Saturday, August 7, 2010

PROGRAM BICARA NEGARAWAN BERSAMA TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD

Masa: Pukul 10 hingga 11 malam
Saluran: RTM TV1
Penonton: Aku dan mungkin juga kamu



Semalam tengok tak rancangan ni kat TV1? Korang ni, asal rancangan kat TV1, bukan korang nak layan sangat. Astro.. Astro.. Astro.. Tak pun, facebook, facebook, facebook.. hehe.

Aku pun semalam asyik tukar-tukar channel, samada nak tengok Italian Job kat TV3 dengan rancangan kat TV1. Then, aku decide untuk tengok Program Bicara Negarawan bersama Tun Dr. Mahathir Mohammad. Sekali sekala tengok rancangan berilmiah macam ni, terasa kagum pulak dengan diri sendiri. hihih. Berdasarkan pemerhatian dan kajian sejam yang aku jalankan sepanjang menonton rancangan tu, kalau tak salah aku, seramai 50 orang pelajar dari universiti seluruh Malaysia samada IPTA atau IPTS attend program ni.

Ada pelajar dari UIA, UTP, Lim Kok Wing Universiti, UKM, dan yang penting dari UiTM jugak. Wah2... UiTM di Hatiku okeh.. Haha.. Ada lagi pelajar dari universiti lain yang aku tak berapa nak ingat untuk tulis kat sini.. Macam biasa, memori kepala otak aku banyak terjejas di sebabkan kadar ketelanan sejenis menatang bernama semut.

Banyak aktiviti yang pelajar-pelajar ni follow. Dan yang paling best, ada Q and A session bersama Tun Dr. Mahathir Mohammad. Wahhh.. serius aku jeles.. Ada satu soalan yang aku ingat sorang student tanya, macam mana kita nak tingkatkan ilmu pengetahuan terutama sekali untuk masyarakat orang asli dan jugak orang luar bandar. Camni la lebih kurang yang budak tu tanya. Aku pun bukan pandai nak ambik trengkas, kalo tak, tentu dah boleh tulis sebijik-sebijik apa yang budak tu tanya.

OK, jawapan lebih kurang yang aku masih ingat Tun Dr. Mahathir jawab ialah dengan bahasa Inggeris. Ilmu pengetahuan tu bercambah, kat mana-mana pun ada, tapi kebanyakkan ilmu tu datang dalam bahasa Inggeris. So, nak tak nak, memang kena kuasai bahasa Inggeris. Nih, untuk adik-adik yang masih belajar, jangan malu-malu nak belajar bahasa Inggeris, hatta bahasa apa sekali pun. Kalau datang dari kawasan bandar, memang tak susah sangat sebab korang memang terdedah dengan bahasa Inggeris. Macam akak yang originally memang dari kampung, mak pak pun orang kampung, kami jarang terdedah dengan bahasa Inggeris. Tetiba aku speaking London dengan bapak aku, mau dia lempang aku sedassss... Haha.

Dan lagi, jangan malu-malu untuk guna bahasa Inggeris. Contohnya dulu masa kat UiTM, memang terdedah dengan bahasa Inggeris. Buku, nota semua dalam bahasa Inggeris, presentation pun dalam bahasa Inggeris, tapi in term of communication, kurang sikit. Sebab interaksi dengan kawan-kawan yang kebanyakkan orang Kedah, kami guna bahasa kampung lah, "aku, hang" saja. Senang. Tapi sekarang, dah bekerja, bekerja pulak dengan kaum Cina, pendedahan aku dalam bahasa Inggeris tu lebih luas. Kalau dulu nak bercakap pun rasa malu, tapi sekarang sebab dah terpaksa, nak tak nak memang kena guna, jadi aku gunakan konsep hentam kromo saja. Lantak la grammar tunggang langgang, janji orang faham. Alaaaa... depa kat sini pun tak semua fluent in English. Hihi. Kesimpulannya, jangan malu dan dalam masa yang sama, cuba tambahkan perkataan-perkataan baru. Wahhh... dah macam pakar pulak. Keh3x.

