• News

    17 March, 2010

    Tips nak kelihatan cantik.. Selamat mencuba..

    tips nak kelihatan cantik.. selamat mencuba.. 


    Bibir merekah Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya. komen aku: agak2 boleh tak guna air kelapa yang dijual kat tepi2 jalan tu.. hehe.. 


    Masalah jerawat Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu. komen aku: rambai ni kan buah2an bermusim.. susah gk nak cari kulit rambai tu.. 


    Rambut kekal hitam Agar rambut kekal hitam, gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam. komen aku: tak penah nampak bunga tebu hitam. pokok tebu biasa, selalu lah nampak 


    Jerawat batu Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu. komen aku: yang ni macam senang jugak. tapi kalau guna lesung batu, pastikan lesung tu di cuci bersih2. kot kalau sebelum ni guna untuk tumbuk sambal belacan, mau berapi muka... 


    Seri wajah Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar. komen aku: hihi.. guna uncang teh boh.. tido malam, penuh serbuk teh atas bantal.. 


    Atasi rambut gugur Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas. komen aku: cara ni pn sesuai untuk panas kepala.. lendir2 kt daun bunga raya berfungsi untuk bagi kesejukkan.. hehe.. 


    Segarkan mata Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata seketika. komen aku: sireh tok aku guna untuk makan dengan pinang 


    Rambut beruban & kelemumur Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelemumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba. komen aku: air kelapa tua je, kalau guna air kelapa muda, kurang mujarab... 


    Memutihkan gigi Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja. komen aku: rasa macam nak try je tips ni.. hehe.. Kulit cerah dan licin Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum. komen aku: tips ni pn cam best je. boleh try.... 


    Menghilangkan parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut. komen aku: dah try..!! sampai abih asam jawa kat rumah.. haha.. 


    Melembutkan rambut Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu. komen aku: kalau terlebih beli kangkung, jangan risau. boleh buat kangkung goreng belacan..

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers