• News

    26 June, 2010

    BLUES SEORANG JAGOAN 2

    Mail tarik keluar pisau motong dari beg sekolah yang Mail guna sewaktu sekolah rendah dulu. Masih boleh pakai. Tapi dah hilang gambar Power Rangers yang di cop atas beg tu. 


    Beg itu dulu Mail isikan dengan buku-buku dan alat tulis. Kadang-kadang, lepas sekolah petang, slumber je Mail masukkan uniform sekolah dalam beg. Nak main bola kat padang, mana boleh pakai uniform. Nanti kotor, Mak mesti membebel sampai batuk keluar darah. 


    Nanti, kena pulak Mail kayuh basikal pergi kedai cina, beli ubat cap ibu dan anak. Habis uniform kuning-kuning Mail terkena mata pensel. Mail tak ada kotak pensel. Semua pensel-pensel Mail masukkan dalam beg. Mana lah Mail mampu nak beli kotak pensel besi macam anak JKK kampung, kotak pensel bermagnet macam Tijah anak Tok Bilal kampung sebelah. 


    Itu belum apa-apa lagi, Mail sebenarnya teringin sangat nak ada bekas air bentuk telefon genggam macam budak pandai dalam kelas Mail. Tapi Mail tak kisah, letak air dalam mana-mana bekas pun tetap rasa sama. Mail bersyukur. Di isikan air dalam bekas kecil. 


    Di capainya batu asah dan bersila lah Mail kat muka pintu rumahnya. Nak asah pisau motong ni kena ada skill dan teknik yang betul. Kalau salah, nanti susah nak motong. Kulit pokok getah pulak boleh jadi luka. 


    Mak Mail sure hangin satu badan kalau dia tengok ada pokok-pokok getah yang luka kulitnya. Nak motong pun kena ada skill dan teknik-teknik yang betul, bukan main taram je. Sudahnya pokok yang boleh toreh 10- 20 tahun, boleh pakai 5 – 8 tahun je. 


    Mail rasa, kalau mintak kerja kat Pejabat Pertanian, jawatan Penolong Pegawai Pertanian pun boleh dapat nih, pasalnya pengalaman Mail yang tak terkira banyaknya dalam bidang penorehan dan pergetahan ni. Umur 6 tahun Mail dah mula tolong Mak kutip getah sekerap. 


    Sekarang umur Mail dah menjangkau 30 an, pastinya banyak pengalaman yang Mail ada. Mail dah lama berkecimpung dalam bidang permotongan nih. Sejak keputusan SPM Mail yang kurang memberangsangkan tu. 


    Setakat keputusan SPM yang banyak nombor 9 tu, Mail rasa cukup lah setakat duduk kat kampung saja. Mail tak mahu mengejar diploma dan ijazah seperti rakan-rakan sekampung yang lain. Pada hemat Mail, takpelah dia jaga kampung. Biar kawan-kawan merantau ke pekan. Ayat standard ni, nak kerja kilang kat pekan, mak Mail pulak tak kasi can. Sudahnya, Mail duduk je kat kampung. Dapat jugak berkhidmat kepada orang kampung.

    4 comments:

    ::cdot the dot:: said...

    suci hati mail...

    Elin said...

    bagus2..^^

    Afique Zainuddin Ahmad said...

    ni dia punya ending ke apa ni?..

    Siti Noor Aminah said...

    kak cdot,
    sgt suci dan murni gitu. ;p


    ryan,
    toche.. toche..

    stiffler,
    masih ada sambungan.. hehe.

    Total Pageviews

    My Followers