• News

    12 June, 2010

    Yang Terjadi Pasti Ada Hikmah-Nya 1

    Serius, memang sakit. 

    Tapi aku nak elakkan dari telan painkiller. 

    Aku tak mau badan aku penuh dengan chemical product. Sila percaya. 

    Sebenarnya aku takut makan ubat. Haha. 

    Actually, aku memang nak turunkan berat sikit. Sikit je lah. Hehe. 

    Tapi banyak usaha yang aku cuba buat, akhirnya membuatkan aku melukut di tepi gantang juga akhirnya. 

    Kecewa dan kecewa. Huhu. 

    Dari tekan tubi, skipping, lompat bintang seperti harimau bintang, lari setempat sejauh 5 kilometer setiap hujung minggu, dan akhirnya sehingga ke cara yang paling hampeh aku penah buat, iaitu mengurangkan pengambilan nasik. 

    Ceh.. ini nasihat kawan aku. 

    Katanya, kalau tak makan nasik seminggu, aku boleh turun 2 kg okeh. 

    Aku ikut. 

    Sudahnya kaki rasa macam kena parkinson, lapar der. 

    Aku ni perut orang Melayu, mana tahan kalau sehari tak makan nasik. Ishhh.. 

    Sungguh hampes kerana aku ikut nasihat tu. Haha. 

    But then, sekarang aku kan sakit gusi. 

    Menurut Doktor Pakar Peribadi merangkap kawan serumah aka Kak Ina, dia cakap aku mesti nak tumbuh gigi bongsu. Ehemmm.. 

    Aku muda lagi kan.. Sebab tu gigi tumbuh tak abih lagi. Hehe. 

    Kesukaran untuk makan tu memang lah sangat terasa, even nak minum air pun terasa sakit. 

    Dan lagi, rutin harian aku untuk menguap depan PC sepanjang waktu bekerja juga terasa sangat terseksa. 

    Sifat keMelayuan aku iaitu makan dengan tangan pun terpaksa aku letak tepi, sebabnya tak dapat nak nganga. 

    Akhirnya, aku menjadi sedikit moden (poyo), dengan makan menggunakan sudu. 

    Nak telan air liur pun sakit weh. 

    Hari ni dah masuk 4 hari aku menanggung kesakitan akibat dari kebengkakkan gusi, dan rutin harian aku untuk menimbang berat tak pernah aku abaikan. 

    Alangkah shocked nya aku, aku berjaya menurunkan 1.5 KG dalam masa 4 hari. 

    Yahuuuu... 

    Berjaya.... 

    So, aku terima sakit gusi aku ni dengan redha, sebabnya setiap apa yang jadi dalam hidup kita ni, pasti ada hikmah dari Dia. 

    Sakit, at the same time dapat kurangkan berat badan (yang belum sampai tahap obes okeh).

    3 comments:

    Umi Nazrah said...

    wei entri ambil hati sendiri ka..
    kesian kt ang..tp sakit gigi akan hilang. sakit hati susah nk hilang :D

    Hanie AbadieY said...

    huhuhu.. chaiyok2.. nak pkai bju poengantin cantik2 kn nnt.. hek hek hek

    Siti Noor Aminah said...

    umi nazra aka budak 5sc2
    =========================
    sakit hati tang mana pulak weh?
    aku sakit gusi der, bukan sakit gigi.nak test gigi aku sakit ka tak, meh aku tokak hg? haha.


    muhaini aka mahani budak 5pa1
    =============================
    haha. poyo je. bju pengantin tu boleh alter, mau kecik or mau besaq. haha.

    Total Pageviews

    My Followers