Tuesday, March 9, 2010

macam mana nak buat laksa kedah yang sedap

hehe.. biaq anak jati kedah yang ceghita kat hangpa camna cara nak buat laksa kedah yang sedap dan lazat.. psttt... ni version yang mak aku selalu buat lah.. version org lain biaq p kt depa.. hehe..

bahan2 yg hgpa perlukan:
========================
laksa sebungkus (rendam dulu dalam ayaq sejuk dalam sejam, pastu baru rebus)
ikan kembung atau lebih dikenali dgn nama ikan temenung (sekilo pun ok gk, lagi pekat kuah, lagi lazat)
cabai kering sikit (kira2 dlm anggaran singgit)
cabai melaka (kira2 dlm anggaran 3 kupang)
bunga kantan (bunga kantan memang bahasa standard kan? ada lagi tak nama selain bunga kantan dalam kamus dewan.. hmmm..)
asam keping (dlm 10 keping gitu)
bawang besar (dalam anggaran 2 bijik)
garam (kurangkan masin dlm masakan, tambahkan manis dalam senyuman)
ajinomoto (kalau hangpa rasa tak perlu, tak payah guna)

bahan2 hiasan
==============
timun (sebijik pun ok, 2 bijik lagi lah ok)
daun kesum (memang org kampung aku panggil daun kesum, org luaq aku tak tau depa pggil daun apa)
pucuk putat (pokok ni selalu ada kat tepi sungai, tak reti aku nk explain cmna rupa dia)

kalau kata hgpa tak dak bahan2 hiasan ni pun tak pa. tak jadi hal punya.. pssttt.. kami tak makan laksa kedah dengan dengan daun salad tau.. hihi..

ok2, kita sampai kat cara2 penyedian.. mula2 hangpa kena siang ikan dulu lah.. dah siap dan cuci bersih2, masukkan ikan dalam periuk dan masukkan asam keping dalam 5 keping.. rebus sampai mendidih..

bila dah mendidih, angkat ikan2 tu dan asingkan antara isi2 ikan dan jugak tulang ikan.. blend isi ikan tu smpai halus dan jangan terlampau halus sangat.. ayaq rebusan ikan tadi dengan asam keping hangpa tok sah buang, ayaq tu boleh guna balik, hangpa kena tapis balik ayaq tu dan masukkan bersama asam keping td ke dalam periuk.. dan jangan lupa tambahkan seliter air kosong ke dalam periuk..

ok, buka api perlahan2.. dalam pada tu hangpa boleh lah blend cabai kering, cabai melaka td dan jugak bawang besar.. suka hati hangpa lah, kalau nak pedas, boleh lah tambah lagi cabai.. dah siap blend cabai tadi, masukkan dalam periuk.. seterusnya, apabila sudah mendidih kecil, masukkan daun kesum dan bunga kantan serta jangan dilupakan asam keping kalau hangpa nak kuah laksa hangpa jadi lebih masam.. akhir sekali, hangpa boh garam dan jugak ajinomoto.

kalau tak puas hati, boleh rasa dulu sebelum di hidang.. hehe.. selamat mencuba.. (sambil dok ceghita camana nak buat laksa ni pun, ada lah 2,3 kali aku dok teringat laksa yang mak or kak aku buat, sedap sungguh. terliyuq betui. laksa yang dok juai kat pasaq malam bayan lepas tu pun sedap jugak. selalu dok beli sebungkus, kalo lama tak pekena laksa, aku beli 2 bungkus.. ishhh.. sedap sunguuh...sruttt... terbayang pulak dok hirup kuah laksa panas2..)

** mintak maaf ye. xde pic yg sesuai.. gambar tomyam pun kira jadi lah noooo// hehe//

No comments:

Post a Comment