• News

    15 March, 2010

    ISTERI DAMBAAN SUAMI

    Tajuk entry kat atas ni memang begitu menusuk kalbu, sebab memang aku betul-betul berharap yang aku dan kawan-kawan semua dapat jadi isteri solehah dambaan suami.


     Insyaallah. 
    Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, "Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu ialah wanita yang soleh. Apabila suaminya melihat kepadanya, girang dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya." 


    Berdasarkan hadis di atas, dapat aku rumuskan yang tugas seorang isteri yang baik ialah mampu melayan suami sebaik mungkin dalam semua bidang, ketaatan yang tidak berbelah bagi asalkan ia di-redhai oleh Allah s.w.t dan mampu menjaga nama baik dan harta suami semasa ketiadaan suaminya. 


    Memang payah untuk menjadi isteri yang baik dan taat kepada suami. Tapi, kalau kena caranya, memang seorang isteri itu layak di gelar isteri solehah. Walaupun masih berstatus bujang dan status baru insyaallah akan bertukar pada bulan November 2010 nanti, aku seperti mana perempuan-perempuan lain yang akan berkahwin, selalu mengharapkan yang aku dapat menjadi isteri yg solehah, biarpun ego akan tercalar, hati mungkin akan sakit demi menjaga hati seorang lelaki bergelar suami. 


    Syurga isteri di bawah kaki suami. Di sini, ada beberapa panduan yang aku dapat kongsikan dengan kawan-kawan. Harapan aku, agar kita dapat sama-sama menjadi isteri yang terbaik buat suami kita. Amin. 


     1. Isteri yang cerdik Sekarang ni memang dah biasa sangat kita jumpa pasangan suami isteri yang mana si isteri adalah graduan universiti sebaliknya si suami hanya lepasan SPM. Tapi kat sini, isteri yang cerdik bukan setakat cerdik dalam bidang akademik, bukan kejayaan tersebut yang kita kena tonjolkan, tapi isteri yang cerdik ialah isteri yang mengenali siapa suami kita, tahu macam mana nak ambil hati suami, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, dan tidak hanya tahu merajuk tak tentu pasal. 


     2. 'Assistant' dalam pengurusan kewangan keluarga. Sebolehnya, isteri buang lah tabiat suka bershopping, sebab tabiat ni bukan menguntungkan sapa2 pun melainkan tokey kedai jugak. Sebaiknya, duit yang ada di simpan dengan baik di dalam bank ataupun dalam Tabung Haji, mungkin bila sampai time nak pakai duit nanti, tak payah dah nk buat muka welfare nak pinjam sana sini. Bagi isteri yang tidak bekerja, mungkin jugak boleh manfaatkan duit bulanan yang suami bagi. Manage betul-betul duit tu, insyaallah mungkin lebihan duit tu kita boleh simpan. Mana lah nak tau, nanti sakit demam, nak kena pi amik ubat kat klinik pulak. Perlu di ingat, zaman sekarang, semua benda memerlukan duit. Kalau kita mampu untuk membantu suami, pasti suami lagi menghargai kita. Insyaallah. 


     3. Assistant Manager Memang tak dinafikan yang suami adalah ketua keluarga, memimpin dan membimbing isteri dan anak-anak. Beban yang berat terpikul kat bahu suami tu ibarat seorang manager yang kena bijak, bertanggungjawab, fokus, sabar untuk uruskan hal-hal rumahtangga. Jadi kat sini, isteri berperanan sebagai assistant manager untuk tolong suami, samada hal-hal kecik mau pun besar. Tapi perlu di ingat, keputusan yang di buat oleh suami jangan sampai membelakangkan manager. Kang dia hangin 1 badan lak. 


     4. Selalu di belakang suami Selalu lah bersama suami di saat sudah dan senang. Drama kt TV pn selalu sangat tayang cerita camni, time senang je isteri di belakang suami, sebaliknya bila suami dalam keadaan susah, abang ke mana, sayang pun entah ke mana jugak. Ambik lah mak ayah kita sebagai contoh yang paling dekat, yang mana mak selalu menyokong dan bagi kata2 semangat kt ayah di saat susah dan duka ayah. Sekiranya kita mampu buat macam tu, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi. 


     5. Menjaga perut suami dan anak-anak Mau atau tidak, reti atau tak reti, sorang isteri tu mesti kena pandai masak. Bukan kata pandai masak macam sorang professional chef, tapi boleh lah masak masakan yg simple pn di kira OK. Lagi best kalau kita boleh masakkan makanan feberet husband kita. Apa2 pun, sorang husband mesti nak makan hasil air tangan wife dia. Takkan asyik nak makan kt kedai je. Kan tadi dah cakap, as a wife, kita ni kena jadi assistant dalam pengurusan kewangan. Kalau kata asyik makan kt kedai je, bila masa nk berjimat cermat?? Hmmm... So apa lagi, kena lah improve skill masakan kita sume. hehe. 


     6. Pandai jaga diri Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami 'out station' kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami. 


     7. Perunding imej Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda. 


     8. Menjaga keluarga mertua Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers