• News

    12 March, 2010

    SITI SITU SANA SINI

    Mengantuk sangat, entah berapa kali aku menguap. Huargghhhh... Semalam tidur tak lah lewat sangat. Pagi tadi dah take heavy breakfast, nasik lemak lauk ikan bilis goreng, telur goreng dan sambal kerang. Boleh tahan lah nasik lemak tu, yang tak boleh tahan, harga... sebab tu aku prefer beli bun chocolate je, tak pun, bawak sandwich tuna dari rumah. Murah tapi kenyang. Kalau tiba-tiba mood rajin tu sampai, seminggu sekali mesti aku akan goreng bihun singapore. selalunya aku akan masak lebih, bukan untuk aku sorang je, tak lupa untuk housemate aku sekali. Bukankah bagus, apa yang kita ada di kongsi bersama orang lain? Insyaallah, lagi berkat rezeki yang kita dapat. 


    Lepas kerja, aku kena rempit sikit, ambik Kak Ina kat tempat kerja dia, then drive ke Butterworth. Tiket Kak Ina nak balik kampung dah habih daaa.. Lagipun memang sejalan, aku pun kebetulan memang nak balik kampung hari ni. So why not kak ina tumpang aku je sampai ke Butterworth. Kalau ambik bas, lambat pulak dia nak sampai ke jetty, then kena tunggu feri pulak. Pendek kata, memang makan masa jugak lah. 


    Teringat pulak zaman aku masih menggunakan perkhidmatan bus rapid penang. Kena tunggu lama, panas, peluh, memang dah jadi lumrah. Kononnya spray perfume wangi-wangi, nanti dah lama sangat tunggu bus, bau wangi hilang berganti bau peluh je. Kalau bernasib baik, mungkin tak lama tunggu, bus dah sampai. Masuk je dalam bus, tak de tempat duduk pulak. Kena lah berdiri. 


    Tiap kali masuk je dalam bus, mesti ada warga asing. Memang tak sah dan sangat lah mustahil kalau naik bus, dan this group tak de. Memang banyak sangat pengalaman waktu dulu, time masih tak de pengangkutan sendiri. But then Alhamdulillah, dengan rezeki dari Allah dan bantuan dari ayah, dapatlah aku sebiji keta kecik (sesuai dengan size badan aku yang kecik jugak).hehe. 


    Dulu, badan agak slim sebab hari-hari kena jalan jauh dari tempat aku turun bus nak ke tempat kerja. Kiranya, good exercise lah kan. Hari-hari dapat keluarkan peluh. Tapi sekarang, badan yang slim dah tukar jadi chubby sebab kadar ke eksesaisan aku tu dah kurang. Hahaha. Hanya mulut dan mata serta jari-jari je yang banyak ber eksesais. Mulut-mulut di gunakan untuk bercakap dan gelak, mata untuk menonton skrin tv, jari-jari untuk reply email dan sms. Wakakakaaka.. 



    Hampir 2 minggu jugak tak tengok kampung halaman, terutama sekali mak. Rindu kat mak. Nanti dah kahwin, tak dapat nak balik tengok mak selalu. Sedihnya.. Kena bergilir-gilir balik rumah mak dan mak mertua. Ehhhhh, nanti ada 2 mak, 2 ayah, adik-adik perempuan yang akan jadi 4 orang, abang-abang yang akan jadi 4 orang jugak, dan kakak, tetap sorang.. hmmmm... opsss... lupa pulak pasal kakak tunggal aku. Bila entah dia nak bersalin.. haha.. Teruk lah, tak ambik berat langsung pasal kakak sendiri. 


    By the way, excited ni nak dapat anak saudara, tak kisah lelaki atau pompuan, yang penting baby dan kakak aku sihat. Ok lah, nak sambung buat kerja. Actually kerja tak banyak sangat, tapi saja nak spend time untuk kumpul material blog yang 1 lagi. 


    Yesssss.. sekarang aku ada 2 blog, tapi blog 1 lagi khusus untuk material in english je. saja nak asingkan blog, nak bereksperimen dengan dunia blogging ni. Heheehe. Ok, Assalamualaikum. 


    **kat bawah ni ada lah few pictures yang aku sempat rakamkan dengan camera yang setia menemani aku sepanjang beberapa tahun ni.. gambar-gambar ni di ambil waktu aku kat atas feri..


















    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers