulu
Bapak gua angguk
Cubaan pertama sudah mengena!!!
Teror betuii
Kagum pada kehebatan diri sendiri

"Apa ni, kentut busuk. Nak pengsan! Nak pengsan!"
Mak gua lebih-lebih
Padahal itu memang kenyataan
Gua, mak gua, dan kakak gua masing-masing tarik baju tutup lobang hidong
Kesian Zahra, budak kecik umur 6 bulan tu
Terpaksa tahan lobang hidong, hidu bau kentut tok wan
Kalau sekali okeh lagi, kalo dah berkali-kali
Memang tak tahan!!!

Bapak gua yang tak dapat terima kenyataan yang kentut beliau sangat busuk
Teruk merajuk
"Menyesal mengaku. Kalau tak mengaku tadi pun tak pa. Boleh kata Zahra yang kentut".
Hahaha
Comel la bapak gua tu
Alolololo

Dan gua tiba-tiba teringat sorang kawan gua masa sekolah dulu
Bila orang ramai-ramai tuduh dia kentut
"Awat, kalo aku kentut busuk pasaipa?? Siti Nurhaliza pun kentut busuk jugak weh"
Ngeh ngeh ngeh

Thursday, November 4, 2010

Yang Hitam Manis Pandang Tak Jemu, Pandang Tak Jemu

Hitam manis, yang hitam manis
Pandang tak jemu, pandang tak jemu...


Oh yeahh.. Gua lah tu.. Lagu tu cerita pasal gua..Gua kan hitam manis, jadi kalau pandang memang takkan rasa jemu.. Hahaha.. Sekali pandang, rasa rindu.. Dua kali pandang, terasa sayang.. Ini kan pulak kalau hari-hari pandang gua.. Boleh jatuh cinta tau.. Kahkahkah..

Untung kulit hitam manis ni.. Tengok, special woo.. Sampai ada yang sudi buat lagu dan nyanyi lagi.. Auwww,, Serius gua shy-shy cat.. Tak payah lah kagum sangat dengan kulit hitam manis gua ni.. Gua tau gua comel, tapi jangan puji lebih-lebih, nanti gua terasa kembang sebanyak 3 inci pada lubang hidung gua.. Ohhhh...

Orang yang kulit putih, ada ker lagu pasal lu orang? Hahaha.. Tak apa lah.. Sabar okeh.. Tunggu lah, mana tau Ajai ada buat lagu special untuk lu orang yang putih ni.. Hihi..



Hitam manis, yang hitam manis
Pandang tak jemu, pandang tak jemu...lalalalala...

Bersunat

"Melah, bawak sabun". Serius arahan ayah gua. Tak sempat nak tanya sabun mandi ka sabun basuh baju, terus lari pergi bilik air ambik sabun LUX wangian bunga ros. Wangi. Lepas mandi, bau-bau masam pada ketiak Insyaallah hilang dan berganti bunga ros.

"Pegang sabun, ayah nak bagi mandi budak-budak bersunat". Ayah gua asyik bagi arahan je, macam askar pencen. "Baik bos". Kata gua pada ayah gua yang mungkin ketika itu gua baru berumur 4 tahun.

Lepas tu, seorang demi seorang budak lelaki datang kat tempat mandi untuk di mandikan. Orang pertama, mesti lah abang gua. Sebagai hero keluarga dan wakil tuan rumah, harus lah beliau mandi dulu.

Masa tu kampung gua, kalau nak bersunat, mesti buat secara besar-besaran. Rumah tok gua masa tu, ada dekat 20 orang budak lelaki datang bersunat. Pulak tu, rumah tok gua dulu peseng rumah lama yang ada dua lapis, ramai yang cakap tok mudim buang dot dot yang lebih tu kat luar tingkap. Tali di ikat dari atas ke kain pelikat, sebijik macam kelambu. Sebab nak kaver dari terkena tempat yang terluka.


Gambar cilok dari gugel



Ada yang cakap, tok mudim pakai batang pisang, letak dot dot kat atas batang pisang tu, lepas tu guna golok yang tajam, angkat golok tinggi-tinggi, dan deshummm... Hahaha. Alkisahnya, ramai kawan-kawan abang gua yang melarikan diri, tetapi berjaya di tangkap oleh ayah masing-masing.

Gua masa tu senyum sinis pada budak-budak lelaki yang melarikan diri sambil berkata dalam hati, "huh! Tak jantan langsung. Nak sunat pun takut". Haha.

Dekat seminggu jugak abang gua dengan kawan-kawan dia berkampung kat rumah tok gua. Makan minum semua di tanggung. Ibarat kenduri besar-besaran. Mak ayah, sedara mara kawan-kawan abang gua mesti siang malam datang rumah tok gua.

Bila luka dah kering dan mendapat green light dari mak ayah masing-masing, baru lah budak-budak lelaki yang bersunat tadi boleh pakai seluar macam biasa dan abang gua terus ajak kawan-kawan dia pergi main bola.

Alkisahnya baru-baru ni gua ternampak kawan abang gua. Hensem, macam Orlando Bloom. Tak sangka pulak ada klon Orlando Bloom kat kampung gua. Tapi bila ingat balik yang gua pernah tengok ayah gua mandikan dia masa dia bersunat dulu, terus gua senyum.

Jangan fikir yang bukan-bukan, masa tu gua pejam mata. Ayah gua cakap, "Pegang sabun ni, lepas tu pejam mata rapat-rapat". Gua cakap kat ayah gua, "Baik bos". Berpinau jugak kepala gua pejam mata lama-lama. Bayangkan dekat 20 orang budak ayah gua mandikan masa tu.

Tapi ada masa jugak gua curi-curi buka mata. Kihkihkih. I'm sorry ayah.