• News

    06 August, 2010

    SEKS DAN KESERONOKKANNYA

    Ketokkkk...
    Ketokkkk...
    Ketokkkk...


    Ada bunyi ketukan pada pintu. Aku sendiri yang ketuk. Bukan calang-calang orang aku mau jumpa. Panitia sains. Apa nama sudah lupa. Cuba recall balik tapi masih tak ingat. Confirm banyak makan semut.


    "Masuk", suara dari dalam bilik mengarah. "Assalamualaikum cikgu, aku datang ni sebab nak tukar kelas. Aku ingat, tak mau duduk kelas sains, aku nak masuk kelas sastera. Aku nak jadi sasterawan, cikgu". Aku menyatakan tujuan kedatanganku.


    "Lorhhh.. kenapa nak masuk kelas sastera. Result PMR lu gempak gila nih, Matematik dan Sains A++++. Sesuai sangatlah masuk kelas Sains. Lu apa kes nak jadi sasterawan. Itu kerja tarak glamer punya".


    Bladifull punya bahasa seorang anak murid dan cikgu.


    "Laaa cikgu. Aku betul-betul tak minat Sains. Aku minat sastera. Cikgu tak tengok rekod buku yang aku pinjam kat perpustakaan, bahagian sastera tu semua ada nama aku. Buku Sains aku pernah pinjam sekali saja masa buat folio, bertajuk 'Seks dan keseronokkannya'". Aku menjawab.


    "Haramzadeeyyyy punya budak..!! Itu hari, lu buat folio lari tajuk lu tauuuu.. Mujur bahagian Organ Pembiakan yang lu cerita tu aku suka. Sebab tu aku bagi lu A++. Hihi". Sengih-sengih pulak cikgu ni.


    "Yela-yela.. Ni cikgu nak bagi ka tak aku tukar kelas.. Lain aku tanya, lain pulak cikgu melalut. Jawab saja, ya atau tidak. Yes or no? ", aku makin tak sabar. Naik stress pulak tengok muka cikgu ni lama-lama.


    Pangggggggggggg.... Satu dass penampar lekat di pipi yang baru belajar tumbuh jerawat.


    "Cikgu apa hal lempang aku kuat-kuat ni. Sakitlahhhhh....", kuat suara aku. Sialan. Sakit pipi aku.





    "Laaaa... Ada nyamuk kat pipi lu. Aku tampar lahhh..", longgar geraham dari gusi aku.

    "Dah la cikgu, aku chow dulu. Tak jadi pulak nak tukar kelas", terus aku angkat punggung, blah dari situ secepat yang mungkin.







    ps: Kisah kurang benar. Yang benar, memang aku ada jumpa cikgu untuk tukar kelas dari kelas Sains ke kelas Sastera. Tapi permohonan aku di tolak. Tak minat. Fizik dan Kimia, terima kasih kerana mencacatkan keputusan SPM ku. hahahaha.

    18 comments:

    hanie said...

    kahkahkah,...same la beb..
    tp nasib ada pilihan..
    aku ambik engineering drawing sb malas nak tulis nota bio.. :P

    Siti Noor Aminah said...

    hanie,

    gila khinzir aku belajar subjek sains. fizik, kimia, bio, rosak result spm aku je weh. haha.

    aNiS tHe BumbleBee said...

    Kak dulu pasal fobia nk belah2 katak.Ya Allah,tolonglaa!!muntah haku! last2 lari p skolah teknik pueh hati.main ketuk2 keyboard ja senang.

    Siti Noor Aminah said...

    kak anis,

    cikgu tak bagi tukar kelas. sy form 3 dah baca karya2 shahnon ahmad, subjek sains ni pening pala. masuk lab, time cikgu suruh buat eksperimen je eksaited, time lain tido je. tak pun tengok org lalu lalang tepi lab. haha.

    Relevan said...

    Wakaka!..lari tajuk ..

    Siti Noor Aminah said...

    relevan,

    hahhahaha. padan muka..... waka waka eh eh..

    Anonymous said...

    akak dpt bper spm??hikhik..
    mzti byk kan.....:))

    Siti Noor Aminah said...

    mier,

    waduh2.. jangan tanya dong soalan gini. malu nak mampos nak cerita. tak payah tau la mier, malu. haha.

    Mak Su said...

    alamak, sekali kena panggg......

    tara guna, tak minat tapi terpaksa, huhuhu

    Siti Noor Aminah said...

    mak su,

    hahaha.. tarak minat betui2 punya,tapi dah terpaksa. huhuh. terpaksa jugak la terima result spm yg sgt teruk. haha.

    hamzah ian said...

    pergh.. gua pun seronok blajar organ pembiakan ni.. hahahaha

    Siti Noor Aminah said...

    Hamzah,

    hahaha. lu jangan buat bukan2 kat sini okeh. gua terajang bontot lu nanti. hahaha.

    Unknown said...

    hahahaha..ingatkan etul cakap lu gua dgn cikgu

    Anonymous said...

    macam mne la bole lari tajuk kan .. ahha ...

    Siti Noor Aminah said...

    jimi,

    haha.mana ada.aku seorang pelajar yang sopan okeh.


    anon,

    hahaha anon,mintak maaf la ye. saja best nak letak tajuk tu. keh3x.

    sahromnasrudin said...

    salam sis..wa turun kepala batas ahad nie..cube hang suggest hotel pe nk duduk?? tak booking hotel lg la..hotel pe erk yg ok...wa berempat ada kerja cikit :-)

    Siti Noor Aminah said...

    sahromnasrudin,

    salam bro, alamak, tak pandai la tempat2 kt penang ni. hotel2 lagi tak tau. huhu. mintak maaf la bro. serius tak leh tolong. huhu.

    WakJ Zoner said...

    tajuk tak blh tahan bila baca..pe2 pun wak suka..it call strategy..

    Total Pageviews

    My Followers