Monday, May 24, 2010

Si Kecik

Sepanjang 2 hari kat kampung, aku berpeluang menjaga si kecik yang comel.
Comel, seperti aku.
(Pujian untuk diri sendiri).

Luka yang belum sembuh.
Berkerut muka kakak aku waktu aku cuba sapu ubat.
19cm bekas torehan pada perut kakak aku untuk keluarkan si kecik.
(Mesti ada yang amek pembaris & cari angka 19cm atas pembaris).

Ketumbuhan dalam perut kakak aku pun berjaya dikeluarkan.
Alhamdulillah.

Mujur si kecik tak banyak ragam.
Merengek bila lapar.
Merengek bila pampers basah dengan najis si kecik.
Bergerak2 bila aku cium pipi si kecik.
Comel, macam aku jugak.

Tali pusat si kecik dah jatuh.
Alhamdulillah, tak sampai 7 hari.

Kuning si kecik pun dah takde.
Syukur, alhamdulillah.

Bergenang air mata aku bila tengok kak misi cucuk tumit lembut si kecik.
Aku kan orang yang penyayang.
Uh uh uh uh... Sob sob sob....

Kalau baby lain, tentu kuning 7-10 hari.
Tapi si kecik sangat hebat seperti aku, sekejap je kuning dia dah OK.
Hebat betul si kecik.
Suara si kecik kuat, merdu seperti suara aku.



Aku rindu si kecik.
(Sambil2 cover airmata yang jatuh ke pipi yang gebu dengan jerawat)

2 comments:

  1. nak jupe budak kacik minggu depan.yeay2.dah beli tiket dah

    ReplyDelete
  2. mekmi,

    si kecik sgt comel kan? udah tengok enggak gmbarnya di fb ku? hehe. kuat je dia. baby lain kuning mesti lama. zahra 3 hari je. tali pusat jatuh hari ke 5. baby lain hari ke 10-13 camtu. rasanya zahra akan jadi kuat macam kita. haha.

    ReplyDelete