Monday, April 5, 2010

Masih Ingatkah???........Kerana Pokok Getah

Before aku start story mori aku ni, aku sendiri rasa nak tergelak sebab dek kerana pokok getah lah telah memberi kesan yang agak lama dan seterusnya akan kekal kat tangan kanan aku ni sampai bila2..

Alkisahnya dulu aku dengan kawan2 kt kampung, kami suka sangat lawan bijik getah. Aku tak sure lah kalau budak2 kat pekan tau ka tak permainan ni camne. Alaaa.. Just letak 2 bijik getah kat tapak tangan, then laga kan. And of course, sebijik getah tu mesti lah yang kita punya, dan lagi satu mesti lah bijik getah pihak lawan. Kalau bijik getah pihak lawan pecah, maka kita lah yang menang..!! Yahuu...



Nak di jadikan cerita, kononnya kami dengar 1 cerita yang bijik getah yang di rendam dalam air akan buat buah getah tu jadi lagi kuat dan sihat..!! So, memandangkan aku ni dulu suka sangat lah panjat pokok dan yang terkecik antara geng2 aku, makanya aku dengan jayanya dipilih antara semua untuk panjat pokok getah dan ambik buah getah tu.

Penah tengok tak pokok getah macam mana??? Bukan macam pokok jambu, lain lahh.. Dahan dia tak lah kuat, kecik je..



Pokok getah ni pulak takde lah tinggi mana, coz ni pokok muda.. Sekali dengan aksi pemanjat yang hebat, aku pun capai lah dahan pokok getah tu, sekali gedebukkkk...!!! Jatuh daaa... Siku kat tangan ni rasa sengal-sengal sikit. Ingatkan terseliuh je.. Aku pun buat bodoh laa... Siap sambung main lagi.. Berapa jam jugak aku biar tangan aku coz serius, aku ingat terseliuh..!! Sekali tangan aku dah bengkak dan tak dapat nak luruskan balik.

Kononnya mintak lah geng aku balik umah, mintak minyak angin kat tok, nak urut-urut sendiri, lagipun takut tok marah coz dah jatuh pokok. haha. Tok pun cuak lah bila kawan aku datang mintak minyak angin, sekali aku di pesan suruh balik.

Sampai je kat rumah, tangan aku dah membengkak teruk. Tok marah-marah, cakap ni bukan terseliuh, ni patah...!!! Uwaaaaa.. Aku pun start cuak jugak lah.. huhu. One more thing, takut pulak kena marah.

Bomoh patah di panggil, semua orang datang kerumun aku, nak tengok sesi memasukkan balik sendi siku aku yang dah terkehel ni. Serius, sakit gila..!! Dekat sebulan jugak lah aku tak pi sekolah, makan pun kena pantang. Ingat lagi, time tu aku darjah 4. Lama gila skip pi sekolah. haha.. Dan hari-hari jugak aku kena practice angkat barang untuk kuatkan balik tangan aku ni.

Huhu.. Kesan tu ada sampai sekarang. Tangan kanan aku cepat rasa lenguh, dan aku kena henjut2 kan tangan aku sampai ada bunyi meletup.. alaaaa...macam kita patah2 kan jari2 untuk hilangkan rasa lenguh tu.. Then, tangan kanan aku ni kalau dibandingkan dengan tangan kiri, tahap kebengkokkan dia tak sama dengan tangan kiri.

Tu kisahnya.. Sapa lah memandai sangat pi cerita pasal kekuatan bijik getah yang direndam dalam air tu aku pun dah tak ingat.. Yang penting, cerita dulu-dulu tu meninggalkan kesan yang panjang dalam hidup aku.. Tapi bila ingat-ingat balik, memang lah rasa nak tergelak.. Kalo jatuh pokok buah-buah tu tak la kisah sangat, ni jatuh pokok getah. Malu arr nak cite kat orang yang aku penah jatuh pokok getah.. wakakaka...

Lagi cerita pasal Masih Ingatkah??? akan bersambung lagi... hihi..

2 comments:

  1. baru taw dikti ni nakal giler......

    ReplyDelete
  2. mana ada nakai.. dlu kini dan selamanya, tetap ayu dan sopan.. haha.. gelak je kuat.. mgkin sbb tu nmpk xbrp ayu.. hihi..

    ReplyDelete