Thursday, September 30, 2010

KERANAMU HELMET

Masa tu gua masih menuntut di UiTM Kampus Sungai Petani. Hari-hari ke kelas, gua terpaksa bonceng motor kawan serumah gua. Terima kasih buat kawan gua yang sudi tumpangkan gua ke kelas dari hari ahad sampai ke khamis.

Gua menjadi pembonceng tetap motor EX5 kawan gua bukan takat ke kelas, tapi juga masa merewang ke pekan Sungai Petani, merewang sampai ke Tanjung Dawai, menikmati Char Koey Teaw berdekatan kes tentera, dekat Sungai Layar dan aktiviti jalan-jalan skodeng orang dating kat Tupah. Hehe.

Biasanya bila ke kelas, gua dan kawan-kawan gua akan parking helmet kat atas seat motor, takpun side mirror motor. Alkisahnya, 2 kali helmet rempit gua kena curi. Gua syak, ni kerja budak-budak lelaki kat Malinja. Lepas 2 kali helmet kena curi, gua tukar pakai helmet kaler pink pulak kali ni.

Sumpah!!

Lepas tu memang helmet gua tak pernah hilang. Kalau ada jantan yang sanggup jugak curi helmet gua dan pakai, memang gua nak gelak 2,3 round secara marathon bersama-sama kawan gua.

Dua kali jugak gua beli helmet, terus bocor duit pinjaman PTPTN gua. Kalau gua tau ada orang nak curi helmet gua, baik awal-awal lagi gua tiru cam mamat ni. Soheh dan konpem tak ada sapa nak curi kan??? Melainkan budak-budak ni terdesak nak rendam baju.


Konpem-konpem kena saman kalo pakai helmet ni. Haha.


P/S: Petang ni gua nak pergi open office (perjabat terbuka) anjuran Malaysia Airport Berhad. Takat melantak 20 cucuk satay dengan semangkuk laksa, mampu lagi tangki perut gua ni. Keh3x.

24 comments:

  1. idea lu memang kreatip la beb.hehehe.jgn melantak sgt nanti xmuat baju pengantin lu heheh

    ReplyDelete
  2. idea lu memang kreatip la beb.hehehe.jgn melantak sgt nanti xmuat baju pengantin lu heheh

    ReplyDelete
  3. jom la teman aku makan roti canai. sekaarangggg...

    ReplyDelete
  4. days,

    ni apa peseng komen 2,3 kali nih? nak sekeh? haha.

    gua melantak satay sampai nak muntah ni beb. siap tapau lagi. haha.

    ReplyDelete
  5. kak tijah,

    hamboiii.. hamboiii..

    apa kelas makan roti canai petang2. makan satay la beshhhh.. haha..

    ReplyDelete
  6. Kalau pakai helmet camni, memang 'mamat rembat' tak nak sapa kita tp abang polis traffic sudi melambai kat kita suruh berenti kat tepi....huhuhuh....

    ReplyDelete
  7. weh gua dulu sekolah kat sungai layar ar..

    lajak ke depan lagi rumah gua kat sungai jagung.. [nama je jagung .. jangan kata jagung .. sungai pun gua tak pernah nampak kat situ..]

    ReplyDelete
  8. Bughok makan rupanya lu ni weii !!
    dah x comel ar lagu ni ... keh33

    ReplyDelete
  9. sape la yang curik helmet comel..eh awak tak leh la pakai helmet cam mamat dalam pic tue..nati dah tak comel..kih3

    ReplyDelete
  10. helmet pink lu ada cop sirim tak?

    ReplyDelete
  11. kuasai minda,

    haha.takmo kena saman lagi! ni pn baru setel 2 saman.har har har.

    ReplyDelete
  12. ardzman,

    woii.. hang orang kedah ka? pala hotak hang aihhh.. aku ingat hang orang perak!!

    cisss.....

    ReplyDelete
  13. wachak,

    wahahha. hamboiii.. ayat tak sayang mulot langsung!!!!

    hahaha

    ReplyDelete
  14. tomato girl,

    cute name! hehe.

    ishhh.. mana ada pakai. tp orang cun, kalo wat cmne pun, tetap akan cun.


    keh3x

    ReplyDelete
  15. mario,

    alamak!!

    lupa plak nak check ada ker tak cop sirim. demmmm

    ReplyDelete
  16. ada satu kat rumah
    tapi warna merah

    ReplyDelete
  17. Fuh..lawa helmet tu..mana dapat..!

    ReplyDelete
  18. salam,

    oooo..ko pegi deting kat tupah gak ek?..

    skang ni virus kencing tikus menyerang...baik jangan pegi!

    ReplyDelete
  19. tehr,

    helmet kah? ohhh..buleh pinjam. hehe.

    ReplyDelete
  20. relevan,

    haha. lawa, memang lawa.

    ReplyDelete
  21. cikgu humairi,

    mana ada pergi dating plak, pergi ronda-ronda dengan kawan-kawan perempuan jugak. hehe.

    ReplyDelete
  22. saggup ke nak pakai helmet al-baldi nih? huhuhu..hilang ayu you ..ahax

    ReplyDelete