Thursday, June 17, 2010

Lapar itu seperti hingus yang meleleh ketika selsema, tak dapat di tahan

Tajuk tak ada kena mengena.


1) Dua hari mengadap keja yang sama. Bosan. Mata jadi penat. Otak jadi berat.



2) Serius, saat ni aku terasa nak makan cucuq jagung panas-panas. Sedapnya... Sangat-sangat (bukan sangap-sangap) teringin nak makan cucuq jagung panas-panas. Mari kita sama-sama membayangkan cucuq jagung di atas sepiring pinggan Vantage. Asap berkepul-kepul. Masih panas dan sangat mengujakan. Korang pegang, ushhhh... Panas. Sabar.. Tunggu bagi sejuk sikit. Ok, cuba pegang sekali lagi. Masih panas, tapi kalau telan, anak tekak takkan melecur. Jangan lupa baca doa makan.



3) Balik kerja nak menapak ke kedai makan. Nak beli tomyam untuk berbuka.



Selamat berbuka ye kawan-kawan.

4 comments:

  1. wei ang dh berapa hari puasa :)

    ReplyDelete
  2. awat tak bubuh terus gambar makanan kat sini..tak payah nak imajin lebih2 dah.hjoho

    Latest Entri : Peluk Cium Romantiklah sangat

    ReplyDelete
  3. puasa yang menyeronokkan..
    tgh2 tahan lapar, kua gambar beger McD..T_T

    ReplyDelete
  4. nazra,
    baru 4 hari. hehe. ganti sekali. haha.


    fndrocka,
    amboi hang.igt makan ja noh. hehe.


    chumeley,
    puasa2 ni, sume benda nampak sedap kan? hehe.

    ReplyDelete