Tuesday, September 28, 2010

GETAH SEKERAP

Taman bunga belakang rumah gua. Keh3x


Masa gua kat kampung hujung minggu hari tu, hujan asyik turun
Mencurah-curah
Lebat membasahi bumi
Mak gua bilang, hari-hari hujan
Gua bilang, sama lah, Penang pun hujan jugak

Kalau pagi tak hujan, petang mesti hujan
Kalau petang tak hujan, malam mesti hujan
Dah macam pantun 3 kerat pulak gua rasa ayat kat atas ni

Petang tu hujan lagi
Mak gua angkat bengkang (pengat) ubi kayu ke depan
Lepak depan beranda rumah
Sambil minum ayaq kopi
Sambil cerita gosip terbaru di kampung
Haha
Belen kuih raya pun ada lagi

Sekerap dalam pot dah ada sehari
Kalau dua hari, tentu awal-awal lagi mak gua upah orang pergi kutip
Mak gua risau, takut mat ganja sapu

Harga sekerap dah naik
Sekilo dah RM 5.00
Kebun kecik, sekerap pun sikit
Kebun besar, sekerap pun banyak

Kalau tiga hari motong, mungkin boleh dapat 100 kg
Bahagi dengan tuan punya kebun, seorang dapat RM 250
Itu gaji mak gua untuk tiga hari bekerja

Asal hujan je, mesti harga sekerap naik
Masa kemarau, reti plak nak turun harga
Mak gua marah-marah manja masa sembang dengan ayah gua
Nak bayar duit kut besen lagi
Nak bayar duit kut periuk lagi
Nak bayar duit kut tikar lagi
Macam-macam jenis kut mak gua join

Ayah gua bilang ke mak gua, "alaaa... ni tokey getah la ni. sat naik, sat turun"
Lembut ayah gua cakap, nak pujuk mak gua yang pura-pura merajuk
Gua yang tengok, berbulu jugak kelopak mata
Masa tu jugak rasa nak cepat-cepat menikah
Haha

P/s: Kadang-kadang, gua ada terfikir jugak nak balik kampung dan kerja motong getah saja. Haha.

19 comments:

  1. keje motong getah boleh buat si tuan kebun pakai emas sampai siku.. caya lah..

    ReplyDelete
  2. betollaa... mak mertua sis ade kebun getah.. ayah sis ade ladang kelapa sawit.. rajin ngan malas jek nak masuk ladang... haih~ patutka sis noreh getah jugak nih???? muahahaha..

    ReplyDelete
  3. hah cepat nikah! kgn lupa jemput! :p

    ReplyDelete
  4. aiseyh kat kebun getah mak lu la yg gua tingal reket tu hihhihih.

    ReplyDelete
  5. Gua dulu noreh..tapi sekarang sudah berhenti sebab pinggang selalu sakit..

    Haruman getah sekerap masih lagi menjadi satu aroma yang menawan..

    ReplyDelete
  6. masih menunggu kad lagi ni...perghhh...nikah time musim hujan mmg terbaik...haha

    ReplyDelete
  7. getah ada turun naik..hujan tada naik..suma turun ja...khik3.

    ReplyDelete
  8. rasa berbulu dah ha?? takpe..sabo..kan tak lama lagi je..

    ReplyDelete
  9. kalau dah berbulu tu buleh ar kawin dah.. dah pandai berbulu bulu nie kira dah matang ar..

    ReplyDelete
  10. T nikah jgn lpe jemput gua! haha~ ;D

    ReplyDelete
  11. susah kot menoreh getah ni..nk ade skill..klu x pokok je rosak.. getah xde..

    ReplyDelete
  12. nice and coll terbayang suasana kampung.. tapi kampung aku tak de pokok getah

    ReplyDelete
  13. dengan ini adalah dimaklumkan bahawa barang siapa yang lambat menikah, adalah dalam kerugian

    hehehe

    ReplyDelete
  14. mahal gak kan harga sekilo getah.
    kalo hujan mesti masyuk kan? hehehe
    nak motong getah gak la :)

    ReplyDelete
  15. aku tak penah menoreh..malah pegang pisau toreh pon tak reti..huhu

    ReplyDelete
  16. nikah best oh. Cepatlah nikah kalau nak tahu betapa bestnya hehehe

    ReplyDelete
  17. salam,

    sonok woi...men getah sekerap, wat bola...melantun-lantun...ingat lagi masa kecik dulu..

    ReplyDelete
  18. durrah khairuddin - haha. betui. macam tau2 ja. haha.


    kak nafira - setakat masuk je buat apa kak, boleh ka motong? har har har.


    gadis Bunga - hehe. rilek lah GB. nikah bulan 11 nanti. tak lama dah pun. keh3x.


    days - raket? lu pehal pegi main badminton kat kebun mak gua nih???


    relevan - masih boleh menoreh?? bau getah sekerap tu automatik hilang masa pegang duit. haha.


    mario - lu jangan ngada2 okeh. gua report bakal suami gua kang. haha.


    pakcikLie - ekeke. betui tu. hujan memang lah turun,tak dak nya naik. hehe.


    amira - apa yang berbulu ni woii? lain macam je baca. haha.


    ardzman aka abang man - lu jangan mengada-ngada okeh! gua sekeh lu kang. haha.


    aida - lu dok mana weh? perlis kan?


    the bert - pernah menoreh lepas grad dulu. kena ada skill jugak lah. kalo tak betul, boleh rosak pokok. ;p


    brutalsolo - biasa je weh. gua kan orang kampung. dah muak tengok pokok getah. haha.


    tehr - arghhh.. ruginya..!! haha.


    princesskawaii - pembetulan. kalau musim hujan, takde income langsung. tak leh menoreh musim hujan. ;p


    si biskut - tapi, pisau nak menoreh tu pernah tengok tak? hehe. pergi search dalam google. haha.


    YB - haha. teruk ar YB ni. tak suka tawww cakap macam ni. haha.


    cikgu humairi - haha. tau takpa. kami kat kampung main tuju kasut, main rounders pakai bola getah sekerap tu lah. syok wooo.

    ReplyDelete
  19. ouh, lu dok penang ke? selambe kodok ah jom join bbq!

    ReplyDelete