Monday, August 2, 2010

TIP RAMBUT CANTIK VERSI FASHA SANDHA DAN MERIAM BULUH

TIP RAMBUT CANTIK VERSI FASHA SANDHA

Apa-apa pun before aku start berkongsi tip kecantikan dengan hangpa, aku nak say sorry pasal entri aku yang lepas. Ramai pulak yang pening-pening lalat, mula-mula cerita pasal realiti, pastu tukar pi fantasi pulak. Haha. Aku ingatkan Jane Smith tu watak dalam cerita Mr & Mrs. Smith, mintak ampun lah ye kalau salah. haha. Whatever it is, terima kasih sebab hangpa dah buang masa beberapa minit untuk baca karangan budak tadika aku tu. hihi.

Ok, teruskan dengan topik pada hari ini iaitu macam mana nak dapatkan rambut yang cantik, hitam, lebat dan menarik macam Fasha Sandha (FS). Dalam Malaysia ni kalau sebut FS, rasa macam mustahil pulak kalau tak kenal. Dari se punk2 dan se rockers manusia pun kenal. Cerita pasal FS ni melambak kat surat khabaq. Kalau tak puas hati, sila semak helaian surat khabaq edisi terdahulu. Dari cerita pasal lakonan mantap FS dalam drama dan filem, kisah cinta, kisah gaduh dengan artis, kisah kena banned dengan wartawan, sampai la ke cerita pasal helikopter dan Twitter.

FS cakap, senang je kalau nak dapatkan rambut yang cantik macam rambut FS. FS gunakan santan basi ye puan-puan dan tuan-tuan. Jadi, senang saja nak dapatkan santan yang basi ni. Santan hangpa kenal tak? Mesti lah kenal, kalau tak kenal, memang rasa nak bagi kaki je. Jangan risau, kaki size 4, kalau kena, tak masuk spital punya.. hihi..

Santan tu FS cakap, biarkan dalam 3 hari.. Jadi, lepas dah basi, lumurkan dan gaulkan ke rambut puan-puan dan tuan-tuan semalaman.. Maksudnya, dari malam sampai ke pagi.. Buat kakak-kakak bini, sila dapatkan dulu kebenaran suami anda ye takut suami anda sekeh pala anda sebab tak tahan bau santan basi ye.. Dan lagi, jangan lupa serkupkan kepala anda dengan plastik atau kain kemas-kemas ye, kalau tidak, berbau sarung bantal, serta bantal, selimut, tilam dan sebagainya. Nak lagi bagus, hangpa tidoq saja atas lantai. Bangun pagi esok, mop saja lantai tersebut dan jangan lupa mandi dan basuhkan rambut anda sehingga hilang bau santan basi tersebut.

FS pun ada cakap, dalam setahun FS ada buat 2 kali. No wonder lah kalau rambut FS hitam, pekat dan lebat. Jimat, berbanding hangpa nak pi salon rambut. Jadi, selamat mencuba. Busuk sekali sekala tak salah kan untuk cantik. Hihi.


..............


MERIAM BULUH

Ada sorang blogger (nama tak ingat sebab banyak makan semut) nak ajak lawan meriam buluh. Lu agak-agak la weh. Lu ingat gua jantina lelaki ker macam lu. Gua jantina wanita. Wanita macam gua, mana ada aksi ganas macam lu, tidak jugak main meriam buluh. Gua duduk di dapur sahaja, tolong mak gua, kemas rumah, gua perempuan yang ayu, mana main meriam buluh walaupun mak bapak gua tak letak nama Ayu atas surat beranak gua dulu.

Jiwa wanita yang lemah lembut macam gua hanya main mercun katak dan bunga api saja. Sila jangan salah anggap dengan ke rock kan gua. Lu banyak cakap, nanti gua bagi lu rasa Silat Pulut yang gua belajar masa sekolah rendah dulu. Semua step gua cakap awal-awal, memang gua dah lupa, tapi kekuda tu gua masih ingat.. Haipppp... Sapa dekat, dia kena.. Dah macam gaya Eman Manan dalam cerita Pendekar Kundur tak?

Sekali lagi gua ulang dan repeat, jangan ajak gua lawan meriam buluh. Gua tak suka. Sila hormat keputusan gua. Gua nak tolong mak gua buat semperit je. Sebab itu kan kerja gadis-gadis. Nanti ada orang report sama bakal bapak mertua gua, tak mati gua. Bakal menantu lawan meriam buluh. Seriyus bapak mertua gua koma kat spital 2 hari. Sudah, jangan bagi apa-apa jadi sama bakal bapak mertua gua. Nanti pala lu gua sekeh. Kalau gua main meriam buluh, tiba-tiba buluh tak meletup, jari gua meletup, tak ker bakal laki gua mintak diskaun hantaran sama bapak gua. Ishhh.. gua tak mau kejadian buruk macam ni berlaku. Gua pun nak pakai inai kat sepuluh jari macam gadis-gadis jugak. Hihi.




p/s: nanti-nanti gua letak picture gua, nak bagi lu orang tengok, ada tak anak mata gua bertukar ke kaler hijau lumut sebab last nite gua makan sekilo buah mata kucing sebab gua tengok ada sekor kucing tu, comel bangat dong anak mata beliau. Jadi, gua pun melantak sampai sekilo buah mata kucing tu sambil pasang niat nak anak mata gua macam mata kucing tu, tak payah dah gua pakai contact lens (walaupun seumur hidup memang tak penah pakai contact lens.. hihi).

8 comments:

  1. salam..cheq sentiasa tertunggu2 entri hang coz entri hang bisa membuat cheq ketawa smpai nak terbalik kerusi opis cheq..mmg ada unsur kelakarama sungguh :-)

    ReplyDelete
  2. sahromnasrudin,

    ishhh..awat yang jadi lagu tu?chek dok cerita benda serius, hangpa jangan dok gelak pulak..urat gelak hangpa putuih kot..sebab tu dok gelak ja..baik pi sambung cepat,takut lama2 serius, boleh jadi tiga suku.haha.

    (melawak saja noooo..)

    ReplyDelete
  3. santan basi????
    terima kasih sajalah...

    hahahahaha..

    ReplyDelete
  4. hanie,

    aku rasa,kalo letak santan pn dh ok,tak payah nk pakai santan basi.tp dh minah ni ckp santan basi,layan je lah.hihi.

    ReplyDelete
  5. man,

    hang try dulu. kalau bagus, hang bagitau aku. tapi apa2 jadi kat rambut hang, aku tak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  6. tu mesti pasai dia xrajin masak,pasai tu santan rumah dia basi.(muahahaha!ayat fitnah.harapmaklum)

    ReplyDelete
  7. kak anis,

    haha.padahal kita kt kampung selalu je kan pakai santan pekat tu.mana ada tunggu smpai basi pun.wahahaha.

    ReplyDelete