Wednesday, June 2, 2010

MANGSA LELAKI BUAYA DARAT

Dari jauh aku nampak kelibat lelaki buaya darat itu. Nak lari atau pergi dekat. Nanti aku jadi mangsa seterusnya.

Tapi...


Aku betul-betul dah tergoda.. Ya Allah, selamatkan aku..


Aku datang dekat dengan lelaki buaya darat itu, aku tanya, tapi perlahan je suara aku. Aku kuatkan sikit supaya lelaki buaya darat itu boleh dengar apa yang aku cuba bilang sama dia.

(tetiba terkeluar ayat Indon pulak.. Mintak maaf.. Terpengaruh dengan drama Jangan Bilang Cinta kat Astro)


Berbalik kepada cerita lelaki buaya darat tadi, kali ni dengar.


"Berapa bang?", tanya aku sambil senyum-senyum. Lelaki buaya darat itu ikut senyum. Hadddoiiii... Hensemnya lelaki buaya darat ni.. Hensem sungguh... Terasa tak pijak di bumi... Aku bayangkan, aku dan lelaki buaya darat menari di sebuah istana yang maha hebat, di perbuat daripada kristal, aku pakai gaun cantik, menyerlahkan kecomelan aku. Lelaki buaya darat pulak ber tuxedo, rambut belah tengah, kami menari di iringi muzik orkestra. Perghhh...... Lemah gemalai tarian kami..

(sila bayangkan situasi ini dengan gaya imaginasi korang)


"20 je dik".


Papppp... Terus mati fantasi aku yang indah dan menyeronokkan tadi.


"Murahnye". Aku buat-buat gedik. Manja lah konon-konon. Cisss... Celaka..!! Dia senyum kat aku. Serius, aku tergoda..
Tak tahan nih....


"Ok bang, saya nak yang ni, kaler itam, saiz 4". Terus aku ambik 2 keping not kaler merah dari dompet comel ku dan blah cepat-cepat. Lama-lama kat situ buat aku risau dengan perasaan aku sendiri.


Tadaaaa....







Ni ler kasut crocs kaler itam size 4 yang aku beli kat lelaki buaya darat tadi.


Explanation:

Lelaki=brader yang jual kasut ni kan lelaki
Buaya=brader ni jual kasut crocs kan??
Darat=dia menjual di darat, di pasar malam, bukan di air


Sekian, terima kasih kepada abg gugel kerana pinjamkan gambar tu kat aku. hihi. ailebiu.

5 comments:

  1. cisssssss ko!!!

    grrrrrrrrr

    hahahha

    ReplyDelete
  2. hensem ke brader jual 'keroks' tu?..ha'a gua penah jual 'keroks' jugak..entah entah yang hensem tu gua..hik hik hik(senyum malu malu gitu)

    ReplyDelete
  3. jane,
    sopiah jane ker ko nih? haha.


    stiffler,
    lu kot.. tapi gua mana kenal lu.. tapi brader tu sengau sket.. maknanya, lu sengau lah? hehe..

    ReplyDelete
  4. gua pun buaya darat la kalau itu mcm?

    ReplyDelete
  5. linglung,

    lu masuk kategori buaya tang mana plk? lu pun jual kasut keroks ek??



    ok lah, kasi 1 kasut keroks size 4. ;p

    ReplyDelete