Thursday, June 24, 2010

PENYAKIT

Korang ada tak penyakit macam aku?? Bila korang marah atau tak suka someone, korang rasa malas nak cakap dengan dia. Mula2 tak cakap sehari je, lepas tu jadi 2 hari.. Lepas tu seminggu, then jadi sebulan.. Tengok2 sekarang, dah bertahun korang tak cakap dengan dia..


Banyak kes lah yang buat aku tak cakap dengan orang-orang macam ni.


First kes, kawan sekolah menengah dulu. Dari sebelum dia kawin, sekarang dah anak dua. Pernah jugak dia telefon aku lepas aku senyap macam tu je. Tapi aku dah tak berupaya nak ubah friendship kami jadi macam dulu. Sebabnya aku terasa dengan dia. Sudahnya, time dia kahwin aku tak tunjuk muka, berpantang anak pertama dan kedua pun aku tak pernah melawat. Kejam kan aku???


Kes kedua, ni pesyen buat aku sakit hati. Ni berkenaan dengan rumah sewa pulak. Ceritanya sangat panjang, malas aku nak tulis. Kang jadi lapan kajang lak korang nak membaca. Ringkasnya, dia tumpang kat rumah sewa aku selama sebulan. Then, dia buat rumah sewa aku macam rumah sewa dia. Sampai budak rumah aku yang lain rasa tak selesa. Dia tau aku marah dia, so masa dia datang nak ambik balik kain baju dia, langsung sepatah haram tak cakap dengan aku. Sangat biadap okeh!! Lepas tu, aku langsung tak sms dia or call dia sampai sekarang. Dah dekat 2 tahun.


Hari tu aku receive SMS. Nombor aku tak kenal, of course sebab aku dah lama delete nombor henpon minah ni. SMS dia, "masih marah aku?" Lepas reply dua tiga kali, dia call aku. Mungkin dia ingat ni kisah lama, jadinya aku dah sejuk. NO!! Tidak mungkin.
Aku takkan jadi seramah dulu okeh. Dan 1 hari tu aku terserempak dengan dia kat stesen bas Sungai Petani waktu nak hantar adik aku balik ke politeknik. Dia datang tegur, dan salam2 dengan mak dan adik aku. Sempat aku salam dan tanya dia nak ke mana (dengan muka yang langsung tak ada reaksi), lepas dia jawab nak ke JB sambil sengih2 macam kerang, terus aku blah. Adik dan mak marah2 aku, katanya aku sangat teruk dan sombong. Haha. Lantak...!!! Sikit aku tak kisah. Aku tak kisah tak ada kawan macam ni. Ego aku sangat tinggi setinggi Everest kan??


Dan kes yang seterusnya, cerita pasal rakan serumah lagi yang sangat malas tahap gaban!! Setahun dia menyewa sama2, boleh kira dengan jari2 aku yang mulus ni, berapa kali je dia buang sampah. Penyapu? Tak pernah tengok dia pegang. Cuci bilik air?? Ohhh.. tidak sama sekali. Mungkin akan mengeraskan tapak tangannya. Aku sangat menyampah dengan orang yang malas macam ni okeh. Pernah sekali, dia tak basuh periuk yang dia guna, sampai 3 minggu. Kering dan berkulat. Kitorang saja je tunggu bila dia mau cuci itu periuk. Sudahnya rakan serumah aku yang lain dah tolong basuh. Korang ingat aku tak sakit hati ker, aku beli barang nak masak, aku masak, makan sama2, sudahnya dia angkat pinggan dia je basuh. Geram sangat, last2 aku tak masak. Aku cakap aku nak diet. Haha. Kencing nih. Lepas tu, tiap2 malam dia terpaksa mendermakan sejumlah duit kat kedai makan. Lantak dia laa... Muka cun, pakai kereta mahal, tapi serbuk basuh baju paw aku punya, apa kes????? Haha.. Sekarang dia dah blah. Dia langsung tak cakap apa2 kata nak pindah, just SMS rakan serumah aku yang sorang lagi, cakap nak pindah. Alasannya, dia sedih, sebab aku tak cakap dengan dia. Wallaweyyyy... Best punya alasan, salahkan aku pulak. Mana2 pun dia pergi, dia akan tetap bawak perangai dia yang malas tu. Dan aku pun, tetap akan bawak perangai aku nan satu ni.


Sangat mustahil untuk aku bertegur sapa dengan mereka ni if one day aku jumpa mereka balik.


Dalam dunia ni, aku sorang je ek ada penyakit macam nih???

4 comments:

  1. mungkin ada jugak yang macamni...bukan cik sorang je

    ReplyDelete
  2. aku pun ade penyakit camtu gak..kebanyakkan kuman2 tersebut berasal dr rumah sewa la..ade 3 ekor semuanya..


    yaaaa! itulah wonderpets tersebut!!!

    ReplyDelete
  3. gua takde la sampai makan setahun..sehari dua tu ada lerr..huhu

    ReplyDelete
  4. cikgu firol,

    hehe. ramai yang berpenyakit camni. ;p


    chumeley,

    ha'ah, sungguh geram kan?


    linglung,

    gua kuat merajuk sgt kot.. haha.

    ReplyDelete