Friday, August 20, 2010

WORD VERIFICATION

Assalamualaikum awak-awak semua. Saya dah berjaya buang word verification kat laman komen saya tu. Saya harap, awak-awak semua maafkan saya.

Haritu Kak Kancil Biru yang pada hemat saya mempunyai kereta kancil berwarna biru dah bagitau suruh saya buang word verification tu dari blog saya. Tapi saya langsung tak faham. Maafkan saya ye, almaklum la, saya dulu, sekarang dan selamanya agak buta IT. Lagipun subjek IT tidak ditawarkan masa zaman sekolah rendah saya dulu. Keh3x.

Lepas tu, saya pun mintak bantuan Mak Budak yang tinggal kat Sri Lanka tu, saya siap ugut beliau lagi, kalau beliau lambat reply email saya, saya nak luku kepala dia. Dan2 tu jugak berdesup email dia masuk. Haha. Dan dia dah ajar kat mana nak tekan-tekan dan kelik-kelik. Pandai kan saya dan Mak Budak yang tinggal kat Sri Lanka tu?? Hehe.

Jadi lepas ni, boleh la awak-awak semua komeng dan komeng sampai bengkak jari-jari awak semua. Kalau jari dah bengkak, jangan pulak bagi alasan tak leh pi terawih. Nanti saya luku pala awak sekali. Keh3x.

Ok la, hari ni saya tak dapat nak berkunjung ke banyak blog sebab blog-blog awak semua sangat canggih, terus jammed PC saya ni. Opsss... bukan PC saya, PC kompeni. Dah la ek, selamat berbuka ye awak-awak.



ps: comel pulak kalau guna saya -awak ni kan??

5 comments:

  1. hahahha...jauh nya la hang p tanya sampai sri lanka..awat tak tanya yg dok mesia ni ja..hihihi

    ReplyDelete
  2. salam..tunggu awak letak pic plak hehehehe

    ReplyDelete
  3. hahaa..baguih..baguih..

    awak...ooo awak...kekee..comei plak pakai awak2 ni no..seswai laa skit dgn nama blog gadis comei yg diragui kecomelan dia tu.kkekekee!

    ReplyDelete
  4. yes.. saya suke awak buang captcha tu.. selamat berbuka wak..

    ReplyDelete
  5. kak KB,

    lawaknya.sy mmg ada email address kak sri lanka tu.haha.


    sahrom oi sahrom,

    haha.nak tgk muka ai kah? yu kena mai jeniang lah bulan 11 ni.keh3x.


    kak anis,

    sampai hati noh meragui kecomelan sy nih.sob3x.
    malu nk jumpa aihh,tgk2 tak comel,tobat kena gelak.kah3x.


    ardzman,

    ye awak, sy pun suka buang word verification tu.baru mesra blogging.hehe.

    selamat bersahur ye awk. ;p

    ReplyDelete