Thursday, September 9, 2010

LEPAS RAYA NANTI

Apa-apa hal gua nak ucap selamat hari raya buat family jutawan kosmetik NV tu (saja gua taip NV sebab gua tak tau nak eja Nouvelles Vissages). Camni ek cara nak eja NV tu? Keh3x. Sumpah kat sekolah dulu cikgu gua tak pernah ajar gua eja perkataan ni. Semoga Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 orang lagi yang hilang tu selamat. Insyaallah. Ok, bukan pasal janda Nash ni yang gua nak cerita.

Gamaknya, raya hari apa? Ikut kalendar memang hari jumaat. Tapi ada jugak yang cakap raya hari khamis. Ciss.. Sempat ker gua nak pergi cari buluh lemang dengan bapak gua nih. Takpun mintak lah bapak gua upah je orang kampung. Kang kematu pulak tapak tangan gua, nanti nak salam dengan bakal mak mertua pun gua jadi segan. Hishhh..


Lepas raya nanti, gua akan super duper busy. Pasal??


Gua dah nak kena buat preparation wedding gua lah. Dari borang nikah, ke HIV test, semua tu gua tak buat lagi. Insyaallah, raya ke tiga nanti gua akan jumpa bakal suami, dia nak pass borang-borang semua.


Banyak benda lagi nak kena beli. Kalau lah mak bapak gua tak segan, nak jugak gua pakai baju kurung je masa kahwin nanti. Gua segan kalau muka gua kena tenyeh-tenyeh dengan mekap segala. Gua segan, gua yakin gua akan jadi super duper comel kalau di mekap. Kang ramai pulak budak lelaki bujang kat kampung gua rasa menyesal sebab tak ngorat gua awal-awal.


Haippp... Tapi gua mana layan budak lelaki kampung gua. Kah3x.


Bapak gua kemain lagi nak suruh gua senyum simpul atas pelamin. Bapak gua cakap, kalau kahwin tapi tak duduk atas pelamin, baik buat nikah koboi je. Ada patut bapak gua cakap camtu. Sumpah gua malu. Bapak gua saja nak kena kan gua nih. Sebab tu makin hari, makin banyak bapak gua sakat gua. Gua layan saja, sebab gua ada sorang ayah saja kan.




Selamat hari raya buat bapak gua.

11 comments:

  1. kahwin taknak jemput gua? cdot?



    SELAMAT HARI RAYA!!! :)

    ReplyDelete
  2. sokong kak tijah. tak reti2 nak bagi kad?

    ReplyDelete
  3. aku cop nak jadik pengapit!kompem lg grand dr ang.wiii

    ReplyDelete
  4. Tahniah.Raye ni makin berseri la...

    Selamat Hari Raye Maaf Zahir Dan Batin.

    ReplyDelete
  5. SALAM,
    SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. HATI2 DI MANA2. BUKAN SAHAJA DI JALAN RAYA

    ReplyDelete
  6. lu nikah kawen xjmput ke beb.aiseyhhh...kecawa gua nak tgk muke cumel lu tu huhuhu

    ReplyDelete
  7. kalau jemput aku kompem nasik miyak umah hang laku

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya dari kawan untuk bapak yer....

    ReplyDelete
  9. hari bersejarah kene la lawa lawa kan..


    jangan lupa kad kawin yer..


    :)

    ReplyDelete
  10. to all:

    haha. jangan risau, nanti gua pos kad, tapi konpem lu orang datang. bawak hadiah k. kalo takde hadiah, sila bank in duit. har har har.

    ReplyDelete