Friday, September 17, 2010

AYAT YANG KERAP DI DENGAR

Gua berjalan perlahan menuju ke tangga flat tempat gua menyewa. Di kanan tangan gua ada 2 bungkus nasi berlauk ayam masak kicap, sedikit sayur serta kuah banjir yang sudah gua tapau dari Restoran Makbul Bayan Baru.


Terdengar derap tapak kaki dari depan, gua angkat kepala, cuba memandang lelaki di depan. Wajah tak sekacak mana tapi manis ada, terpancar pada wajahnya. Apa-apa pun, tetap tak semanis bakal suami gua. Ohhh.. Maafkan gua, adat orang berkasih, orang yang disayang pasti akan selalu nampak manis.




Gua lihat, ada senyuman terukir dari bibir yang agak kusam itu. Sah penghisap rokok tegar nih. Gua syak saja. Senyuman itu tak semanis senyuman bakal suami gua. Ohhhh.. Lagi sekali gua memuji bakal suami gua. Maafkan gua, dekat-dekat tarikh nak kahwin ni, rasa syok pulak kalau cerita-cerita gua di selang seli dengan cerita pasal bakal suami. Kalau bosan, gua mintak maaf. Sapa suruh layan entri gua. Baik pergi baca suratkhabar Utusan, ada jugak faedahnya.

Alang-alang mamat ni dah senyum, maka amat tidak manis sekiranya senyuman itu tidak di balas. Sombong itu bukan sifat gua.


Saat mamat tu melintasi gua, gua ada terdengar sesuatu yang buat gua kaget. Ohhh.. Benarkah apa yang gua dengar?? Atau hanya khayalan gua sahaja?? Perlahan saja kata-kata itu meluncur dari bibir si lelaki, tapi masih mampu gua tangkap butir bicaranya, walaupun telinga hampir 3 hari tidak gua korek, di kaver pulak dengan serkup kepala warna hitam dan tudung indon yang kedua-duanya gua beli di pasar malam.


"Haii comel"


Masih terngiang-ngiang kata-kata itu. Buat gua tak lena tidur saja.
Tiada yang benar, melainkan benar-benar belaka.


ps: terima kasih atas pujian itu walaupun kerap sangat gua dengar. keh3x.


22 comments:

  1. haha.. bila tarikh majlis perkahwinan?? semoga bahagia

    ReplyDelete
  2. hak hak hak..memang comel la N3 pagi ni.. :)

    ReplyDelete
  3. lu dah nak kahwin? tak percaya lah.. haha :P

    ReplyDelete
  4. salam..tunggu kad kawen org jeniang..kota kuala muda dgn jeniang jauh tak????

    ReplyDelete
  5. adat org begaduh,perangai yg baek pon nampak busuk.xgitu?muahaha
    rindu aku x?rindu kan3?wi3

    ReplyDelete
  6. comell ke?? ade comel cam aku x??

    ReplyDelete
  7. amira,

    haha. lambat lagi der. november. nanti gua kabo, gua tempek dalam blog okeh.

    ReplyDelete
  8. MDT,

    hishhh.. tak secomel MDT kot. hehe.

    ReplyDelete
  9. cik tipikal,

    oitt.. apa ingat gua ni tak laku sgt ker hah?

    haha.

    ReplyDelete
  10. sahrom,

    tak jauh kot. tah lah, aku pun tak sure. tak pe, nanti aku bagi direction.

    ReplyDelete
  11. aleen,

    bluwekkkkk.. tak rindu langsung!
    apa kes nak rindu kat lu. haha.

    ReplyDelete
  12. hantwo,

    hantu pocong kah?
    larikkkk...

    haha

    ReplyDelete
  13. gahaha~
    same~!! smlm pun dgr kt Petronas, --ish..comelnyeeee..--
    gagagaga~~ malu2.. susah tul jd org comel nie.. =P

    ReplyDelete
  14. hi manis hi comel..haha kau tak payah tidur

    ReplyDelete
  15. khumaera,

    haha. betul2, susahkan kalo jadi comel. asek kena puji je. ekekeke.

    ReplyDelete
  16. brutalsolo,

    haha. poyo je. puji lah lagi, puji lah lagi. har har har.

    ReplyDelete
  17. releven,

    ceh.. macam penah jumpa je cakap sy comel.. bodek ler tu!!

    haha.

    ReplyDelete
  18. dia rabun kot...cuba cek dah tiga hari tak korek mata tuu...

    ReplyDelete
  19. Hai Gadis Comel!! :)

    Selamat Hari Raya dari Warlord's Armoury!

    ReplyDelete
  20. mario,

    jahat! jahat! mencik. mencik.

    i hate yu.

    ReplyDelete
  21. hairil rizal,

    wowww.. nama macam artis! hehe.

    selamat hari raya dari tuan blog. ;p

    ReplyDelete