Thursday, March 25, 2010

kerabu pelam version mak aku buat.. ekekeeke

antara makanan feberet aku yang aku paling suka if mak aku prepare is kerabu pelam.. nyam3x.. very sedap.. cara2 nak buat pn senang, bahan2 nk pakai pun mudah nak dapat.. tapi tak penah pun aku buat, coz kalo aku buat, mesti tak berapa sedap. sudahnya, air tangan mak jugak yang paling sesuai dengan tekak aku.. hehe. aduih.. terus terbayang2 kat ruangan mata aku ni semangkuk kerabu pelam atas meja meja makan.. hishhh... kasi lapar saja lah this entri.. haha..

ok2, bahan2 yang anda perlukan untuk buat kerabu pelam, of kos lah pelam. tak kan betik pulak kot. hihi. lebih menarik lagi, kait buah pelam muda kat pokok tok aku. haha. kecian tok aku, tak dapat nak simpan pelam untuk cucu2 kesayangan dia yang lain. haha. nasib lah, sapa cepat, dia kenyang... haha.

ok, pelam dh ada, pastu anda perlukan cabai melaka, ikan rebus, belacan dan garam. see, mudah je kan nak sediakan semua bahan2 ni. hehe. ok, racikkan2 kan pelam macam yang anda selalu tengok kt kedai makan tu. rendamkan pelam tu dalam air garam. dah dapat amount yang anda rasa cukup untuk hidangan anda, tos kan pelam tersebut dan masukkan dalam mangkuk. potong cabai, dan masukkan belacan serta garam bersama pelam tadi. seterusnya, isi ikan rebus (selalunya mak aku pakai ikan kembung @ ikan temenung) pun di masukkan sekali. gaul2 dan picit sume bahan tadi bersama sedikit air untuk di jadikan kuah. hehe. rasa lah hasil kerabu pelam anda sebelum dihidangkan. sedap tak??? if tak sedap, cuba lagi lain kali. haha.

***aduihh.. tinggi lak pelam ni.. pi pinjam galah umah che nah sat.. haha..

No comments:

Post a Comment