• News

    02 September, 2010

    abang ensem punya blog macam hampeh

    Tengok tajuk pun mesti lu orang ingat gua ni kaki kutuk blog blogger lain kan? Ishhh.. Tak baik lu orang fikir gua camtu. Insan yang cemerlang, gemilang dan berhemah macam gua ni, memang tak berapa suka dan gemar dengan kutuk mengutuk ni. Sebab??? Kutuk mengutuk ni tidak membawa kepada pembangunan ummah ye kawan-kawan.



    Sebenarnya, gua nak join contest yang di anjurkan oleh tuan punya blog iaitu abang ensem. Nama saja dah cukup gah macam gua jugak lah, dengan tak malu bagai pi letak nama gadis comel walaupun gua sudah bilang berkali-kali yang tahap kecomelan gua sangatlah boleh diragui. Haha. 



    Ok, berbalik kepada contest anjuran abang ensem ni, gua dan lu orang (kalau lu orang berminat nak join contest tersebut), di mestikan atau dalam bahasa yang lebih tepat di wajibkan untuk mengutuk blog beliau. Nak kutuk je kan, apa susah. Abang ensem sendiri dah ampunkan dosa sesapa yang kutuk beliau untuk join contest ni. Mulia kan hati beliau?? Bukan selalu kita jumpa blogger yang allow diri sendiri di kutuk oleh blogger lain. Ohhh.. Mulia seperti kain putih yang banyak bergulung-gulung di kedai kain.



    Gua merasakan yang abang ensem punya blog memang macam hampeh:



    - sebab gua sangat tak berkenan dengan colour blog beliau. nak kata kuning tak kuning, nak kata kuning campur coklat pun tak, tapi colour blog abang ensem tu memang tak menarik macam colour blog gua kan. sila perhatikan sekitar blog gua, hijau dan kuning begitu menarik panorama orang yang memandang kan??



    - blog beliau gua rasakan sangat simple, macam blog orang malas nak update, tak ada langsung widget-widget best macam sesetengah gadis yang seronok jadi blogger dengan meletakkan widget-widget hebat macam nak hide shoutmix tu, ada icon kelip-kelip walaupun blog gua sendiri pun tak ada. haha.



    - blog beliau memang macam hampeh sebab blog hampeh memang tak ada ramai follower kan, orang pun menyampah nak click butang 'follow' termasuk gua. haha.



    - blog abang ensem memang macam hampeh sebab gua memang tak percaya yang beliau adalah jutawan hartanah. Gua syak, jutawan hartanah mesti lah pakai smart-smart macam artis nak ambik anugerah kan??



    - gua rasa blog abang ensem memang hampeh sebab kat atas shoutmix beliau ada tulis "meh la sini sat". ini menandakan yang abang ensem ni konfem orang utara. Dengan ini membuktikan yang orang utara memang pesyen suka perasan segak dan cun, walaupun ternyata gua pun orang utara dan menamakan diri gua gadis comel. arghhhh...



    - blog abang ensem memang hampeh sebab ada letak banner rahsia perkahwinan, tips dan panduan membeli rumah terpakai, dan gua syak, beliau ada hidden agenda masa beliau mula berjinak-jinak dengan blog, tak macam gua dan lu orang yang berblogging untuk mengeratkan silaturrahim antara sesama insan. Kan??



    - kesimpulannya, blog gua lagi mantop dari blog abang  ensem. haha.



    Gua rasa sampai di sini dulu sesi kutuk mengutuk gua terhadap beliau. Gua berharap yang entri gua ni terpilih sebagai pemenang contest beliau dan berjaya memenangi hadiah RM 55 yang di janjikan oleh abang ensem. Keh3x.

    12 comments:

    MOFASAD said...

    kesimpulan juga

    blog gua lagi mantop dari blog lu
    hahahaha


    men2 je

    Relevan said...

    Hidup pemblog pemblog sekelian..

    Siti Noor Aminah said...

    mofasad,

    gua tau dan gua sedar diri yg blog gua memang tak semantop blog lu.sob3x.





    (gua pura2 merajuk)

    Siti Noor Aminah said...

    relevan,

    haha. hidup! hidup! hidup! gua hidup dalam bluessss... keh3x.

    b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

    GaDis CoMeL gua duduk sebelah lu

    Siti Noor Aminah said...

    brutalsolo,

    alamak, lu buat gua rasa touching lah. hehe.

    sahromnasrudin said...

    aku raser org hensem tak perlu byk follower la

    Siti Noor Aminah said...

    sahrom,

    apa, hang nak cakap hang hensem tapi tak ramai follower kan? cisss... tapi betui jugak kot. cam aku arr, mana ada ramai follower pun. haha. konpem aku cun. haha.

    Aleen Aiden said...

    tahap kecomelan gua sangatlah boleh diragui.
    word of da day bai.wa sker.muahahah.
    keji sungguh d ctu.

    Siti Noor Aminah said...

    aleen,

    haha. i know, someone will like it. keh3x.

    Admin said...

    mari kutuk blog abang ensem .. hehehehee

    Siti Noor Aminah said...

    hasrul hassan,

    rasa berdosa jugak sebab kutuk blog orang. blog sy sendiri pun byk kelemahan.

    sori ye abang ensem. keh3x.

    Total Pageviews

    My Followers