Friday, July 30, 2010

HATI SEORANG AYAH

sob3x.. aku teriak tersedu-sedu.. sampai hati ayah libas aku dengan hanger besi tu.. sakit tau dak?
bukan berat sangat pun salah aku.. aku tak mau makan saja.. bukan aku pi meloncat dalam kolam dekat bendang yang ayah kata banyak lintah tu.. bukan aku pi mengail labi pastu pi jual dekat Siam.. huhu.. ayah suka, kalau makan, nak anak ramai-ramai duduk makan sekali.. kalau mak buat sup, ayah cedok kuah sup suruh anak-anak dia hirup.. sebab tu ayah suka makan ramai-ramai.. seronok.. meriah.. ayah garang, anak-anak semua takut.. ayah penah penampaq gaban kat anak laki sulung dia, bising kat masjid waktu terawih, sampai anak jantan dia jatuh tergolek kat longkang dan patah tangan.. mujuq tak dak orang telefon teledera.. tidak, konpem ayah tidoq balai..

waktu tu aku kecik lagi, ayah geram tengok aku terkedek-kedek baca jawi.. ayah panggil aku duduk depan dia.. malam tu ayah rajin pulak melepak kat rumah, kalau tak, asyik tak lekat kat rumah, politik memanjang.. malam tu aku belajaq sampai abih semua ayaq dalam badan bertukar menjadi ayaq mata.. ayah jentik pun tak, tapi aku takut.. sejak malam tu, lancar je aku baca jawi.. tapi i'm sorry ayah, sekarang ni anak ayah ni macam bengap pulak baca jawi, mungkin ayah kena libas sekali lagi dengan hanger besi tu baru boleh lancar balik.. hehe...

ayah cakap ayah nak pindah rumah, bawak mak dan adik-adik.. dekat sikit nak ke tempat kerja ayah.. tapi ayah, chek sayang tok.. kesian tok.. takpa, biar chek dok dengan tok.. ayah pindah, waktu tu aku darjah 4.. seminggu sekali ayah balik, gilir-gilir bawak aku atau kak jumpa mak.. tak boleh tinggalkan tok sorang-sorang kat rumah.. darjah 4 jugak aku dah hafal nombor IC ayah, nak sign kat kad kemajuan.. tok dah tua, baca pun tak reti, ni kan pulak nak sign kad kemajuan.. aku belajar tiru sign ayah.. hebat jugak aku waktu tu.. darjah 4 jugak aku menggedik panjat pokok getah, nak ambik bijik getah, nak lawan bijik getah sapa paling kuat.. pappp.. padan muka,aku jatuh pokok getah.. patah tangan.. tahniah jugak untuk aku, sebulan lebih tak payah pi sekolah..

mana ayah?? aku tunggu jugak waktu cikgu mintak ayah mai sekolah, ada perjumpaan cikgu dan ibu bapa.. ayah tak mai.. aku tunggu jugak, takkan nak mintak jiran sebelah rumah tok jadi wakil..waktu tu aku tak reti apa-apa.. bila cikgu tanya kenapa ayah tak mai, aku tunduk pandang lantai.. aku cari-cari wajah ayah bila cikgu umum nama aku kat pentas.. orang ramai tepuk tangan.. tapi, aku tak nampak muka ayah.. cikgu kata suara aku sedap, nanti nak buat persembahan menyanyi.. aku ingat, bakat aku mesti turun dari ayah.. mak aku tak pandai nyanyi rasanya.. mesti ayah dulu awek ramai, nyanyi kat awek time keluar dating.. aku kat atas pentas buat persembahan, ramai orang tepuk tangan, phewwit-phewwit kat aku, tapi aku langsung tak nampak muka ayah.. walaupun aku kecik, tapi aku bijak time tu, aku dah faham maksud redha..

hari sukan sekolah, aku kecik lagi waktu tu, aku wakil sukan rumah biru.. kuat jugak aku lari, tinggalkan budak-budak kurus dan tinggi tapi lari macam kura-kura kat belakang, tapi hampa, aku dapat nombor 2 saja.. cikgu kata, aku boleh cuba acara lompat jauh.. aku cakap aku pendek, mana boleh lompat jauh cikgu.. cikgu yakinkan aku, "yeahhh.. kamu mesti boleh. Malaysia boleh". aku lompat, dan menang. tempat ke dua jugak. celaka, budak tu menang sebab dia kurus dan tinggi. jauh jugak lompatan beliau. aku benci dia sampai sekarang sebab dia kurus dan dapat pingat nombor 1. waktu aku ambik hadiah, aku masih tak nampak muka ayah.

