Wednesday, March 31, 2010

Boleh keluar caruman KWSP

SAYA merujuk kepada surat dari "Pencarum Risau", Kuala Lumpur mengenai pengeluaran pendidikan KWSP bagi membayar pinjaman kepada PTPTN yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 30 Januari 2008.

Untuk makluman penulis, pengeluaran pendidikan telah diperkenalkan bertujuan untuk membolehkan ahli mengeluarkan simpanan KWSP dalam Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli atau anak ahli di institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf di dalam atau di luar negara. Ahli juga boleh membuat pengeluaran pendidikan ini untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yang dibuat dengan institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Bafia) dan Bank Rakyat.

Selain itu, agensi pinjaman pendidikan lain yang dibenarkan ialah Jabatan Perkhidmatan Awam, Mara, PTPTN, yayasan negeri, Yayasan Pendidikan Negeri dan koperasi yang berdaftar.

Maklumat tersebut mengenai pengeluaran pendidikan boleh diperoleh dengan melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my.

- NIK AFFENDI JAAFAR,

Pengurus Kanan Perhubungan Awam,

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

No comments:

Post a Comment