Tuesday, June 8, 2010

UNTUK HARI TUA


bestnya kalau duit GC banyak macam ni... hohohoho..



Baru seminggu je Gadis Comel aka GC dapat gaji, tapi GC rasa macam dah sengkek sangat-sangat. Biasa la GC kalau balik kampung, bawak mak GC pi jalan-jalan, beli barang rumah, isi minyak kereta pi mai pi mai, bayar tol lagi, dah tinggal berapa kupang lagi dah dalam poket GC ni.

Risau?? Tak risau sangat. GC ni bukan jenis orang yang suka shopping macam gadis-gadis kat luar tu. hehe. Tengok beg, GC jeling je. GC cuma pantang tengok kasut je. Sebab tu Lelaki Kacak suka perli GC, "beli kasut banyak-banyak, tapi tak pakai pun". Hehe...

GC sebenarnya nak share sikit pasal kepentingan berbelanja dengan berhemah dan menyimpan untuk masa depan yang lebih gemilang dan terbilang pada masa depan.

Ekceli, berapa persen dari gaji yu all yang yu all fixed kan untuk saving?

GC sebenarnya tak fixed pun berapa persen tiap-tiap bulan. Haha. Tapi simpanan tetap untuk ASB (Anak-anakku Sungguh Bertuah) memang GC ada bank in dalam akaun Mebenk. Untuk yu all yang sudah bekerja, GC rasa okey jugak kalau yu all semua ambik ASB Loan. Ini ibarat simpanan hari tua yu all yang yu all tak boleh nak usik. Selepas 10 atau 20 tahun, baru yu all boleh merasa duit yang yu all simpan sekarang. Alaaa.. macam konsep duit EPF yu all. Tiap-tiap tahun yu all tengok amount dalam akaun 1 dan 2 yu all makin bertambah, tapi yu all still tak boleh usik, sehingga yu all berusia 50 tahun.

Tapi, untuk konsep ASB Loan tadi, yu all masih boleh keluarkan duit bonus atau dividen setiap tahun yang ASB akan declare pada bulan Januari setiap tahun. Keuntungun yang ASB bagi untuk simpanan kita agak baik iaitu sebanyak 8 persen (plus minus) berbanding yu all simpan dalam mana-mana akaun di bank.

Satu lagi yang GC nak share, GC agak suka dengan konsep main kutu. Sebabnya, main kutu ni macam force saving. Kalau nak harapkan kita saving sendiri, alamatnya tiap-tiap kali ada sales, mesti langkah kita asyik ke ATM je. Walaupun ada sesetengah orang tak berapa suka dengan permainan kutu ni, tapi itu terpulang pada pendapat masing-masing. Sebolehnya, pemain-pemain kutu tu mesti lah orang yang kita rasa yakin yang mereka akan bayar pada tarikh yang telah ditetapkan. Jangan-jangan dah dapat duit, terus lesap. Tak syok pulakk... Lagipun, main kutu ni ibarat macam kita pinjamkan dulu duit yu all untuk kawan-kawan yu all, lepas tu bila sampai turn yu all, kawan-kawan yu all akan bayar balik 'hutang' yang kawan-kawan yu all pinjamkan tu..

Dan lagi, kalau yu all rasa nak selamatkan duit yu all dari ketagihan yu all yang suka cucuk duit tu, GC cadangkan yu all keluarkan duit yu all dan simpan dalam ASB. Sebabnya, bila yu all guna kad, senang-senang je yu all nak keluarkan duit yu all. Tapi kalau yu all simpan dalam ASB, susah sikit sebab ASB kan pakai buku, jadi tak la sesenang yu all nak keluarkan duit dan perabih macam tu je. Tambah-tambah kerja macam GC ni, lunch time je ada untuk GC nak ke bank atau pejabat pos kalau GC nak keluarkan duit ASB, tapi kalau GC keluar, tak sempat pulak lunch time GC. Jadi, susah lah GC nak keluarkan duit dalam akaun GC yang ada berapa kupang tu.. ekekekeke....

Kalau di tolak duit itu ini, bayar yang tu bayar yang ni, GC rasa kita masih boleh menyimpan balance duit yang kita tak guna lagi. Takkan nak harapkan simpanan untuk ASB je kan. hehe.




Rasa macam topik GC kali ni agak seriyus. Tapi GC tak kisah, GC nak share je pendapat GC yang tak berapa mahir lagi dalam ilmu kewangan ni. Kalau yu all semua ada cadangan yang lebih bagus, sila tinggalkan komen yu all ye.


notakaki: gambar duit ribu riban tu GC cilok dari abang gugel.. ;p

4 comments:

  1. untuk tabung haji, insurans , kenderaan kereta..tu kena setting masa muda

    ReplyDelete
  2. bab tu belum stori lagi bang.. nanti adik stori mori lagi ye..



    hehe.. gedik betui.

    ReplyDelete
  3. amboi..leh la aku p rompak ang..aku ni miskin..ang kaya :P

    ReplyDelete
  4. mai ler rompak aku weh.. kaya byk dlm peti ais.. mau???

    ReplyDelete