• News

    09 August, 2010

    DULU DAN SEKARANG

    Zaman gua dulu, kalau pi sekolah lambat, baca doa pagi dekat pagar luar sekolah, sambil pengawas jeling-jeling manja, rasa sangat ganas dah itu time. Kalau nama masuk buku rekod pengawas sebab lambat, lagi lah rasa ganas.

    Zaman gua dulu, kalau lepas rehat ada subjek Fizik, Kimia atau Bilogi, lu tak payah gatai cari gua. Memang sukar di kesan. Gua sangat magik. Sebelum rehat gua ada, selepas rehat memang tak ada. Kadang-kadang gua rasa macam biskut Famous Amos. Silap, Chipsmore.

    Zaman gua dulu, rakan seponteng gua suka tanya, "GC, jom balik. Aku lapaq. Nak balik makan nasik di rumah". Gua pun angguk saja. Yang penting, rakan seponteng gua mesti tarik pagar sekolah untuk gua, senang nanti gua mau langkah. Rakan seponteng gua ni jantan, kaki panjang macam AC Mizal gitu, sumpah kalau langkah pagar tak jadi masalah buat beliau. Gua ni dah la kecik, masalah jugak kalau nak langkah pagar dengan kain biru laut tu.

    Zaman gua dulu, cikgu Fizik gua macam dah haramzadeyyy tengok muka gua dan kawan-kawan gua. Gua ingat lagi cikgu Fizik gua pernah cakap, gua dan kawan-kawan gua ni "KELAS BELAKANG PARANG". Cikgu Fizik cakap itu macam pun kami semua masih tak faham. Cikgu Fizik gua hangen jugak, dia cakap lagi, "ajaq pun tak faham-faham". Gua tak salahkan cikgu Fizik gua, gua salahkan diri sendiri sebab suka sangat mengusya abang-abang Form 6 yang chumel-chumel lalu lalang depan makmal Fizik.
    Kerana mereka gua failed Fizik. Haramzadeyyyy....



    Sudah laa, malas nak cerita lagi pasal zaman gua. Sebab tak boleh lawan heaven zaman budak-budak sekarang ni. Gua tabik la tengok budak-budak sekarang. Tabik toink toink toink lagi.




    ai hisap rokok SAAT, yu hisap rokok apa?




    apa usya2, mau penerajang kah??




    cikgu kata merokok tu membahayakan kesihatan, ai rasa tipu je lah..kih3x..




    ps: hebat ye budak-budak sekarang. sila kagum. mintak hampun ler kalo gambar budak-budak tengah smoking ni ada kena mengena dengan hangpa semua. hihih.

    25 comments:

    Afique Zainuddin Ahmad said...

    biasa la isap rokok..gua lagi hangin tengok budak pergi sekolah bershuffle..

    Siti Noor Aminah said...

    ohhh..ok, gua jakun sgt nih.gua igtkan ni aktiviti luarbiasa.heheh.

    shuffle pun nak hangen? itu aktiviti yg sihat apa. eksesais weh.haha.

    Kuri Kuri said...

    gadis comel! awak comel! jangan buat lagi ye , hurm-hurm

    Siti Noor Aminah said...

    azry,

    sy buat apa nih? haha. itu bukan gambar sy pun. ;p

    janji tak buat. promise. hihi.

    achik ezam said...

    gilakkkkkkkkkkkkkkkk!!!

    ::cdot the dot:: said...

    perghhhhh..tabik la utk dorang2..kecik2 mulut dah berasap..

    Siti Noor Aminah said...

    ezam,

    haha. arghhh..tidak..gua tak gila.... mereka yang gila.. haha..



    cdot,

    ganas ye mereka. rasa macam form 1 or form 2 je nih.

    Elin said...

    wow.. gambar tue biar betul..
    huhuuu

    Kuri Kuri said...

    ouh yeke..
    dah terkejut dah tadi,,
    sebab gmba kan first impression baca blog :),

    alhamdulillah awak bukan camtu :)

    Nizam Awang Brahim said...

    Betul tu.Nakal2 budok dulu takde la senakal budok sekarang weh..

