Wednesday, August 18, 2010

MOREH YANG HILANG SERI

Masa gua kecik2 dulu, selalu gua dan kawan2 gua yang sama2 kecik jugak, folo budak2 yang besar sedikit dari gua dan kawan2 pegi masjid. Bukan terawih pun. Saja nak tunggu orang siap terawih, lepas tu nak ambik moreh.

Masa tu kan, budak2 kena duduk diam2. Tak leh bising. Ye lah, orang tengah solat terawih kan, mana buleh bising. Kalau nak rasa makan pelempang, sila lah bising. Nak kentut pun takut, kot2 member main tuduh2, lepas tu bising pulak dalam masjid. Orang tu tuduh orang ni, orang ni tuduh orang tu. Memang akan bising macam kat pasar malam tempat orang jual ikan. Huh!

Orang dah siap terawih, gua dan kawan2 gua yang kecik jugak, berebut beratur nak ambik moreh. Masa tu, apa kesah moreh apa pun. Memang seronok, berebut-rebut nak ambik. Tolak-tolak member sampai ada yang jatuh tergolek. Cian. Walopun gua kecik, tapi gua kuat. Mak gua bagi minum milo masa gua kanak-kanak lagi. Menjelang remaja, gua jadi Gadis yang Comel. Macam puji diri sendiri.

Tapi kemeriahan dulu dah tak terasa weh. Budak2 dah tak ada kat masjid, mak2 segan nak bawak anak pun, takut bising, kang ada pulak yang mengumpat. "Ishhh.. hingaq betui noh anak Che Nah tu, nak terawih pun tak khusyuk". Memang kena mengumpat agak sekandaq jugak la. Budak2 sekarang seronok main mercun depan rumah agaknya.

Masa balik dari masjid, sembang2 dengan sepupu, "ishhh.. awatla sunyi sangat masjid sekarang ni, budak2 pun tak ramai". Gaya soalan macam soalan cepu emas peringkat akhir Imam Muda. Sepupu aku jawab, "Dulu2 buleh la, TV tak dak cerita best, laa ni ada Astro, macam2 ada".



ps: rasa lain sangat keadaan dulu dengan sekarang ni, even gua memang tinggal kat kampung, tapi zaman dah berubah. Dunia dah maju.

7 comments:

  1. mak pak semua dok sibuk blogging tu pasal dah tak p masjid...hehehe

    ReplyDelete
  2. btol lah 2.jap lagi raye bkn nak pi melawat org.sbb rancangan kat tb beratoq yg bes2.hu3

    ReplyDelete
  3. skrng pon masih sama jgak..budak2 masih ramai kat masjid..tapi buat bising..bab moreh tu xtau lar :)

    ReplyDelete
  4. dulu bole la..FB takde..semua lepak masjid..la nie, budak2 tue bukan setakat berbluetooth..depa bertuttttt sekali huhuhuhuh...mintak dijauhkan...

    ReplyDelete
  5. kak KB-macam cakap pasal diri sendiri ja. haha. lawak ja noh.


    aleen-haha.itu lah, time raya byk pulak cite best2 tayang kt tv.


    ejum-kat kampung budak2 dah tak ramai. mak ayah tak bg anak2 pi masjid, takut bising.


    sahrom-ha'ah, bebudak skrg ni canggih manggih, tak sama macam zaman kita dulu.

    ReplyDelete
  6. memangpun...budak2 zaman sekarang dah tak macam dulu dan keadaan sekarang makin bahaya kot...tu yang budak2 tak dibawa ke Masjid..karang Mak ayah solat ...anak kna culik plak ...haish

    ReplyDelete
  7. kak mawar_berduri,

    betui jugak kata2 akak tu. kat kampung sy tu pun ganas gak, penah ada jemaah hilang moto masa solat jumaat. betui2 buat dajeyy la pencuri tu.

    ReplyDelete