• News

    06 September, 2010

    BLOG DI TUTUP

    Hari tu bakal suami mintak blog address gua, Mampos. Sumpah gua tak bagi. Tapi gua risau jugak takut dia kata gua nak berahsia dari beliau, jadi gua tanya dengan sopan lagak Fasha Sandha dalam drama Natasha kat TV3.


    Gua tanya, kenapa sayang?


    Gua tipu, gua tak panggil bakal suami sayang. Keh3x. Saja nak tunjuk kat lu orang yang gua ni perempuan yang lemah lembut dan sopan. Bakal suami cakap, saja, nak tengok jugak iklan Nuffnang yang gua dok cerita kat beliau. Gua mesti update kat bakal suami, tiap-tiap hari dah berapa dah amount dalam akaun Nuffnang gua. Alaaa.. Gua saja nak practice jadi isteri yang peramah dan bijak.


    Tapi bila bakal suami mintak blog address gua, terus gua sentap!!! Cisss... Seram sejuk gak gua, Tapi gua kan bijak, terus gua cakap kat bakal suami, takpe, sayang tengok je lah blog adik. Terus gua bagi blog address adik gua, Malangnya adik gua pesyen malas update, Nuffnang pun rasa menyampah nak letak iklan kat blog beliau.


    Jadi, dengan bijaknya gua bagi blog address Encik YB, gua tau blog beliau memang mantop. Hari-hari ada ramai visitors. Jadi, selamat lah gua. Tapi, malang jugak, sebab bakal suami berjaya jugak menjejaki blog gua dari blog Encik YB. Cisssss.... Hebat benar bakal suami. Hebat jugak macam bakal isterinya nih.


    Lepas tu, gua ditegur. Pot pet pot pet. Bakal suami taknak gua tulis entri yang tak baik, maki orang sana sini, fitnah orang tu, fitnah orang ni. Gua yakin, tak pernah pulak gua tulis benda-benda macam tu kan dalam blog gua yang cantik persis tuannya nih. Jadi, satu hari nanti, kalau bakal suami atau mungkin waktu tu dah jadi suami gua suruh gua tutup blog ni, maka gua dengan rasa hormat, mula-mula akan pujuk dulu bakal suami gua supaya benarkan gua menulis lagi. Dan gua berjanji, akan tulis yang sopan-sopan je lepas ni.


    Gua tengah imagine jugak, kalau lah gua kena tutup blog gua, mungkin gua kena aktifkan diri gua balik kat Facebook, dan siapkan diri dengan status-status yang mantop setiap hari.


    Hari ni gua sampai awal ke ofis.

    Petang ni nak masak apa ye?

    Gua baru balik shopping.


    Ini antara contoh status yang bakal gua post kat wall Facebook gua. Tapi, kalau hari-hari update status Facebook, bukan dapat duit macam blog kan. Setuju? Tak setuju? Tak setuju sudah. Cadangan di tutup.


    Sekian dari gua yang comel,


    Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

    19 comments:

    Kancilbiru said...

    hahahaha kang dah kawin esok2 tak leh nak rahsia2 dah...siap ang kena post gambaq laki hang lagi camna? heheehe..nasib baik kami laki bini tak suka enterframe..

    Aleen Aiden said...

    klo 8bulan baru kolek 6ringget,selebet jugak dpt dwet pon..kene tggu lg 8taun baru bley cash out.muahaha

    Relevan said...

    Wakaka..dapat ke lu jadi isteri misali nanti..

    Siti Noor Aminah said...

    kak kb,

    haha. kang kena tazkirah free kalo asek nak rahsia pape dari dia. haha.

    ishh.. sy pn tak minat nk enterprem lah. hehe.

    Siti Noor Aminah said...
    This comment has been removed by the author.
    Siti Noor Aminah said...

    aleen,

    haha. selebet lah kalo nak tggu cukup 50, ye dok? haha.

    Siti Noor Aminah said...

    relevan,

    ala.. jgn la tanya camtu. insyaallah, try yg terbaik nanti. doakan sy. ;p

    Days said...

    aiseyh ..lu jgn tutup la belog nih.dh nikah nanti ubah la belog nih ke arah blog masakan ke.cara jadi bini mithali ke.gua cnfirm slalu singgah hehehe

    wachak said...

    ha ha ha ... gelak gulink2. wa dok lepak baca entry kat cni x der lak adengan fitnah sana fitnah cni. Bakal husban ko tu ada ckit cembru. wa tau ar, wa pun lelaki derrr !!

    sahromnasrudin said...

    salam..sila ambil kad raya aku utk hang di entri terbaru aku

    sahromnasrudin said...

    salam..sila ambil kad raya aku utk hang di entri terbaru aku

    aNiS tHe BumbleBee said...

    kih kih kih...sok ang kena ubah kearah keibuan laa plak kan..bubuh masak2 apa suma.ngahahaha!gua lu2 tu xley pakai dah..kena pakai mummy2 ka pulak.kah3x.

    kata kila said...

    hoho..semoga berjaya ekeke

    Siti Noor Aminah said...

    days,

    byk la lu punya blog masakan. gua paling teror masak pun megi kari 2 minit tu. tapi kalo menu tu ada orang tak reti masak, sila terjun longkang. hehe.

    bini mithali? gua pun ntah lulus ker tak nak jadi isteri mithali tu, mitali ye lah kot. haha.

    Siti Noor Aminah said...

    wachak,

    kan... kan... kan.. mana ada adegan fitnah2 ni sume, lusyah pun tarak jugak kan. haha. gua syak, bakal suami fikir ada blogger lelaki nak ngorat gua kot. haha.

    Siti Noor Aminah said...

    sahrom,

    uihhh.. ada kad utk sy kah? wokeh2.. syukran ya sahrom. duit raya ada tak??? hehe.

    Siti Noor Aminah said...

    kak anis,

    kakakaka. mummy ke pasar, beli ikan kembung, nak masak untuk suami. apakah menu untuk lunch tuan puan hari ni?

    camtu?

    tak pun, pada suatu hari, sedang saya berjalan di tepi padang yang luas, saya terjumpa taik lembu yang agak besar..

    haha.



    kata kila,

    goodluck too. ;p

    Otromen said...

    bagi url saya pada bakal suami pon boleh jugak

    Siti Noor Aminah said...

    otromen bulat,

    haha. buleh lah. nanti gua bagi.


    olololo, bulatnya otromen ni. keh3x.

    Total Pageviews

    My Followers