aku malas pi mengaji petang. aku nak pi meloncat kat bendang dengan kawan-kawan, lepas tu nak pi main tuju kasut. aku cakap kat tok, tak mau pi sekolah, tok bilang, "up to you lah". aku meloncat macam kera sebab tak payah pi mengaji petang. pi sekolah esoknya, cikgu marah, cikgu cubit perut aku, pastu suruh aku berdiri atas kerusi, lenguh abih tempurung lutut aku, time-time tu jugak aku masih tak nampak muka ayah.



jiwa aku memberontak. aku perlukan kasih sayang ayah.. bila aku besar, aku join satu akademi untuk jadi seorang perisik.. hebat gila waktu tu.. aku dapat belajar macam-macam, pistol la, senapang la, mesin gun lagi, bom pun ada.. bukan standard meriam buluh yang budak laki kat kampung aku dok main time posa.. memang aku bijak, sebab tu aku boleh jadi perisik yang berjaya dan femes.. dah besar dan dewasa ni, body aku punya la lawa, bibir mungil, loncat dari pucuk pokok nyoq ke tanah pun tak apa-apa lagi.. kemudian, aku berjumpa seorang lelaki yang sayangkan aku.. hensem tak hengat, muka macam brad pitt.. tak sangka betul, rupa-rupanya dia pun perisik macam aku..

ok, panjang sangat cerita aku ni.. lain kali aku sambung lagi.. aku nak masak, satgi Mr. Smith nak balik makan.. dah la kat dapur ada stok ikan bilis ja ni, buat sambal ikan bilis dengan sardin king kup kira spesel dah..


sekian,

yang benar,

Jane Smith.

14 comments:

  1. salam...sayang ayah ditangan-tangankan

    ReplyDelete
  2. tak suka terpedaya..
    baca sampai abeh semata nak baca tunggu sambungan???
    kejammmmmm

    psstt bial buta warna tu main??? pukul berapa tibi berapa???
    kami nak tgk ulangan, nak belek buku astro..

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  3. sahromnasrudin,

    salam..haha.ayah piapp sekali je dgn hanger.yg lain,tak de pn.. naik suara sikit pn dah menjejes air mata ni.. haha.


    kak pnut,

    buta warna tu semalam lah kak. kol 9.05 minit malam kat 104. auuuwww..peminat awie jugak ek? hehe. tapi best lah.. buleh gelak 1 family.

    ReplyDelete
  4. aku takt ahu nak bezakan yang mana betul..yang mana tak betull...ni slot kisah misteri ke

    ReplyDelete
  5. cis! tiba2 masuk cerita mr.&mrs.smith pulak daah..haishh!

    p/s:kak anis dlu kena libas dgn batang betik.sampai la ni teringat.nk mkn betik pun takut.hihi!

    ReplyDelete
  6. dok campo reality dan fantasi nie laa yang buat gua nak bikin meriam buluh hala ke lu time raya nie..

    ReplyDelete
  7. kalau aku tgh serius2 baca, ada ending cam siot, memang ringan je kaki dan tangan nak hinggap muka kau.

    ReplyDelete
  8. ni camne aku nak phm ni???????dah la aku ni bengap!

    ReplyDelete
  9. salam to all,

    ampun ye, cuti 2 hari, blog ni dgn tuan dia bercuti bagai nak rak. so, reply komen hangpa semua sekali harung je la ye.hihi.

    eh, bukan cerita mr & mrs. smith tu, sini bini dia nama jane smith ker? ker, aku yg memandai pi create watak baru dalam cerita tu. haha. ampun lah. haha.

    pada yg berani nak lawan meriam buluh tu, gua alu2 kan.tapi gua dah tinggalkan semua bnda nakal ni sebab takut bakal bapak mertua gua sekeh pala lak.

    hihi.

    ReplyDelete
  10. kasih seorang ayah, nanti bila ketiadaan dia pasti kita akan terasa

    ReplyDelete
  11. jimi,

    alamak, hang buat aku sedih je.sob3x.

    ReplyDelete
  12. hohoiii! smbg cter laaaa. haih

    ReplyDelete
  13. haha..bab kena tibai ngn hanger besi and patah tangan nek pokok getah memang realti. hehehhehehhehehhe

    ReplyDelete