• News

    09 August, 2010

    SILA BERATUR DENGAN TERTIB




    Kalau masuk tandas awam dan tiba-tiba begitu ramai makhluk beratur panjang, jadi nak tak nak mesti lu orang kena beratur. Lu orang mau rasa kena kentut kat muka kalau tetiba lu orang potong barisan yang panjang tu. Mau makhluk-makhluk tu tak sakit hati, semua orang rasa mau berak, mau terkucil bagai, tiba-tiba lu yang datang lambat, nak masuk dulu. Mesti lu orang rasa mau kena hempuk dengan tong sampah dalam tandas yang busuk tu. 



    Sama jugak kalau lu orang duduk kat rumah sewaan, bilik mandi satu saja, lu orang bangun lambat nak pergi kerja, tiba-tiba lu orang pergi potong barisan kawan-kawan serumah lu orang yang dah lama tunggu, memang lu orang merasa nak kena boikot je seminggu dua. Kalau lu orang lambat, itu salah lu orang lah. Tapi jangan la pergi potong barisan orang. Sangat tidak sopan okeh. Hari ni bukan hari tertib sedunia, tapi hari ni nak cerita sikit pasal kebiadaban sesetengah orang yang sangat tidak reti beratur. Walhal, masalah beratur ni bukan baru hari ni kita belajar, hatta zaman sekolah lagi cikgu dah ajar.. Siap letak papan tanda lagi, 



    "SILA BERATUR". 




    Aku lupa, dari tadika lagi cikgu sekolah aku dah ajar bab-bab beratur nih. Aku kan kecik, asyik kena duduk kat depan je. Kadang-kadang nak jugak merasa duduk belakang budak-budak gemuk dalam kelas tadika aku tu. Naik sekolah menengah aku dah otai sikit, aku pegi cari budak yang selalu pengsan masa perhimpunan, koman-koman kalau dia pengsan, aku boleh papah dia masuk kelas. 



    Dan boleh rilek sekejap, tak payah beratur lama-lama. hihi. Dan jangan lupa jugak, nak mintak duit raya pun kena beratur. Tuan rumah cakap, "hah.. jangan berebut-rebut. sapa nak duit raya kena beratur dulu. buat barisan. yang kecik kat depan, yang besar, kat belakang". Mungkin ayat ni akan dituturkan kelak menjelang hari raya yang bakal menjelma setelah sebulan kita berpuasa. 



    Pegi bank pun kena beratur, sebab tu pihak bank buat nombor giliran bagai, sebab tak payah nak beratur panjang macam pejabat pos kat tempat aku yang kena beratur panjang sampai keluar dari premis pejabat pos tu. Melingkar-lingkar macam ular pun ada. Kesian pakcik-pakcik datang nak hapdet buku ASB mereka, punya lama kena berdiri. Hishhh.. bila la improve cara pentadbiran kat pejabat pos tempat aku tu.. huhuh... 



    Sila beratur dengan tertib ni aku tujukan buat kereta Myvi yang cuba memotong barisan semasa melalui tol jambatan Pulau Pinang semalam. Hampir mencalari kereta kecikku. Punya la nak potong barisan. Untuk kakak Myvi, kan dari jauh kita boleh nampak tanda merah dekat lane yang kakak pulun nak lalu tu. Jadi, sila beratur macam pemandu yang lain. Ini tak, laju je ke depan, lepas tu bagi signal nak masuk line. Hishhh.. aku pun bukan baik sangat nak bagi kakak tu potong barisan aku. 



    Serius, aku seorang pemandu yang tidak bertimbang rasa bab-bab macam ni. Akhirnya, dia berjaya masuk jugak ke lane yang aku dan pemandu-pemandu yang lain gigih beratur. Mujur Hilux belakang aku tak hantam kereta beliau. Sebabnya, masing-masing bawak kereta terlalu rapat sebab semalam, semua pemandu jadi pemandu tidak berhemah, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri, tak baik hati nak bagi peluang kat orang yang malas beratur dengan tertib. 



    Kesimpulannya, sila beratur dengan tertib. Budi bahasa budaya kita. Sila beratur dengan tertib dan berhemah demi kepentingan semua, bukan kepentingan diri sendiri.

    9 comments:

    Aida Azryn said...

    Betol2.. Budi bahasa budaya kita.. :D

    Siti Noor Aminah said...

    aida,

    hihih.boleh jadi duta belia 2020 dah aida ni.

    Mario said...

    tgh beratur ni nak amik duit raya...hehe

    Relevan said...

    Dulu nak beli gula pun kena beratur..

    tapi para peminat nombor 4D cukup berdisiplin beratur..

    Siti Noor Aminah said...

    mario,

    nak duit raya jugak. hehehe.



    relevan,

    betui lah,tak perasan pulak sy dengan ketertiban pembeli2 nombor ekor beratur dengan penuh berhemah. hihi.

    sepet said...

    aku pon kadang2, suka potong barisan. sebab, feel dia perrghhhh...sangat terbaEk la!



    :p

    Yunus Badawi said...

    Kalau nak duit raya mesti beratur. Tapi bila dah dapat jgn pulak beratur semula utk dapat kali kedua. Pening tuan rumah kalau buat mcm tu huhuhu

    Raya nanti jemputlah ke rumah.

    Siti Noor Aminah said...

    sepet,

    mau penendang jugak kalo pesyen suka potong barisan nih. aku yang berjiwa rockers pun tau beratur. haha.


    YB,

    kalo pegi, ada duit raya tak? hihi. pastu nak tapau lemang sama rendang. hehe.

    aNiS tHe BumbleBee said...

    Raya ni mai guaq,beratur sekali dgn anak2 menakan kak anis na...(hulur kt kawen skali tau) tihi!

    Total Pageviews

    My Followers