Thursday, April 8, 2010

Aku dan jatuh.......

Sesungguhnya, banyak sangat pengalaman pasai jatuh yang aku penah alami. Daripada jatuh tangga, jatuh gerek, jatuh pokok getah sampai patah tangan kanan, jatuh cinta, dan macam2 lagi jatuh. Tak lupa, pengalaman jatuh yang aku rasa orang zaman skang tak dapat nak rasa. haha.

Lawak, tapi benar..!!

Waktu aku kecik2 dulu, aku selalu ikut tok pi mandi kat telaga. Basuh baju pun time tu kat telaga. Aku kecik je time tu. Rasanya dalam 4 tahun. Tok aku pun time tu sihat dan bertenaga lagi. Mungkin hasil dari makan kacip patimah waktu zaman muda beliau. haha. Aku ni suka sangat nk gayung sndiri ayaq telaga tu. Gayung tu pulak tersangkut kat tengah2 telaga.

So, bagi sesapa yang tangan panjang, senang ler nak capai. Bagi aku yg kecik lg tu, susah sket nak capai. Dah umur tua bangka ni pun aku xla besar mana, inikan pulak waktu umur 5 thn. wakaka..

Capai punya capai, sekali cebummmmm....!!! Aku terjatuh daa dalam telaga...

Tok aku time tu memang cuak gila. Padan la, khusyuk sangat basuh baju sampai cucu dok terhegeh2 main tepi telaga pun dok biaq je.. haha.. salahkan tok pulak.

Tok pun sekali terjun dalam telaga nak selamatkan aku.. haha.. tak sure lak tok pandai apungkan diri ka tak time tu.. haha.. yang penting, memang aku tak lemas..

Mujur rumah2 kampung ni dekat2.. Bila dah dengar bunyi cebummmm yg kuat tu, ramai la jiran2 merangkap sedara mara mai tengok.. Maka berjaya lah aku dan tok diselamatkan.. telaga tu actually memang dalam.. aku rasa, tok dlu penah join macam cite Beach Boy tu.. memandangkan kampung aku xde beach, mungkin tok aku berkhidmat kt sungai je kot.. aku agak je lah.. hihi..

Yang keciannya mak aku lah.. time tu tengah berpantang.. terus lari mai telaga bila org bagitau mak yg aku dgn tok jatuh dalam telaga.. haha..

Aku memang terhutang budi dan nyawa kt tok.. Dah besar2 ni, kalo gaduh dgn tok, tok asek ungkit je yg dia pernah terjun telaga nak selamatkan aku.. haha.. itu pun nak ungkit2.. haha..

Apa2 pun aku memang berterima kasih kat tok sebab terjun dan selamatkan aku.. hihi..

**kat bawah ni ada contoh telaga yg x brp dalam.. credit this picture from gaharumalaysia.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment