Thursday, August 19, 2010

BAZAR RAMADHAN BAYAN LEPAS, PENANG

Kemarin gua berjaya jugak menjejakkan kaki di bazar ramadhan. Tak jauh dari rumah gua, bertempat di tapak pasar malam Bayan Lepas jugak. Dekat sangat dengan rumah. Kalau gua rasa malas jalan kaki, nak merangkak pun boleh. Ohh.. Tidak! Jangan merangkak. Jangan kufur nikmat yang Allah bagi. Insaf.

Ohhhh... Gua nak cakap sikit je nih, gua memang suka bazar ramadhan tu. Sebab??

Nooooo.. Bukan pasal ada jual ayam percik. Setakat ayam percik, merata ada jual.

Sebab harga makanan kat situ murah? Nooooo.. Harga memang standard gua rasa.

Sebab gua mampu berjimat cermat? Hmmm.. Mungkin jugak! Sebab semalam gua cuma habiskan 4 henggit saja di bazar tersebut. Jus epal 2 henggit dan kuih 2 henggit. Gua memang pesyen berjimat cermat. Untung sapa kahwin sama gua. Haa.. Kan dah melepas sebab lu orang tak mengorat gua awal-awal. Keh3x.

Eh... lu orang teka la yang best-best sikit.. Tau lah puasa pun.. Takkan lah otak terus jadi pasif nih. Haha. Mintak maaf. Yelah, gua bagitau. Kenapa gua suka bazar ramadhan tu, sebab kan.. Hehe.. Gua ternampak ada mamat ensem meniaga kat situ. Gua rasa petang ni nak singgah kat tempat beliau meniaga. Kemarin gua tak singgah, tak mo lah nampak macam desperado sangat.

Tapi konpem lah, petang ni gua nak singgah kat gerai beliau. Lu orang jangan bagitau kat bakal suami gua pulak. Kang free je gua kena sekeh kepala. Keh3x.



Sekali sekala buat muka comel macam ni tentu encik bakal suami lagi jatuh cinta kan??? keh3x.



ps: Encik bakal suami tau gua ada blog tapi dia tak tau URL address gua. Hehe. One day, Encik bakal suami cakap gua ni gadis comel, tetiba gua rasa sentap. Bukan! Bukan sebab gua tak suka di puji, gua kalau kena puji, senyum sampai telinga. Meleret-leret, sampai mintak di puji lagi. Tapi gua syak, mesti Encik bakal suami dapat tau nickname gua dalam blog nih. Haipppp.. Tetiba gua syak adik gua yang bagitau nih.Hishhh..

20 comments:

  1. hooo...wa tak berapa nak gemor kalau kaum keluarga tau pasal blog wa. sb dlm tu sume alter ego wa..sisi lain seorang makwe nama hanie..hahahah
    [sb tu ade terselit cacian,kejian,makian secara berhemah] ( ̄∀ ̄)

    ReplyDelete
  2. huhu..
    bahaya nih kalau blog dah kna spy...hihihihi
    seronoknya pegi baazar kat kampung yek? ble la boleh balik kampung ni ...rinduuunya :(

    ReplyDelete
  3. hanie,

    tak leh nak wat apa, adik gua pun ada blog jugak. tapi gua rasa memang bakal suami gua tak tau pasal isi kandungan blog gua nih. hehe.

    cacian secara berhemah ek? okeh, gua kagum! haha.



    kak mawar_berduri,

    sy orang kedah kak, keja kat penang. belum berkesempatan nak pi bazar ramadhan kat kampung. ;p

    rasanya mmg bakal suami tak tau pasal blog ni. tempat dia takde akses internet. keh3x.

    ReplyDelete
  4. salam..wa tak kisah klu fmly wa bacer blog ini malah bini wa setiap ari bacer..yg penting, wa tak nak pelanggan wa bacer dan tahu blog ini coz wa tak nak kredibiliti organisasi wa kan terjejas krn ini adalah layangan minda peribadi wa bukan organisasi wa...

