Thursday, July 8, 2010

Kenapa makin ramai orang jadi gila?



Ini soalan untuk pembaca blog Gadis Comel. Bukan ayat penyata.


Hari aku nak ke Lumut aritu, aku nampak 3 orang gila. Bukan pasal aku hebat dapat scan kepala diorang macam tu je.
Tapi pasal aku tengok rambut diorang sangat kusut masai, baju pun sangat kotor. Jalan tanpa arah. Jadi, kesimpulan yang aku dapat buat, mereka memang gila. Mungkin perkataan gila sangat sakit hati bila dengar. Ok, tukar je lah. Jiwa tidak sihat.


Eh, gila ni melibatkan jiwa ek? Ker, kepala hotak? Ntah, aku tak berapa pasti puncanya.


Pagi tadi pun aku berkesempatan tengok sorang lagi yang tidak sihat jiwanya. Aku tengok dia duduk je atas tebing batu tepi jalan raya. Orang lalu lalang kat situ, dia dengan lagak slumber menghembuskan asap rokok. Macam membilang asap-asap yang terbang di tiup angin. Dia kelihatan sangat asyik. Dan lagi, aku buat kesimpulan yang dia tidak sihat.


Dunia makin maju, tapi kemodenan tak selari dengan rasa ketenangan di jiwa. Ada banyak punca. Terpulang kepada individu nak atasi masalah, samada masalah peribadi, masalah kerja, masalah dunia, dan macam-macam masalah.


Kalau ada masalah, kalau tak dapat selesaikan sendiri, berkongsilah dengan kawan-kawan. Tidak pun, dengan adik beradik. Dan tidak pun dengan sapa-sapa je yang korang percaya. Mungkin diorang tak dapat nak tolong kita selesaikan masalah tu, tapi mungkin mereka ada idea yang lebih baik mahupun penjelesan yang lebih bijak dari penyelesaian yang cuba kita ambik.


Paling penting, muhasabah diri. Bercerita lah masalah kita dengan Dia. Masalah tu Dia akan berikan kepada orang yang betul-betul layak.

9 comments:

  1. bwk balik sotong bergula utk aku bley?? kepingin nk makan nye..



    :P

    ReplyDelete
  2. en_me,
    hang buat aku jadi gila.haha.


    sepet,
    haha.ko suka makan ek sotong bergula tu? nanti aku mintak lelaki kacak belikan. bg alamat. ;p

    ReplyDelete
  3. gua pun tgh gila sekarang ni..cuma masih berpakaian kemas dan masih mampu menaip..tp gila apa pun ua tak tau...gua rasa saja gua gila..keh keh keh..

    ReplyDelete
  4. ekekek..luah dalam blog pun boleh..akak kalo xde blog,mmg duduk tepi jalan bilang kereta lembu kt sini laaa jawabnyaa...heheheee!

    ReplyDelete
  5. linglung,
    lu orang gila versi hensem lah ek? haha. meroyan la lu nih.


    kak anis,
    ye kan.kalo tak de blog ni,tak tau nak curahkan kat mana rasa tension tu. dari sekecik2 benda pn nak cite dalam blog.haha.

    ReplyDelete
  6. ni ang cerita pasal diri ang yg hampir2 menuju ke....

    :D

    ReplyDelete
  7. nazra aka umi,
    aku tengah gila bayang nih. haha.

    ReplyDelete
  8. gila-gila remaja..

    ~hati kau keras, roy~

    ReplyDelete