Monday, August 2, 2010

PETAI

Balik kampung memang heaven dapat makan masakan mak. Aku assume semua makanan bawah tudung saji tu mak aku masak padahal kakak aku pun ada masak jugak. Ok, letak tepi. Nak story pasal petai. Sedap kan petai? Apa??? Tak makan?? Gila berlagak.. Tekak macam orang putih la lu... Haha.. Kata orang, aku sendiri tak makan durian..

Sedap kalau buat sambal petai. Tapi mesti letak santan, kalau tak, pahit sangat petai tu. Anak tekak aku konpem tak boleh telan. Manja betul anak tekak ni padahal tuan anak tekak ni i rock 70 %, ayu 5%, dan lain-lain kategori tak dapat dikenalpasti.

Makan nasik berpinggan-pinggan, lupa pulak badan dah put on weight. Gila!! Sampai orang tegur, nanti tak muat pakai baju kahwin. Lantak! Janji dapat makan dengan puas dan nikmat. Dah melantak puas-puas tu, kesan makan petai ni selain mulut berbau kalau tak gosok gigi dan gosok lagi, ada lagi sebab lain yang orang boleh tau korang makan petai.

Iaitu melalui air kencing.

Cisss.. Aku konpiden memang air kencing akan ada bau petai, slumber aku teguk air nescafe panas-panas. Abeh melecur anak tekak. Konon macho padahal bodoh tak ingat. Haha. Ni part aku tipu je. Korang jangan percaya pulak.

Nak terkencing. Pegi kencing. Alamak.. Ada bau. Malu kalau orang tau. Apa susah, tak payah la korang pegi tonyoh toilet bowl tu plak. Korang nak selamat dari rahsia makan petai korang terbongkar, korang tunggu lah tak ada suara-suara sumbang orang bercakap-cakap kat luar, lepas tu, tolak pintu dan keluar cepat-cepat.



Serius, aku berjaya buat! Haha. Selamat mencuba.

17 comments:

  1. tu tak kira kalau kentut lagi, mesti keluar dari bilik dulu, kentut, then msuk bilik semula. mmg nak bunuh diri la klu kentut dlm bilik sndri.

    ReplyDelete
  2. Patutlah ada bau petai kat toilet tadi..rupa rupanya..

    ReplyDelete
  3. Orang pompuan mmg segan nak makan petai..tapi kalau satu rumah makan petai x kisahnya sbb semua pun bau petai

    ReplyDelete
  4. abes 2 klo stok kite masuk tandas kat terminal memang org masok tandas xbenti2,camane?
    nak tunggu akak cleaner aes syif dlu ar baru kuar nih?keh3

    ReplyDelete
  5. john bert,
    haha.prutttt...busuk kentut! lariiiii....


    relevan,
    aippp...apakah jantina anda?ooo..masuk toilet pompuan ye.skodeng kot.hihi.


    ozzy,
    haha.siyus,kalo kt kedai sy tak sentuh sambal petai,balik rumah kalo ada, baru melantak tak hengat.haha.


    aleen,
    hang kena usya line elok2.rasa macam senyap je kt luar tu, terus hang lari keluar.jangan toleh kiri kanan pun.haha.

    ReplyDelete
  6. aku tak kira la bau kencing aku mcm haram ke hapa, jnji aku puas dpt mkn petai tuh....meletoooppp ko sambal udang petai...perghhh..rasa mcm disorga..

    ReplyDelete
  7. Ko buat sambal letak santan? Resepi baru ek?

    Rugi ko tak makan durian. Kalau ko makan petai dgn tempoyak, mesti terangkat. Jgnkan bakal emak mertua, bakal suami lalu belakang pun tak nampak.

    ReplyDelete
  8. salam..
    ermmm..
    anak dara dan petai
    nampak tak senonim..
    hu hu..

    ReplyDelete
  9. takat makan petai tak king lagi..

    lu pernah try jus...

    jus petai..

    hahahha..



    .

    ReplyDelete
  10. gila ah bape lama tak makan petai. huih sedap :)

    ReplyDelete
  11. err makan petai nak kena ikot jantina eh? kekek rasanya semua leh makan petai en. sedap oo petai :D

    ReplyDelete
  12. salam..cheq tak berapa suka petai nor..

    ReplyDelete
  13. cdot-betul weh.apa kesah bau kencing macam harrem pun, janji dapat makan petai.petai oh petai. haha.



    YB-aduh. sambal tumis petai tu lah.kena letak santan,rasanya akan jadi lebih enak dan mantop coz kt kedah ni, ktorang makan sekali dengan kulit petai.sila tanya org kedah kalo masih belum clear dgn penerangan chek ni.hihi.



    ery farieha-haha.rugi siot tak makan.kena try.rugi tak makan tau. ;p


    zulkbo-haha.tak kira der sinonim ker tak janji makannnnn..haha.nak lagi best, sebelom kuar dating,makan petai jeruk dulu.haha.



    man-haha.jus petai memang mantop.lu cuba dulu.lepas tu gua try pulak.ada berannn???



    mun-ok,cuba igt balik bila kali terakhir anda makan petai?? tak igt? alaaa...tak heaven la camni.hihi.

    betui mun, makan petai tak kira jantina.pak dan mak menteri pn soheh makan petai gak.hihi.

    ReplyDelete
  14. sahromnasrudin-amboii..depa makan epal ja.ekekke.

    ReplyDelete
  15. fuyooohh...hg ni buat entry bubuh makanan sedap2.yg mmg xwujud kt sini pulak tu.pekasam la,petai la..hg pos wak mai kt kak sikit habuan bulan posa ni.ngehehe!ha org kata mkn petai dgn kulit petua xbg bau sgt.pestu kunyah beras xmau bg mulut berbau.hg terai xlagi?

    p/s:hg xmkn durian,kak xmkn petai xmasak.tp kalo petai msk sambal ka,cili api ka,hadap smpai seperiuk.kakakaka.tudia,buruk mkn.(xpa...menikah dah..ekkee)

    ReplyDelete
  16. kak anis,

    wahahaha.saja la, entri psl makan ni memang khas utk bg org kt sri lanka jeles. nk pos ka? takut posmen tu mentekedarah dlu. wahahaha.

    sy pn tak makan petai tak masak, rasa camna ntah. petai jeruk, mmg nombor 1! malu kat bakal laki kalo lepas mkn lupa gosok gigi, pastu teruih p dating. wahahahaha.

    ReplyDelete