Thursday, August 19, 2010

AL-FATIHAH BUAT SOLEHAH HJ. MOKHTAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera....kepada semua sahabat2, saudara mara atau sesiapa sahaja kenalan di dalam FB SOLEHAH MOKHTAR , kami sekeluarga ingin mengumumkan adik SOLEHAH BT MOKHTAR selamat kembali ke PENCIPTANYA pada 16/08/2010 jam 5.40 am di Hospital PUSRAWI, KL akibat simptom KEJUTAN DENGGI.

Kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua doa-doa,ucapan, kunjungan dan bantuan dalam menguruskan jenazah arwah SOLEHAH semalam.Di kesempatan ini, kami sekeluarga mewakili arwah SOLEHAH ingin memohon maaf di atas segala kesalahan atau apa jua kekhilafan arwah sepanjang hayat beliau. Besar harapan kami agar beliau dimaafkan dan dihalalkan dunia akhirat atas segala kekurangan atau perlakuan semasa hidup.

Sekiranya arwah ada berhutang bolehlah berjumpa kami sekeluarga atau menghubungi melalui TALIAN 03-61206195 atau FB kakak beliau, MASTURA MOKHTAR. abg2nya SHAFIQ MOKHTAR ,MUHAMMAD SHAHIR. MUHAMMAD FIRDAUS & AIMAN MOKH untuk sebarang tuntutan.

Kami sekeluarga dengan rasa rendah diri amat mengharapkan kerjasama sahabat2 supaya tidak menyiarkan sebarang gambar2 yang tidak menutup aurat atau sebarang video arwah untuk tontonan umum.Ini adalah pemintaan terakhir pihak keluarga.

Dengan ini, kami sekeluarga memberi peluang kepada semua sahabat2 arwah untuk memberikan sebarang ucapan ataupun kiriman doa di wall FB beliau selama seminggu dari tarikh 16/8/2010-22/08/2010 sebelum pihak keluarga menamatkan sebarang laman sosial arwah.

Sama-samalah kita meghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah dan mendoakan semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.Amin.

SOLEHAH BT HAJI MOKHTAR 16021994-16082010

ikhlas dari keluarga arwah


PS: ini aku copy dari FB arwah. terasa yang dia masih ada. lupa yang dia dah tak de. sempat aku kucup pipi dan dahi arwah sebelum di bawa ke masjid untuk di sembahyangkan. apa ertinya raya nanti tanpa dia. semoga Solehah di tempatkan disisi orang2 beriman. Amin.

15 comments:

  1. al fatihah...ajal dia di bulan mulia ni..rezeki dia no..

    ReplyDelete
  2. al fatihah...siapa dia ni?

    p/s: for ease of use, erm adik boleh disable word verification ni sebab blospot kan dah ada pendetect spam...:)

    ReplyDelete
  3. al-fatihah, semoga Solehah ditempatkan di kalangan orang yang beriman ...

    ReplyDelete
  4. salam..al fatihah..semoga jumaat ini kan memberkati roh arwah...

    ReplyDelete
  5. terima kasih semua yg sudi sedekahkan al-fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  6. al-fatihah buat solehah.

    Emak saya pun masuk Pusrawi juga tak lama dulu.

    ReplyDelete
  7. keluarga jugak ke? al fatihah... moga tabah semuanya...

    ReplyDelete