Thursday, July 22, 2010

PEKASAM MAKCIK FAIZAH YANG MEMBUKA SELERA

Sebut je pasal pekasam, aku tak pernah jumpa pekasam yang sedap macam yang mak aku buat dalam muka bumi ni. Haha. Bukan niat nak puji hasil air tangan mak sendiri, tapi ni la fakta yang aku cuba nak bagitau kat hangpa semua. Niat nak bercerita ni bukan apa, sebab posa dah makin dekat. Sedap betui kalau dapat pekena ikan pekasam yang mak buat masa sahur (orang Kedah kata makan soq).


Ni pun berapa kali dah aku dok telan ayaq liyuq sambil dok tulis pasal ikan pekasam yang mak aku buat. Hishhhh... Sedap ni. Awat la lambat sangat nak sampai 30 haribulan, dah gedik dah ni nak makan ikan pekasam goreng garing. Nak lagi sedap kan, hangpa goreng dengan bawang besaq dan cabai melaka. Kalau stok cabai melaka tak dak, hangpa boleh ja guna cabai kering. Wallaweyy.. Sedap aihhh...


Hari tu ada kenduri kat kampung aku, jadi mak aku yang baik dan comel macam anak dia ni pun bagi la 2 balang ikan pekasam yang dia buat, jamu orang kampung makan. Lepas tu, ramai pulak dok puji ikan pekasam yang mak aku buat. Sengih sampai cuping telinga dah mak aku tu. Sejak dari tu, ramai la orang kampung pakat mai beli pekasam yang mak aku buat. Otak bisnes betui mak aku tu.. Kat adik beradik dan sedara tu, mak aku segan nak ambik duit. Dia bagi ja. Yang lain tu, dia kena la ambik duit, kang rugi lak bisnes pekasam mak aku tu. Kalau yang rapat dengan family aku, mak aku bagi sekilo RM10 je, tapi yang tak berapa nak rapat tu, mak aku jual RM15. But actually, tak tau la harga kat pasaran berapa. Pernah jugak aku jeling-jeling pekasam kat kedai runcit kat Penang ni, mak aiiii... Sangat mahal lahh.. 3 ekoq kecik pun dah harga RM4.


Modal nak buat ikan pekasam ni pun sangat kecik. Bergantung kepada kerajinan ayah aku nak pi tahan pukat kat sungai belakang rumah. Kesian jugak kat ayah aku, dia pun bukan sihat mana pun. Tapi, jiwa seorang pemancing tegar macam ayah takkan pernah surut. Bila pukat tu carik, ayah akan jahit sendiri. Kadang-kadang dia mintak budak-budak kecik anak sepupu aku tolong buangkan daun-daun kering yang terlekat kat pukat. Ishhh... aku suka semua moment-moment ni. Buat aku rasa touching pulak... Sob3x.


Lepas pukat tu ayah tahan sehari kat sungai, baru dia pi tengok. Bawak balik ikan, mak aku cepat-cepat pi siang. Simpan elok-elok, lepas tu goreng beras dan tumbuk. Aku tau makan saja, detail cara nak buat pekasam tu tak pernah pulak aku perhati betui-betui time mak aku buat. Hihi. Dah siap tumbuk beras tu, mak aku akan peramkan serbuk beras dengan ikan. Kasi letak dalam balang elok-elok. Dan biarkan selama 2,3 minggu sampai ikan tersebut masam dan boleh di goreng.


Mak ayah aku ni yang lawaknya, kalau depa tengok aku suka makan ikan pekasam, sampai ke sudah kalau aku balik kampung, mak asyik tanya, nak makan ikan pekasam dak? Dan memang tekak aku ni memang tekak orang kampung, suka sangat makan ikan masin, macam ikan tambam, ikan gelama, ikan talang, jadinya tiap kali aku balik kampung, asyik nak jamu aku dengan ikan masin je. Haha. Itu belum anak depa yang kat Johor balik, budak tu hantu petai, suka sangat makan sambal petai, kalau luar musim, jenuh jugak nak cari. Mahal pulak tu. Tapi demi nak jamu anak-anak yang jarang-jarang balik, sanggup je mak ayah usahakan, cari sampai dapat.


