• News

    23 September, 2010

    BUDAK KECIK



    MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Mohd Fazli Azri Jamil, 28 selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari, 4 (gambar kecil), di Batang Kali, 25 Februari lalu.



    Muka boleh tahan kacak, tapi perangai macam setan!! Tak ada hati perut, tak berperikemanusian, memang patut dapat hukuman gantung. Buat si mak, sampai hati betul kan, biar anak hang orang pijak, pukul. Bodohnya. 

     
    Betapa bodohnya. Yang paling gua ralat tu, si mak. Ishhhh.. Malas gua nak maki orang malam-malam jumaat nih. Baik gua pergi makan nasik putih dengan tomyam campur yang gua beli petang tadi. Keh3x.
    Buat kawan-kawan blogger yang banyak support gua, terima kasih. Jangan risau, gua kuat. (Ini yang selalu gua cakap, kuat tahap mana gua sendiri tak berapa pasti). Kahkahkah


    Gua baru je sampai Penang hari isnin lepas, tapi gua rasa, gua nak balik kampung (Kedah). Anak buah gua, Zahra yang comel, buah hati pengarang jantung family gua ada kat rumah. Ayoyoyoyo... Gua rindu A'a. Hari tu gua balik, A'a tak ada kat rumah. Terpaksa lah gua cari something milik A'a dan gua terjumpa botol losyen A'a. Gua tidur, letak botol losyen A'a kat hidung gua, hmmmm.. Ada bau A'a. Cukup lah. 


    Adik gua lagi teruk!


    Nak curi bear kecik milik A'a. Mujur dia terlupa nak bawak balik ke Skudai. Teruk betui perangai mak menakan A'a. Wahahahaa.



    Zahra yang comel seperti mak menakan beliau. hehe.


     
    Keman yang kedekut!! Haha. 




    Sebelum Zahra dan Keman wujud, gua sayangkan budak ni, Caff. Hehe. 


    ps: binatang pun sayangkan anak! haram jadah lah sapa yang berani pukul budak-budak.

    14 comments:

    Unknown said...

    SALAM,
    MANUSIA YANG BUKAN MANUSIA ! TAK TAHU APA NAK KATA !

    ardzmarn said...

    awat tak ambik lampin A'a yang dah pakai tu.. lagi kuat bau A'a kat situ bawak balik penang..


    hahaha..


    :)

    Days said...

    beb.gua memang emosi dgn mamat nih weyh.mcm haram die punye perangai.bikin gua panas je tgk muke die hishh
    btw anak sdare lu cute weyhhhh hehehe

    Nizam Awang Brahim said...

    Kala nok glamer pun carilah care lain.Ni sibuk bunuh budok ape ke hal.Bunuh la nyamuk ke,pijat ke.Kan ke molek

    Relevan said...

    Sudah dapat pun hukuman yang setimpal bagi kejahatan yang beliau lakukan..

    ataspagar said...

    ni sume salah mak bdk tu la..

    Nik Lisa said...

    ntah hape2 manusia skrg..

    wehhh, ko curang terhadap caff.
    kesian dieee. hahahah!

    Siti Noor Aminah said...

    LUAHFIKIRAN,

    manusia bukan manusia, binatang lah kot. tapi binatang pun sayangkan anak.

    Siti Noor Aminah said...

    abang man,

    hang agak2 lah. aku ambik lampin a'a tu tempek kat muka hang, mauuuu??

    haha.

    Siti Noor Aminah said...

    days,

    macam setan weh jantan nih! tapi dah dapat hukuman setimpal untuk dia. Grrrrr....!!

    tengok lah mak menakan dia dulu, gua kan comel. haha.

    Siti Noor Aminah said...

    jejaka desa,

    mamat ni nak cari glemer kah?

    gua rasa nak pijak2 jugak mamat nih.

    Siti Noor Aminah said...

    relevan,

    itulah. semoga yang lain dpt pengajaran.

    Siti Noor Aminah said...

    ataspagar,

    mak budak tu slumber je cakap yang jantan ni tak bersalah.


    bongok kan???

    Siti Noor Aminah said...

    niklisa,

    haha.mana ada curang.dia dah besar, tak comeyy dah.

    haha.

    Total Pageviews

    My Followers