Wednesday, July 21, 2010

MEE SEDAP VS MAGGI KARI

Aku balik kerja petang tadi tak singgah kedai makan. Terus melangkah laju ke kedai runcit berhadapan flat tempat aku tinggal. Semalam tergoda sekali dengan iklan Mila dan Aril AF, bukan main promote maggi slurrppp..


Peliknya, iklan Pizza, iklan McD, iklan KFC langsung tidak menggangu gugat nafsu makanku. Hanya iklan maggi yang menyentap selera ku. Jadinya, balik kerja tadi terus aku beli 3 bungkus megi. Buat stok. Orang bujang macam ni lah. Stok megi mesti kena ada kat dapur.


Aku tak pernah cuba mee sedap sebelum ni, tapi aku rasa seperti mahu mencuba sesuatu yang baru. Mudah saja nak masak. Budak tadika pun boleh buat, ini kan pulak aku yang sekolah 3 tingkat.


gambar di cedok dari brader gugel


Siappppp.... Masukkan dalam mangkuk. Bismillahhirrohmanirrahimmm....


Rasa mee sedap tu boleh tahan. Tapi tekak aku nih sudah biasa dengan megi kari cap maggi, megi 2 minit. Ohh.. megi kari itu tetap dalam hati. Nak lagi mantop, potong cabai melaka 2 bijik, dan masukkan telur sebijik. Maveles.. Sila cuba samada mantop ka tidak.


gambar ni pun cedok dari brader gugel. thanks bro gugel. ;p


Dari zaman belajar sampai la ke zaman dah bekerja, megi kari always in my heart. Haha.


ps:
1) baby cacing dalam perut terasa nak makan ikan keli bakar pulakk.. ngada-ngada betui baby cacing nih...

2) lagu malam ini: S Club 7 - Never Had a Dream Come True

12 comments:

  1. wah.. maggi kari.. lama aida xmakan.. hehe~ teringin nak beli je sok.. :D

    ReplyDelete
  2. sy akui iklan maggi nie mmg leh buat kita cair walau rasa tak sedap mana pun kan hahahahah

    ReplyDelete
  3. aida,

    haha.beli jangan tak beli. sedap di makan panas2. tp jangan terus makan, tunggu sejuk sikit, nanti sakit lak anak tekak anda.

    ;p

    ReplyDelete
  4. sahromnasrudin,

    eh, mana ada tak sedap. sangat sedap tau. cuba la suruh isteri anda masak, cuba sekali mesti nak lagi.


    (dah macam duta maggi pulak)


    ekekeke.

    ReplyDelete
  5. aku tak suka mee sedap tuh, macam kureng jer rasanya. mungkin jugak sebab terbiasa dengan mee segera jenama maggi.

    ReplyDelete
  6. NAk beli banyak banyak buat stock dubulan puasa..he he!

    ReplyDelete
  7. wei baby cacing ang tu bg la keluaq2 sama..

    ReplyDelete
  8. jimi,

    sama lah kita. tekak aku pun dah terbiasa dengan megi kari cap maggi tu. hihi.


    relevan,

    hoho. takkan nak makan megi je? kang rambut lu kerinting cam megi lak...

    hihi.


    nazra,

    haha.aku syg baby cacing nih. dah lama aku membela meraka. chup! chup! sayang baby cacing..

    haha.

    ReplyDelete
  9. pergghhh...gua terus mengidam nak makan maggie kari..haihhh!

    ReplyDelete
  10. linglung,

    lu masak lebih sikit, gua pun terasa mau makan lagi nih.

    hihi.

    ReplyDelete
  11. Jangan mkn byk sngat meggi..nanti pankreas jadi kecut...

    ReplyDelete
  12. hehe. biasa ah tu bro.
    tapi ko jgn makan selalu pulak. dgr2 tak elok untuk kesihatan. hehe :)

    ReplyDelete