Ramadhan kali ni adalah ramadhan terakhir aku boleh sambut dengan mak ayah dan family tercinta. Sebabnya, status aku yang akan bertukar menjelang hujung tahun nanti pasti berbeza................................................................ Tak mampu nak sambung cerita lagi. Bergenang airmata aku ketika ini.



Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis. End.

16 comments:

  1. tentu sedap makan pekasam dengan pulut...dah lama tak makan ni rasa macam nak cari lepas ni.

    ReplyDelete
  2. gadis comel org utara ka?? tang mana..raya lik utara la nie erk..jom pi singgah sg petani..

    ReplyDelete
  3. wei sedapnya. dh telan air liur dok bayang :D

    ReplyDelete
  4. Bakal suami awak tu suka makan pekasam jugak ke? Kalau tak, puasa tahun ni last lah awak makan pekasam

    ReplyDelete
  5. Sg belakang rumah hang ada ikan lagi ek? Apa nama sungai tu?

    ReplyDelete
  6. abs72,

    hehe.itu hidangan wajib pagi kenduri.mesti ada punya pulut dgn pekasam. lepas ni kalo mkn ikan pekasam, sure tringat kat sy kan??
    haha. (perasan).


    sahromnasrudin,

    utara tang kedah.hehe.orang jeniang,dalam parlimen Sik. ;p
    sg.petani tang mana? sg.layaq ka? merbok ka? tikam batu? pinang tunggai? haha.


    nazra,

    nnti hg mai amek pekasam umah aku. mak aku buat byk, saja nak bg tok besan rasa.ekekeke.


    YB,
    yup,dia pun suka makan.itu yg mak ayah gelak tu, siap perli2. cakap,"pandai dia cari, suka makan ikan pekasam jugak".hampeh!! haha.

    ReplyDelete
  7. YB lagi,
    Sungai tu nama sungai ruman.;p
    Ikan pa ada tak tau la, dugong ada jugak kot.haha.



    .

    ReplyDelete
  8. sedapnyaa ikan pekasam..hg buat akak syahdulaa dok kt sini..mai post skit.lani stock bulan posa kami tinggal ikan gelama masam dgn ikan apa xtau yg kecik2 tu.sedap oo org kg buat kan..heaven sungguh mkn.

    ReplyDelete
  9. kak anis,

    syahdu ek? alaaa..ciannya.sapa suh dok jauh2 pi sampai sri lanka nu?haha.nanti balik gurun, roger lah sy. boleh tapau ikan pekasam bawak balik sri lanka.jeles jiran sebelah rumah nanti. hihihi.


    .

    ReplyDelete
  10. sg petani tang kota kuala muda..sg layaq tue kampong kancilbiru..hang kenai kancil biru no??? klu hang pi pantai merdeka, hang lalu la kota nor...

    ReplyDelete
  11. sahromnasrudin,

    kancil biru? tidak kenai! ok, nanti akan berkenalan dgn beliau.jom lah blk kampong hjg bulan ni.


    hihi.

    ReplyDelete
  12. mak masak goreng ikan bilis kicap pun ngam jugak

    ReplyDelete
  13. firol,

    masakan mak, hatta telor goreng pn rasa sedap. haha. nak plak mak yg terbaek macam makcik faizah. hihi.

    ReplyDelete
  14. waa..aku plak yg terliur...

    ko nak kawin ye?? congrats..

    ReplyDelete
  15. cdot,

    haha. cik ney makan pekasam tak?

    thanks.


    .


    jimi,

    hihi. pekasam goreng dengan nasik putih, makan panas2 memang heaven!!

    slurrppp..

    ReplyDelete