• News

    24 September, 2010

    DA VINCCI CODE VS CROCODILE

    Kalau tak salah, Da Vincci Code ni sebuah filem kan. Haram gua tak minat cerita yang complicated macam ni. Gua suka cerita ganas yang cool, contohnya filem Buli Balik, tak pun Soalnya Hati. Baru ganas, kena sikit dengan jiwa ganas gua kan??


    Gua ingat, masa tu gua pergi tengok wayang cerita Buli Balik kat panggung wayang di Center Square Sungai Petani. Masa tu gua masih bergelar pelajar kat UiTM Merbok. Jadi, gua bersama Kodijah dan Ola sanggup lah mengepaw kereta skandal si Kodijah dan berjimba jimbi di pekan Sungai Petani.


    Gua rasa, pecah panggung (bukan punggung) dengan gelak kami bertiga je. Wahaha. Cool gua rasa cerita arahan Afdlin Shauki tu. Gua rasa dia talented. Boleh berlakon, menyanyi, tulis lirik, buat filem. Kalau nak nafikan apa yang gua kata ni, terpulang. Tapi, sebelum nak kondem orang pun, tengok sendiri diri lu orang, lu orang plak ada bakat apa?? Hehe.


    Gua bukan nak cerita sangat pasal Da Vincci Code ni, tapi gua nak cerita pasal adik kepada Da Vincci Code jugak iaitu kedai kasut Vincci. Adik beradik kah? Haha. Mak lain, pak lain. ;p

    Design kasut kat Vincci gua rasa agak cool jugak. Harga pun not bad. Standard orang kampung macam gua ni, layan kedai Vincci je. Tak pun, gua layan kasut buaya darat je (Crocodile). Walaupun harga kasut Crocodile ni sentiasa maintain tak pernah turun, tapi gua rasa sangat berbaloi beli kasut jenama buaya darat ni sebab tahan lama. Alah membeli menang memakai, tak gitu dong? keh3x.


    Tapi, kasut yang gua pakai sekarang, walaupun murah, tapi tahan lama. Dah berapa lama gua pakai kasut ni, masih utuh dan selesa. Cuma tapak je semakin haus. Maknanya apa??? Maknanya gua memang banyak berjalan. Haha.




    Gua suka kasut wedges, tapi itu dulu. Tapi gua rasa macam susah pulak gua nak tekan clutch dan maukkan gear. Kalau kereta auto gua rasa tak ada masalah nak pakai kasut wedges atau heels.


     


    Kasut crocs yang cool, tapi warna kasut gua bukan warna nih. Gua rasa lagi cool kalau berbaju kurung dan pakai kasut crocs. Hehe.


    ps: mana-mana gua pergi, memang gua akan pakai kasut kerokss gua sekarang ni, hatta ke tempat kerja, ke pasar malam, malah pergi terawih pun. tak risau orang nak balun kasut gua, sebab gua tau, tak ramai kasut size 4 macam gua. keh3x.



    sumber gambar: cedok brader google punya. tengggsss bro. ;p




    

    26 comments:

    kata kila said...

    size 4? kecikkkk tu!

    hanie said...

    size 4 x 2 ke?? hahahahahahah...

    wa lebih suka pakai selipar jepon :p

    Anonymous said...

    nmpk sangat kot kecik molek kan???

    akak jugak yg besauuuuu..huwaaaa!

    Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

    vincci? hurm..byk ga beli tumit tinggi vincci tp ta pkai..hahaha~ (nmpk cantik dikaki tp sakit dipinggang..huhu~)

    sahromnasrudin said...

    SP tue ko panggil pekan ke?? aku tgk dah mcm bandar la plak..biler aku lik kampong, memanjang sesak SP tuer..naik menyampah aku huhuhuhhu

    ahmad humairi said...

    salam,

    kalo ko nak lagi g-mart...ko buat sendirik kasut kayu (terompah)... lagi kooooool....hehe (gurau je).

    Days said...

    gua size 7 weyh beb..huuu tp crocs tbaik heee

    ruby bieha said...

    ruby suke ksut crocodile

    Tijah said...

    gua pun dah lama x beli kasot lain selain kroks. selesa maut kan? pastu agak2 berdaki ko bleh basuh sesukati. yg penting...24 jam terpengap pun kaki tak bebau uols.

    wah.

    duta kroks kah gua?

    Siti Noor Aminah said...

    kila,

    size 3 pun kadang2 muat. haha.

    Siti Noor Aminah said...

    kak cho,

    jgn memandai plak 4 x 2. haha.

    4 je, kadang2 3 pun boleh. wahahaha.

    Siti Noor Aminah said...

    MDT,

    kadang2 pakai wedges sebab nak bg nampak padan sikit dengan bakal suami. tapi still nampak kecik.

    haha.

    Siti Noor Aminah said...

    khumaera,

    haha. tapi wedges crocodile memang selesa. worth tau kalo beli.

    berbulan2 boleh pakai. hehe.

    Siti Noor Aminah said...

    sahrom,

    standard orang kedah okeh, kami tak panggil bandar, kami panggil pekan. haha.

    memang jammed bangat! tensen betui. heran jugak aku SP boleh jammed. haha.

    Siti Noor Aminah said...

    ahmad humairi,

    haha. takde lah jimat sangat, baik pakai selipar jepun tat sing tu. haha.

    penah tengok selipar jepun tat sing tak? kah3x

    Siti Noor Aminah said...

    days,

    besau jugak lu nih... keh3x..

    Siti Noor Aminah said...

    nabiha,

    kan... selesa je pakai walopun wedges..

    pastu tahan lama plak tu. berbaloi baloi. hehe..

    Siti Noor Aminah said...

    kak tijah,

    haha. betui. betui. rasa berdaki sket je, terus pegi rendam sekejap dalam air. pastu jemur.

    esoknya,kelihatan sgt baru uolss.. haha.

    kaki pun takde lah berbau pun. kesimpulannya, memang kita ni duta kroks. haha.

    || NaFiRaa || said...

    suka beli selipa pasar malam.. rm10 jek.. cepat putus dan boleh tukar selipar baru selalu~ muehehehe

    Siti Noor Aminah said...

    kak nafira,

    haha. lagi bijak nih. tiap2 bulan boleh tukar selipar baru. bijak! bijak!

    Afique Zainuddin Ahmad said...

    soalnya hati ganas ke?

    Yuni Aisyah said...

    hye gadis comel..menjejakkan kaki 1st ke blog kamu...=)

    Siti Noor Aminah said...

    stiffler,

    busy bodiiiii....

    Siti Noor Aminah said...

    hai yuni aisyah,

    welcome.

    ardzmarn said...

    kira kita geng ar.. gua pun layan croc jugak..

    :)

    gua beli kat GM ( gerbang malam )

    Siti Noor Aminah said...

    ardzman aka abang man yang kacak,

    lu memang suka tiru gua. gua pakai croc, lu pun pakai croc jugak. haha.

    kita sejiwa. ;p

    Total Pageviews

    My Followers