Friday, July 30, 2010

BUTA WARNA + GAMBAR YANG SOMBONG + MISI MENUNTUT HUTANG

BUTA WARNA

Ok, aku mengaku semalam aku tengok tilawah al-quran sikit-sikit saja. Sebab aku tengok cerita Buta Warna. Awie berlakon. Beb, aku minat Awie. Kalau mintak aku nyanyi lagu Awie, kalah sikit dari Black Mentor je. Memang sedap weh suara aku. Tak percaya? Sila tanya ustazah nasyid sekolah rendah aku dulu. Hehe.

Lawak gila cite ni. Aku gelak kaw2. Kalau hangpa tengok, tapi hangpa tak gelak, konpem hangpa ada masalah urat kentut putus. Awie memang terbaek lah.. Si Jihan Raja Lawak tu pun lawak tiga suku.

Awie dalam cerita ni buta warna. Kaler hijau, dia kata keler merah. Lawak tengok Awie pakai seluar striking kaler merah. Sakit mata aku. Haha. Pastu, pakai pulak kaler pink. Comel weh. Rasa macam nak ajak Awie kahwin je. Haha.

Si Jihan Raja Lawak tu pulak macam Ugly Betty. Lebih kurang macam Norkhiriah dalam cerita Mario Mariono Bros. Kalau nanti ada balik ulangan cerita ni, sila tengok ye. Tak paksa suruh tengok pun, tapi kalau tengok ramai-ramai dengan ahli keluarga, mesti happening.


.............


GAMBAR YANG SOMBONG

Si dia cakap, aku kena provide 2 keping gambar untuk tujuan kahwin-kahwin nanti. Aku angguk saja tanda faham.

Balik rumah, aku cari stok gambar yang masih ada. Alhamdulillah ada. Belek-belek gambar sendiri, aku senyum. Comel jugak. Lantak la aku nak puji diri. Nak harap orang lain puji, jangan harap lah. Sendiri puji, sendiri senyum. Hihi.

Kalau nak bandingkan gambar ni dengan gambar kat IC dengan lesen, wahhh sangat failed! Muka sombong sangat lah.. Mungkin tertelan anak tebuan sebelum ke kedai gambar. Menyampah jugak tengok muka sendiri yang sombong dan serius. Jadi, aku amat berpuas hati dengan gambar yang akan aku bagi kat si dia nanti.

Mak selalu pesan, muka tu jangan masam sangat. Senyum sikit. No wonder budak-budak kat sekolah dulu cakap aku sombong.


...........


MISI MENUNTUT HUTANG

Hari tu kan aku penah story pasal kawan yang pinjam duit dari aku. SMS aku send, tak reply. Call tak angkat. Aku sedih jugak, dia kawan baik aku. Bila dia susah aku tolong. Lagipun sekarang kan aku nak kena buat persiapan untuk kahwin, banyak duit nak pakai.

Aku segan nak SMS dia, terasa macam nak mintak sedekah je. Tapi sumpah, aku nak pakai duit. Kalau sekarang aku tak de plan nak kahwin ka apa, memang aku tak kisah dia bayar lambat. Hari tu dia reply SMS aku:

"kalau lah mencuri tu halal, dah lama aku buat demi bayar hutang hang".

dan lagi dia cakap,

"mungkin hang tak akan rasa susah macam aku susah lepas kahwin, sebab hang orang senang, bekerja dan husband pun kerja".


Dia baru je kahwin, tak kerja. Tapi aku sedih, macam ni dia cakap kat aku walaupun niat aku baik nak tolong dia hari tu.


Kawan,
aku bukan orang senang.
mak ayah aku hanya penoreh.
bukan orang senang macam kau kata.

Kawan,
bila kau kata aku senang,
aku rasa lucu
senang pada ukuran apa?
aku senang pada kau sebab aku tak pernah bercerita susah aku

aku tak jejak ke KFC, McD dan Pizza macam orang lain
aku tak menonton wayang, aku tak pergi main boling
aku tak pernah lepak kat Starbucks cafe.
aku tak pakai pakaian mahal macam kau.
aku tak macam kau yang dibantu sumber kewangan dari lelaki bernama teman lelaki mahupun tunang.
aku senang sebab aku kedekut.

hahahaha...

ok, tamat sudah cerita aku. Petang ni lepas kerja terus aku nak merempit balik kampung. Masalah, aku letak tepi dulu. Balik jumpa mak ayah kat kampung, mereka sumber kekuatan aku. Aku rasa bahagia tengok mak ayah tersenyum dengan gigi ayah yang makin kurang. Haha. Hidup tanpa masalah macam minum kopi tak letak gula. kihkihkih...

5 comments:

  1. wa yg selalu senyum manis2 pesen makwe ni pun org kata sombong..camne?

    udah la kata sombong..kata wa garang lg..ceissss..wa tegas dlm keje jek..dlm sosial..kdg2 boleh jd so-sial.. hikss..

    ReplyDelete
  2. salam..hang carik ayat-ayat al-quran yang tak bayar hutang hang SMS kat dia..pas ti dia terkedu punya....

    ReplyDelete
  3. walaweh...minat awie gak?samalaa kita.sejak2 dia berlakon baik punya cilok tu,bertambah2 best lak tgk dia berlakon.(abaikan time sembilu2 tuh)

    ReplyDelete
  4. wah! kawan mcm tu pun ade yer..

    sabar ye gadis comel..

    eh. nak kawin jgn lupa jemput tawww..nak gak tgk kecomelan tuan belog ni :)

    ReplyDelete
  5. hanie,

    mak gua memang kemain suruh anak dara dia ni byk kan senyum, almaklum ler, nanti segan pulak kalo mak pak mertua kata apa nanti.

    tp muka gua memang original macam ni.muka sombong, tapi manis ada.keh3x.

    sahromnasrudin,

    hadiahkan al-quran terus kat dia,bagi dia cari sendiri.haha. tak pa la, orang takmo bayar, chek pun tak mo fikir2 byk psl ni, takut rosak lak relationship yg lama terjalin ni.cewah...


    kak anis,

    uishh..sonok tau cite semalam.mengekek je sy gelak.boleh dengar 1 flat kalo ada mikropon.hihi.lagu2 awie pun best. i like awie.hihi.


    mak dara terdiva,

    alaa..sy letak je nama gadis comel.pdhal comel tu blh diragui.haha.insyaallah jemput.tapi kalo dtg nk tgk comel ker tak tuan blog ni, rasa lawak lak. mmg tak comel pun. haha.

    ReplyDelete