    ReplyDelete
  5. eh baru perasan, blog kaler hijau kuning...

    tetiba teringat lagu hijau kuning..cemana ek..

    yakinlah diri sendiri..berjuang la sejiwa murni

    pastu tak ingat..

    sambungg...
    hijau kuning tanah ku..
    darulaman negeriku..
    hijau kuning tanahku
    negeri kedah negeri ku...

    ehh laaa nak cari la lirik lagu ni...

    ReplyDelete
  6. Encik bakal Suami spoting apa..ishk..!

    Cuba check encik bakal suami tu ada blog tak?..

    ReplyDelete
  7. Tahu takut kalau en bakal suami tau ko nak ngorat mamat ensem tu.

    ReplyDelete
  8. Lepas ko kawen nanti ko kena tukar nama blog ko kpd IsTeRi CoMeL.

    Bila dah dapat anak tukar lagi kpd IbU CoMeL hehehe

    ReplyDelete
  9. Aku biasa jugak area Bayan Baru tu. Nape aku tak nampak ko masa aku pergi sana dulu?

    Kalau tak bolehlah masuk line sebelum en bakal suami hahaha

    ReplyDelete
  10. muahahah,kejap lg lu kantoi wa tompang gelakkan ye.wiii
    aku pon sedaya upaya xmau bg org terdekat bace blog aku.nnt jd xbes sbb ruang menulis makin sempit.haih

    ReplyDelete
  11. sahrom,

    haha. malas ah kalo ada family member yg tau psl blog ni. tp adik sendiri pn ada blog jugak. terpengaruh dgn dia, sebab tu sy buat blog sendiri.

    -----

    kak pnut,

    haha.baru wat renovation nih.pasal kak kancil biru mintak letak kaler2 sikit kt blog ni.keh3x.

    sy pun tak berapa igt lagu tu.haha.

    tekun berani
    sesungguh hati
    demi sukan
    mengharum negeri

    kedah.. kedah pantang kalah
    walau sakit jatuh dan rebah
    bangun lantas
    semula gagah
    ............

    dh lupa.. ekekeeke..

    ReplyDelete
  12. relevan,

    kalo dia tau kata nk p bazar ramadhan nak tgk mamat encem tu, terus ilang sifat2 sporting dia tu.haha.

    konpem dia tak de blog. haha.

    -----

    YB,

    haha. mmg lah takut. takmau makan sekeh pree. haha.

    good idea, lepas ni kena tukar nama blog yang lebih berhemah. hehe.

    sy pn baru je lagi kat kawasan ni, baru 2thn. waktu tu YB dah beranak pinak dah.jgn gatai arr.. cakap kt mak adam kot.haha.

    ReplyDelete
  13. aleen,

    haha.biadap je nak gelakkan aku. jaga hang. haha. dont wori lah weh, dia tak tau arr aku tulis apa dalam blog ni. keh3x.

    ReplyDelete
  14. alaaa,rilex arr...kak anis tulis blog,siap dok kutuk2 abg speckybee,dia balik umah,kita buat muka rilex dah laa..hahaha!

    ReplyDelete
  15. kak anis,

    cik abg tau ek apa kak anis tulis? hehe. tak pa la cik abg sporting morting, kalo pesyen hat tak sporting tu yg tak berapa besh tu. hehe.

    ReplyDelete
  16. kekeke..awat pulak tak tau.dia laa manusia yg suruh kak anis tulis blog.dia jugaklaa penyumbang trafik blog tu.kehkehkeh!alaa,pabenda la sgt kita tulis2 tu.lawak2 ja..dia pun kenai kita lagi dalam dari org lain yg dok baca blog kita.nnti pas menikah,hg jgnla stop blogging naa..kita keep in touch la slalu.. :)

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Post Si gadis membuatkan gua terimbau dgn kenangan lama di Pulau Mutiara...

    Bazar Ramadhan Bayan Lepas...Terlalu manis kenangan yg dicipta di situ :)

    Terima kasih kerana post si gadis memberikan rasa dan menguntumkan senyuman pada wajah gua selepas membacanya :) ..

    God Speed You..InshaAllah..

    Teruskan...

    ReplyDelete
  18. nk address die bole tk? or kasi landmark. is it dkt dgn airport?

    ReplyDelete