• News

    10 August, 2010

    MENU AYAM GORENG KUNYIT UNTUK SAHUR

    Balik kerja petang tadi, singgah Giant, beli ayam, kobis, lobak merah, ikan gelama masin, dan minyak masak. Pes tomyam dah ada dekat umah. Dalam kepala dah cadang samada nak buat ayam goreng kunyit. Kalau aura rajin itu muncul tiba-tiba, tomyam pun boleh jadi. 


    Gadis Comel sangat rajin kan? 


    Mesti jejaka yang bujang berkenan mau buat bini, yang dah kahwin, sila simpan hasrat mau jadikan Gadis Comel sebagai isteri kedua. 


    Sekeh mau??? 


    Uihhh.. Sahur makan ikan masin memang membuka selera kan?? 


    Kalau tak de ikan masin, telur masin pun jalan. Hari tu jalan-jalan dengan si dia dekat Tanjung Dawai, rugi pulak tak tapau ikan masin banyak-banyak. Nyam3x. Si dia lagi best, tapau 2 ketul belacan bawak balik rumah sewaan dia. 


    Esok berbaju kurung warna pink. Warna yang kurang sinonim dengan Gadis Comel yang lebih meminati warna biru. Tapi sempena awal ramadhan, mahu kelihatan lebih anggun dan sopan berbaju kurung. Kalau jumpa gadis berbaju kurung warna pink, sila tegur ye. Mana tau itu Gadis Comel. Hehehe..


    Masa menghampiri 11.40 minit malam, nasik belum masak. Maknanya, menu bersahur yang tadi dibatalkan. Jadi, makan roti lorrr....Dengan milo. Semoga esok aku jadi sihat dan kuat. Hehe.

    10 comments:

    Tijah said...

    slamat berpuasa. nasi & sop ayam saya sudah masak esok tinggal panaskan saja. mmmmm

    Afique Zainuddin Ahmad said...

    weh,apa ni ?..siapa 'si dia'..gua baru nak masuk line..cisss..celaka

    aNiS tHe BumbleBee said...

    laaaa...bukan main beli brg,mkn roti dgn milo ja?xpa...bujang2 mmg kena hidup sempoi.sok da kawen,heh,xlarat woo nk msk bagai2 jenis.hehe..

    hamzah ian said...

    wa.. gadis comel baju pink... upload gmbr la

    Siti Noor Aminah said...

    kak tij,

    sedapnya sup ayam. balik keja petang ni mau buat jugak la. hehe. selamat berpuasa utk kak tij dan family.

    Siti Noor Aminah said...

    stiffler,

    haha.kepala lutut! gua sudah mau kawin okeh.itu la, lu lambat sangat. haha.

    Siti Noor Aminah said...

    kak anis,

    haha.itu la, kemain lagi beli barang nak masak. tengok2 kol 11 pun belom masak lagi. hangat2 taik ayam nih.haha.

    tanya jugak kt dia, sahur makan apa, dia pun makan roti dengan kurma. Lebih kurang. Harap2 nanti tak banyak songeh suruh masak yang macam2. hehe.

    Siti Noor Aminah said...

    Hamzah,

    hehe. mana buleh. nanti sekali lu tengok gua, terus lu jatuh cinta. keh3x.

    sahromnasrudin said...

    salam ramadhan..yang dh kawen mcm sy nie leh jadikan gadis comel sbg sahabat kan..untuk bertukar2 pandangan selain mengenakan gadis comel heheheheheh....
    p/s: mmg sesuai hang nie cheq kenakan nor..tak pandai amek hati..amek jantung kot huhuhuhu....

    Siti Noor Aminah said...

    ohh hincik sahromnasrudin,

    bangganya chek pasai hang sudi nak buat chek jadi sahabat hang. sapa la chek ni, sekolah pun takat sekolah pondok ja. mengaji pun pakai lampu pelita minyak gaih.

    p/s: jantung pisang ada, mau?

    Total Pageviews

    My Followers