Thursday, August 12, 2010

Perbuatan Sumbang Mat Rempit Di Bilik Hotel!

Mak bapak gua kasi nama kat gua, Muhammad. Tapi member-member panggil gua Mat saja. Cepat, senang dan ringkas. Waktu gua kecik-kecik dulu, hobi gua adalah menunggang basikal keliling kampung bersama rakan-rakan sepermainan. Bila terjumpa awek-awek kampung yang comel dan kiut, gua dan rakan-rakan sepermainan mesti akan mengorat awek-awek tersebut terlebih dahulu. Awek-awek tersebut pasti akan merasa kagum dengan aksi menunggang basikal yang gua dan rakan-rakan sepermainan tunjukkan kepada mereka. Ahhh.. Biarkan mereka kagum. Gua tau mereka kagum, kerana tiap kali gua wekang saja basikal gua, terus awek-awek tersebut menjerit suka. Ada yang buat aksi-aksi comel macam awek-awek dalam Facebook. Persetankan. Gua tak minat awek-awek, gua nak tunjuk skill berbasikal gua sahaja.


Aktiviti berbasikal ni gua teruskan sampai lah gua meningkat remaja. Kali in, gua sudah bergelar mat rempit professional. Bukan senang nak dapat title pro ni, mungkin berkat gua sudah lama menceburi bidang perbasikalan masa gua muda-muda dulu. Jadi, pengalaman itu memang tak sia-sia. Berlatih punya lama, dari zaman naik basikal, sampai lah ke zaman basikal berenjin, iaitu merangkap motorsikal.


Sejak title gua berubah dari peringkat amatur ke peringkat professional, banyak pertandingan rempit yang gua masuk. Iya, secara haram. Yang halalnya ada, tapi mana ada hadiah awek!! Betui tak?? Nak di jadikan cerita, gua menang pertandingan rempit peringkat daerah tempat tinggal gua. Glamer. Awek pulak berpusu-pusu datang peluk gua. Gua jadi rimas jugak jadi orang femes macam ni.


Hadiah 50 ringgit yang gua menang malam tu, sekali harung je gua joli. Tapi, awek yang folo gua malam tu memang kiut. Tubuh genit, kulit putih gebu, bulu mata lebat dan lentik sampai ke kening. Anak sapa lah ni yang kiut sangat, bisik hati kecik gua. Gua tak tunggu lama, terus tarik tangan awek comel tu masuk bilik. Tak lupa, kamera digital gua. Kamera digital ni gua beli lama sudah, gua simpan duit sikit-sikit hasil dari menang race. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Tak gitu?? Kalau gua ambik gambar gua dengan awek comel tu, buleh jugak letak dalam Facebook. Apa??? Lu orang ingat mat rempit macam gua tak ada akaun Facebook kah??


Lu orang mau tengok tak gambar gua dengan awek comel tu? Jangan tengok lama-lama, kang kurus pulak pahala posa lu orang. Ingat, kalau pahala lu orang sudah kurus, lu orang jangan salahkan gua pulak. Sebab awal-awal lagi gua sudah bagi warning sama lu orang. Tapi, kalau rasa pahala puasa lu orang sudah kurus, jangan lupa kaver dengan baca quran banyak-banyak, mungkin pahala lu orang boleh chubby sikit nanti.

..



..


..










ps: weh, aku tak tau ni gambar sapa. aku dapat thru email. mintak maaf la ye kalo orang dalam gambar ni adalah diri korang sendiri, tak pun abang, adik, ataupun pakcik. mintak maaf ye.

12 comments:

  1. salam ramadhan...sungguh menyayat hati di pagi ramadhan melihat pic itu

    ReplyDelete
  2. jimi,

    ekeke. jiwa rempit tu dah sebati dalam diri


    sahromnasrudin,

    iya,sangat menyayat hati. sob3x.

    ReplyDelete
  3. keh3,mcm mane la die bawak naek moto 2 ats katil ye.wiii

    ReplyDelete
  4. woi..time bulan ramdhan cerita la pasal puasa..tak senonoh langsung la lu nie !

    ReplyDelete
  5. potong stim aje hahaha


    psst - nasib baik aku tengok gambar tu dulu ahaks

    ReplyDelete
  6. aleen,

    ahh.. jangan tanya aku camne dia bawak moto tu naik atas katil. aku mana tau. keh3x.


    stiffler,

    hahaha. itu wa cite yg sopan apa. lu yang otak blue. sume fikir blue je. haha.


    YB,

    alaaa...tak haci la camni.. keh3x.

    ReplyDelete
  7. hihihi...

    sungguh sumbang gambar ni....
    hihihihi

    ReplyDelete
  8. lena sungguh tido pelok moto ni ek???


    :p

    ReplyDelete
  9. mawar berduri,

    keh3x. betul2 sumbang kan.


    hentak belipat,

    haha. khusyuk betul dia tido.


    sepet,

    rasa macam lena peluk awek kot? kikiki.


    relevan,

    haha. caya lah.

    ReplyDelete