Friday, August 13, 2010

TOLONG JANGAN SAMAN AKU LAGI

Itu kata-kata merayu dari aku.
Sungguh, kali ini, kalau kena saman lagi, aku akan bagi kunci kereta sama dia.
Biar dia saja yang pakai.
Aku??

Belikan aku motor baru.
Naza Blade??

Bukan.
Tak sampai kaki.
Mau tergolek kat jalan.

Belikan motor Ego yang comel itu.
Yehhhh...
Sangat comel kalau Gadis Comel menunggang skuter Ego yang comel.
Dah jadi comel kuasa dua.
Tak sia-sia belajar Add Maths sampai meleleh air hingus.

Sekarang sudah ada 2 saman.
Tak banyak sangat kan?
Tapi aku perlu setel sendiri.
Pakai banyak modal jugak.

Had laju 60 km/j
Baik turun kayuh beskal
Rasanya lebih laju



Dari email yang aku terima
Atas jambatan Pulau Pinang sedia ada kamera
Untuk rakam aksi pemandu seperti aku
Bayar saja tol jambatan
Tekan minyak sampai kereta rasa mau terbang jatuh dalam laut.




ps: satu pun aku tidak mahu, inikan pulak dua. harap-harap tidak ada tiga. huhu.

4 comments:

  1. salam..wa ada lg RM 60 lum settle lg..wa tak kisah..wa bayar je..dulu wa study, kerajaan support..ape salah wa bayar budi balik kat kerajaan...
    p/s: ini bukan nak bodek kerajaan nor....

    ReplyDelete
  2. time2 nak raya,bila dapat saman,rasa cam kelat2 jaa..isk!

    ReplyDelete
  3. semoga kena saman. amin. eh, mesti makbul doa bulan puasa. haha

    ReplyDelete
  4. sahrom-pehal hang nk bodek pulak ni weh. sakit woo nak bayar saman. huhu.


    kak anis-dekat RM350 jugak nak setelkan saman2 nih. huhu.


    john-lu nak kena penerajang kah? haha. bengong!

    ReplyDelete