Lepas tu ada lagi soalan yang ditanya kepada Tun, tapi macam biasa, aku tak ingat soalan tu. Yang aku masih ingat Tun jawab, "inability to appreciate our work". Apa yang aku cuba faham dari maksud Tun tu, orang kita ni pesyen tak hargai kerja. Bukan nak kata orang kita malas kerja tapi kita ni pesyen memilih, dah la kelayakkan tu tak seberapa, lepas tu nak memilih kerja yang gaji mahal saja. Memilih tu boleh, tapi jangan terlampau memilih. Ada saja peluang, rebut.

Program ni jugak, depa ada bagi anugerah Pelajar Terbaik keseluruhan. Aku rasa, pelajar UIA yang dapat tu memang layak untuk dapat anugerah ni. Hujah yang di bagi tu, memang kaw2. Soalan yang depa tanya dia, pasal Dasar Pandang ke Timur tu, memang aku kagum cara dia jawab. Spontan pulak tu. Dan, depa juga di adili dari segi bakat, participation dalam semua aktiviti. Pelajar-pelajar lain pun hebat jugak. Kagum sungguh. Tetiba rasa macam nak jadi student balik. Hehe.

Lepas tu, bebudak student ni di bawak melawat projek-projek mega yang pernah Tun plan semasa pentadbiran Tun, melawat Proton, KLCC dan jugak berpeluang melawat Galeri Perdana, rumah lama Tun dan keluarga kan. Masa persembahan pelajar, Tun Dr. Siti Hasmah cakap, dia suka lagu Yuna - Dan Sebenarnya dengan lagu Zee Avi - Kantoi sebab waktu tu, ada la bebudak pelajar ni buat persembahan nyanyi dua buah lagu tu. Wahhh.. jiwa remaja gitu. Hehe. Yuna dan Zee Avi kalau dengar ni tobat senyum memanjang. Bukan senang orang hebat macam Tun nak puji.



Ps: Asyik sebut pasal UiTM kang orang kata aku promote UiTM pulak tapi aku punya suka lah, dah aku suka, jadi aku sebut lah. Kalau korang suka universiti korang, korang sebut lah sama. Haha. Sebak bila nyanyi lagu UiTM di Hatiku masa konvokesyen. Aduhhh.. Sob3x.

10 comments:

  1. kesian kat kat aku...tak dan nak masuk u..merela sgt nak kawin..

    skrg cemuih dok umah..ngangkang jek kejenya...adoyy la..

    ReplyDelete
  2. cdot,

    haha. merela pun tak pa la, anak dah berapa dah. muda2 lagi anak dah besar.

    ReplyDelete
  3. "wujudmu disini..ditanah anak merdeka..bagai obor ilmu,memayungi putra putrinyaa..." fuh,mau leleh airmata dgr lagu ni.

    Tun Mahathir& Tun Hasmah mmg best ya amat.bulan jun lepas masa dia turun SriLanka,kak anis berpeluang lah hi tea dgn dia.Punyalaaa syiok.. sporting abis.nk tgk gamba2,tgk kt sini:

    http://anisthebumblebee.blogspot.com/2010/06/kenangan-manis-bersama-tun-drmahathir.html

    xpon,add ja fb kak anis.snang skit nk pggil mkn kenuri.tihi..

    ReplyDelete
  4. untung dpt msuk u.. aku ni blaja smpai spm, lg la x terdedah dgn b inggeris

    ReplyDelete
  5. err nak sebut maktab lak..tapi dah tukar institut aihhh

    ReplyDelete
  6. cakap kedah-inggeris la try. tgk mcmana pergi dia. keh keh keh

    ReplyDelete
  7. kak anis-sob3x.sedihnya lagu uitm di hatiku.especially masa konvo tu, meleleh ayaq mata sekali dgn hinguih.haha.

    fb kureng aktif.buka pun tak.haha.


    hiro-haha.apa ces2? mau sekeh kah? haha.


    john bert-alaa..rezeki org ni,tak kira masuk u ka tak. yg masuk u keja kuli batak pun ada. haha.


    firol-ye hincik cikgu.hihi.


    linglung-haha.mau ke laut bahasa inggeris tu.tp aku rasa, inggeris mixed klate dgn ganu lg best kot. hihi.

    ReplyDelete
  8. Helpful blog, bookmarked the website with hopes to read more!

    ReplyDelete
  9. @hi anon,

    thanks fr yr compliment.

    ReplyDelete