    Siti Noor Aminah said...

    ryan,

    rasanya betul. dapat dari email. hihi.


    azry shafiqah,

    eh,mana ada sy smoking lak. nak merasa kena pelempang sulung dengan hincik bakal suami, boleh la. haha.


    jejaka desa,

    budak2 skrg memang advance la. kalo tak try, nnti org kata ketinggalan zaman pulak. keh3x.

    Hellioz said...

    style~

    lu style...
    gyahahahahah~

    jap2

    lu buat komen lu popup ah meyh
    snang gwa nk komen
    gyahahahaahah~

    aNiS tHe BumbleBee said...

    Rasa macam nk bg penampaq ja sekoq2.
    Ya Allah, jauhkanlah anak cucu kami dari sikap2 mazmumah ni...(ibu yg susah hati)

    NER said...

    teruknya budak2 tuh. kompem depa x dak ayah cam ayah kita and mak cam mak kita..hudoh gila prempuan smoking

    Bella Isabella said...

    hurm...no komen la...time bella skola dulu pon nakal jugak...nakal yg standard je la heheheh....

    Pnut said...

    bukan kagum tapi takut dan serammmmm aduhaiiiii nak bela anak-anak zaman skrang memang mencabar.. takottt la....
    takkan kita nak kawai depa 24jam..

    kekadang memalam pi hntr anak teruna akak pegi tuisyen, tengok anak-anak remaja dok lepak-lepak kosong je.. dok pikiaq apa la bebudak ni kelentong mak pak depa mai dok lepak kat taman memalam..

    ♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

    Wah....

    advance btol.....harap2 mereka sihat hingga ke anak cucu...amin .. :)

    Unknown said...

    hehehe..remaja oh remaja skang nih. biasalah nak havoc.

    sahromnasrudin said...

    SALAM..aku br turun kepala batas..budak2 cane hebat2 la..ada yg pakai skirt pendek cam nak main tenis tue huhuhuh...selamat menyambut ramdhan utk hang erk...

    Yunus Badawi said...

    Nasib baik tak tersangkut kain biru laut kau masa nak langkah pagar tu. Kalau tak mesti abg2 Form 6 datang berlari nak tengok hahaha

    Aleen Aiden said...

    giler style!otometik lu kalah dgn serta merta.keh3

    ruby bieha said...

    ganasnye...rase gerun plak jd bkl guru...x tau dpt didik ank bgsa

    Siti Noor Aminah said...

    hellioz,

    buat camne weh? aku dah ler buta IT. almaklumler skolah pondok je. huhu.


    kak anis,

    memang dah,memang rasa nak sekeh pala sekoq2 ja budak tu.dh la buat muka eksyen, macam baguih ja.


    nurulekmirabat,

    haaa...sgt huduh! tapi bkn hg besa smoking gak ka, ayah suh hg pi pasang api rokok kat dapuq. haha. aku tak pa la, besa sokmo. haha.


    bella,

    nakal standard tu ok lagi lah. kalo nakal yg tak berapa standard ni yg tak besh ni. ish3x..


    kak pnut,

    yer,sgt menyeramkan. mengalahkan tgk cite hantu dh ni.hehe. kat penang ni pun melambak lah, hat pesyen malam2 merayap. harap2 ank2 kita nnti tak jadi lagu ni. aminnn...

    Siti Noor Aminah said...

    hellioz-yess..dah berjaya buat pop out comment.!!!


    mawar berduri-too advance pun menakutkan jugak.betui tak?


    jimi-havoc kan? tak kata remaja bandar je, luar bandar pun sama.


    sahromnasrudin-amboiii.. seksi jugak noh org kepala batas,taktau plak chek.hehe. thanks,salam ramadhan jugak utk sahrosnasrudin dan keluarga. ;p


    YB-hamboi hamboii YB. dan lagi hang noh. haha.


    aleen-lu lagi style!!! haha.


    nabiha-takpe,ikhlaskan hati utk didik anak bangsa. insyaallah, pasti berjaya. amin.


    .

    NER said...

    tu bkn smoking tu igniting..huahua..

    Total Pageviews

    My Followers