• News

    28 July, 2010

    BILA SYAITAN BERAJA DI HATI

    Hampir sebulan lebih si dia sakit perut, aku syak mungkin atas faktor pemakanan. Lepas beberapa kali ke klinik dan hospital, berjumpa pakar pun sudah, sakit si dia masih tak sembuh. 


    Lepas tu si dia mencuba cara perubatan Islam di kawasan tempat tinggalnya sebelum mengikut rakan sekerja balik berubat. Ternyata, ada benda asing menghuni dalam perut si dia. Benda halus. 


    Si dia angguk-anguk seperti kenal dengan ciri-ciri orang yang bomohkan dia. Perempuan. Aku sendiri pernah bercakap dengan perempuan yang disyaki, junior si dia di tempat kerja. Dulu si dia pernah sukakan perempuan yang disyaki, tapi kata si dia, perempuan ni seperti tomboy dan sukar di kawal. 


    Akhirnya, selepas berkenalan dengan aku dan serius dengan hubungan kami, perempuan disyaki mungkin rasa sakit hati. Perempuan disyaki berjaya mendapatkan nombor telefon aku dan mula mengganggu aku siang dan malam. 


    Baiknya aku, masih melayan perempuan disyaki dengan lemah lembut walaupun sifat semulajadi aku bukan macam tu. Bercakap dan bercakap, perempuan disyaki aku rasakan kurang matang. Itu pandangan aku selepas beberapa lama bercakap dengan dia. 



    Dia makin rasa rendah diri bila mendapat tahu yang taraf pendidikan aku lebih tinggi dari dia dan mempunyai kereta, dan meminta aku supaya menjaga si dia dengan baik. Titik. 


    Itu kali terakhir aku bercakap dengan perempuan disyaki. Iaitu sebelum raya tahun lepas. Hujung minggu baru-baru ni, si dia menjelaskan yang mungkin perempuan disyaki ini yang membomohkan dia. 


    Aku tak mau buruk sangka pada perempuan disyaki. Maghrib semalam, aku sempat baca Yassin dan berniat semoga penyakit si dia cepat-cepat sembuh dan supaya Allah tenangkan hati aku, terlampau banyak ujian yang kadang-kadang aku rasa penat nak tanggung sendiri. 


    Malamnya, tiba-tiba aku menerima panggilan dari nombor tak dikenali, rupanya perempuan disyaki yang call. Perempuan disyaki berpura-pura bertanyakan aku siapa kerana nombor telefon aku memang sudah lama tersimpan dalam henpon dia, dan akhir sekali sebelum meletakkan telefon, perempuan disyaki cakap, "sorry ye kalau saya mengganggu awak dan suami". 


    Setelah hampir setahun berlalu dan semalam dia menelefonku. Itu pun setelah kami tahu yang dia adalah suspek utama dalam kes ni. Aku takut kerana aku yakin akan ada lagi usaha dari perempuan disyaki untuk menghancurkan si dia, kerana itu janji perempuan disyaki kepada si dia di akhir pertemuan mereka. 


    Dan aku pasti, akan ada lagi panggilan telefon dari perempuan disyaki untuk mengganggu aku selepas ini. Aku risau sekiranya aku tidak melayan panggilan perempuan disyaki, dia akan rasa marah dan akan ada tindakan yang lebih dahsyat dari sekarang. 


    Atau mungkin, sekiranya aku melayan panggilan perempuan disyaki dia akan merasa tidak senang dengan kebahagiaan kami dan bertambah teruk usaha yang akan dilakukan untuk memisahkan kami. 


    Majlis aku dan si dia akan berlangsung November nanti tapi persiapan yang sepatutnya berjalan lancar terpaksa di utamakan untuk merawat sakit si dia. Semoga aku dan si dia di lindungi Allah. Semoga si dia cepat-cepat sembuh.

    12 comments:

    hanie said...

    ni adelah ujian dan cobaan yg harus kena tempuh..
    nanti dah kawen lain pulak dugaanya..
    yg penting kuat semangat...
    ok yang?
    insyaAllah..

    Anonymous said...

    semoga sidia cepat sembuh..
    napelah masih ade lagi org yg dengki-mendengki mcm ni..

    heh!!

    semoga tabah & sabar selalu

    Siti Noor Aminah said...

    hanie,

    thanks yang. takut sgt skrg ni, tp harap kami sentiasa dilindungi Allah.


    mak dara terdiva,

    si dia tnjuk kuat depan sy,padahal badan dia sakit. kesian dia.

    thanks. ;)

    sahromnasrudin said...

    bykkan baca ayat kursi dan 3 kul sebelum tidur..selalu basahkan rumah dgn ayat2 suci Al-Quran..insyaAllah gadis comel dan sidia akan selamat hendaknya...:-)

    Siti Noor Aminah said...

    sahromnasrudin,

    insyaallah,akan buat yang termampu. condition diri sendiri tak apa, mungkin perempuan disyaki tak boleh menjejak saya disini, tapi risaukan si dia.

    terima kasih pd yg concern. ;p

    Aleen Aiden said...

    kamoo yg sabar ye..smoge sume bejalan lancar mcm yg d plan.

    Siti Noor Aminah said...

    aleen,

    thanks yang. sayang kamoooo.. ;p

    Relevan said...

    Bersabar ye menghadapi ujian ini..

    Mak Su said...

    nauzubillah.... maksu harapkan semuanya pulih semula dan baik2 sahaja

    Siti Noor Aminah said...

    relevan & maksu,

    harapnya penyakit si dia sembuh cepat.terima kasih semua atas semangat dan prihatin korang.

    Unknown said...

    wooo...bahayanya!!tak sangka wujud kes mcm ni..ingatkan dlm drama TV je..huhu
    Latest post:Perkara ni tak merisaukankah?

    Siti Noor Aminah said...

    iqbalsyarie,

    dunia makin moden, tp benda2 macam ni masih ada. sihir, ilmu hitam, memang ada.kalau tak dapat nak balas cara depan2, guna saja ilmu sihir untuk jatuhkan orang yang kita tak suka.

    harap2 kawan2 blogger semua tak terkena benda2 macam ni. azab, boleh bawak mati kalau tak berubat. nauzubillah. semoga Allah sentiasa melindungi kita.

    Total Pageviews

    My Followers