Saturday, August 21, 2010

TODAY IS SATURDAY

Hari ni gua kerja weh. Half day, sampai pukul 12 saja. Tapi gua malas nak buat kerja. Gua nak rilek saja sampai pukul 12 nanti. Haha. Apa gua heran, hari ni bos besar dan bos kecik cuti. Gua boleh enjoyyyy..


Pagi-pagi sampai ofis, gua nampak sorang amoi ni pakai skirt putih, singkat. Bukan paras lutut beb. Kira bawah sikit dari bont_t ja. Cisss.. Kurang pahala puasa gua. Pagi-pagi lagi dah kurang pahala. Kang petang gua nak ke bazar ramadhan, nak usya brader yang ensem jual nasik kandar lagi, kang terlanggar bahu mana-mana brader yang beratur beli ikan keli bakar lagi, dah tinggal banyak mana lagi dah pahala posa gua. Hissshhh.. Nanti pandai-pandai gua kaver dengan terawih dan tadarus lah.


Lepas tu, gua sit down kat kerusi empuk gua. Gua usya belakang dan sengih kat amoi satu department dengan gua. Ohh.. Tengah breakfast amoi ni. Gua nampak amoi tu makan mee. Gua tak tau mee apa. Tapi tiap kali amoi tu suap mee dalam mulut dia, gua terus kaku dan terpaku. Rasa macam sedap sangat wehhh.. Siap ada sound effect bila amoi tu makan. Srottttttt... Haramzadeyy betui!!!



Semangkuk mee yang gua cilok dari brader gugel



ps: dugaan.. cabaran.. menguji kekuatan iman..

13 comments:

  1. benda lagho mcm tu pun lu goyang..apa daa..

    hahaha

    ReplyDelete
  2. pergi la buat kerja dekat ofis tu..gua repot dekat lu punya bos karang!..haaaa..tau takut!

    ReplyDelete
  3. hanie,

    weh, srottt dia tu menggoyangkan iman. haha.


    stiffler,

    awal lu bangun weekend2 camni? jom dating. haha.

    ReplyDelete
  4. lu amek gambar amoi pakai skirt tu tak?

    ReplyDelete
  5. tgh bayang bunyi dia tgh sedut2 mee tu..huekekeke!

    ReplyDelete
  6. lebih tergoda dgn skirt drpd mee

    ReplyDelete
  7. amoi gemuk ke kurus??? cun tak???

    ReplyDelete
  8. macam sodap jek..
    sabar sabar tahan iman

    ReplyDelete
  9. Aslmkm.
    Nawaitu p keje sudah salah my dear & jika benar dilakukan itu menambahkan dosa ... bos ada atau tidak tanggung-jawap itu amanah yang mesti tuntas! Ya kan? :)

    ReplyDelete
  10. mengidam nak tgk amoi skirt pendek...

    ReplyDelete
  11. dugaan kecik....tapi yang tak patang tu tak yah leeee buat

    ReplyDelete
  12. To all:


    Thanks fr yr comments. Very appreciate. Selamat berbuka dan bersahur serta berterawih dan juga bertadarus.



    Daripada Gadis Comel & si dia.

    ReplyDelete