Wednesday, June 30, 2010

CERITA SERAM : JANGAN TEGUR



Jam sudah merangkak meniti jarum 12.06 minit tengah malam. Gua belum tidur. Malam itu gua rasa rajin sikit mau gerakkan tulang temulang gua yang sangat manja ini. Sudah lama gua tidak rasa serajin ini. Rajin gua selalunya pada hujung minggu sahaja. Tapi kali ni, entah apa peliknya, gua ter rajin tengah-tengah malam.


Gua syok pegang itu berus. Gua pegang kuat-kuat, gosok ke kanan, gosok ke kiri. Bukan gosok atas badan gua. Sila fokus dengan penceritaan gua. Waktu itu, gua gosok lantai bilik air. Gua sorang-sorang je kat rumah. Tapi gua tak takut. Serius memang gua tak takut. Ilmu silat pulut yang gua belajar waktu darjah 5 kat sekolah rendah dulu masih gua hafal. "Kuda-kuda mesti pasang sebelum bertindak", pesan Cikgu Ya. Gua sedia bertindak bila-bila masa saja. Tapi kalau gua jumpa anjing meroyan, gua tak sanggup nak pasang kuda-kuda lagi der, gua terus pecut langkah seribu, kalau itu time gua pakai baju kurung, gua selak atas sikit kain gua, terus lari laju-laju.


Ok, berbalik kepada cerita gua tadi. Gua rasa sangat senyap je itu malam. Mungkin jiran gua yang rajin bergaduh laki bini sudah tidur. Gua saja-saja testing vocal gua. Gua ingat bila ada ujibakat Akademi Fantasia, gua mau try. Gua tau itu rancangan sangat melalaikan, tapi gua nak masuk Akademi Al-Quran, gua malu. Tajwid gua lintang pukang. Surah yang paling cekap gua hafal pun Al-Fatihah je.


Sedap jugak suara gua. Masuk sangat dengan lagu Yuna, Dan Sebenarnya. Cumanya gua tak reti main gitar je. Kalau tak, memang gua konfiden boleh fight dengan Yuna kat Anugerah Juara Lagu.


Tiba-tiba, gua terhidu bau yang sangat tidak menyenangkan. Bukan gua kentut. Tidak, Gadis Secomel gua takkan kentut sehingga meninggalkan bau seperti ini. Terus kepala otak gua teringat cerita kawan-kawan gua, kalau ada 'benda' tu, memang boleh bau. Ada yang bau busuk, ada yang wangi. Kawan gua pesan, kalau ada bau, jangan tegur. Mulut celupar gua memang tak boleh tahan lagi. Terus gua letak berus ke lantai, cuci kaki dan tangan pakai pencuci Lifebuoy, terus gua masuk bilik, tarik selimut.


Kuda-kuda yang Cikgu Ya pesan terus gua tak ingat. Laju-laju gua baca Al-Fatihah. Alamak.. Gua lupa baca bismillah.. Gua start balik baca Al-Fatihah. Gua pejam mata rapat-rapat. Tapi gua pelik, kenapa 'benda' tu bau ...


..


..


..



..



durian.


Takkan jiran-jiran gua, dah tengah malam beb. Sebab tu gua tak syak jiran-jiran gua, memang gua syak 'benda' tu.



ps: selamat makan durian. gua memang tak gemar makan durian. kalau bapak gua paksa dengan muka sekupang dia, baru gua makan. saja, nak ambik hati dia. ;p

No comments:

Post a Comment