Friday, June 11, 2010

NAMA SAYA ARDI




Haiiii.. Nama saya Ardi. Ardi tinggal di Jakarta, Indonesia. Ardi berumur 2 tahun. Kecik lagi kan Ardi nih? Tapi, walaupun Ardi kecik, Ardi suka hisap rokok. Sehari Ardi boleh hisap rokok sampai 40 batang. Serius, tak tipu punya. Kalau Ardi tak hisap rokok, nanti Ardi akan menjerit-jerit dan cepat marah.






Ardi kecik lagi, mana Ardi ada duit. Jadi, hari-hari, Papa ler yang beli kan rokok untuk Ardi. Baik kan Papa Ardi. Ardi sayang Papa.



Ardi mula hisap rokok ni waktu Ardi umur 18 bulan lagi. Mesti Ardi kecik lagi kan waktu tu. Hehe. Ardi pun tak tau sapa yang bagi Ardi hisap rokok waktu Ardi kecik dulu. Papa Ardi kot.



Ardi tengok, kawan-kawan Ardi semua masih hisap botol susu, tapi Ardi tak, Ardi kuat, Ardi dah besar, sebab tu Ardi boleh hisap rokok macam Papa dan kawan-kawan Papa.






Doktor cakap Ardi obes, tapi sikit pun Ardi tak faham obes tu apa. Papa Ardi pun cakap Ardi sihat, jadi memang Ardi sihat lah. Nampak tak badan Ardi, lagi besar dari kawan-kawan Ardi.



Ok lah kawan-kawan, Ardi nak pergi main tembak-tembak ni. Jumpa lagi yeee... si yu bebehhhh....





NOTAKAKI:
Kanak-kanak dalam gambar tersebut ialah Ardi Rizal, Kanak-kanak 2 tahun dari Indonesia ini telah mula menghisap rokok sejak umur 18 bulan, dan pada umur sekarang, beliau telah menjadi ketagihan terhadap rokok. Malah beliau akan mengamuk jika tidak dapat menghisap rokok sekurang-kurangnya 40 batang sehari.

2 comments:

  1. betik ler nih... ;p



    jangan sebut psl makanan bleh tak, lapo.. dh ler gusi still sakit. huhu.

    ReplyDelete