Tuesday, June 1, 2010

JUNE

1) Wah... Dah June lah sekarang.. Cepat dan very pantas masa berlalu.. Rasa macam baru je masuk tahun 2010..
Tahun ni, ramai sangat kawan-kawan yang menamatkan zaman bujang.. Alhamdulillah dan tahniah.. Bulan ni saja aku receive 3 lagi invitation..

2) Permulaan June- pagi-pagi lagi aku nampak orang gaduh. Mak aiii.. Siap baling-baling helmet kat tengah jalan lagi.. Kesimpulannya, bukan laki bini. Nampak muda remaja lagi. Si jantan baling helmet, nak tunjuk macho dan power. Aku rasa ni kes awek keluar dengan laki lain nih. Si jantan rasa marah dan tercabar.. Macam-macam betul.. Pagi-pagi orang lain kalut nak keluar cari rezeki, terpaksa pulak tengok wayang free. Dah macam slot Samarinda kat TV3 pulak.

3) Balik je dari keja kemarin, member rumah dah angkat barang mau pindah rumah. Alasan?? Tau alasan apa?? Dia bagitau member rumah yang sorang lagi, kata aku tak cakap sama dia. Ayyoyoyoyoyo... Dah la masuk rumah haramnya nak bagi salam, aku yang tercongok kat depan TV dia buat derk je, lepas tu muka masam, masuk bilik, debommm.. tutup pintu. Pastu, mandi, terus keluar makan lepask-lepak dengan kawan dia. Pukul 11 camtu baru balik. Bila masa mau cakap sama dia. Dah tu, takkan la tiap kali aku je yang kena tegur. Apa salah kalau dia pulak yang tegur. Lantak lah.. Kalau pun nak kuar dari rumah, please lah don't blame other people. U put shit on me dowh. Taik cirit pulak tu.. Haha.

4) 31 May - majlis cukur rambut Zahra. Semoga Zahra membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah. Amin.



P/S: Zahra tengah tido. Zahra sangat comel macam aku. Sila kagum. Haha.

No comments:

Post a Comment