• News

    07 September, 2010

    MOOD RAYA DI KABURI DENGAN HAWAIIAN NIGHT

    Entah pape company gua nih, pagi-pagi lagi dah sebok buat announcement pasal annual dinner. Dah la dalam macam-macam bahasa. Dari hengelish, bahasa Vietnam, bahasa Bangladesh, ntah apa bahasa lagi yang gua tak berapa jelas. Gua dah la mood raya tak berapa nak mari lagi, depa sebok pulak nak cairkan taik telinga gua dengan announcement pasal annual dinner. Tema ntah pape, Hawaiian Night gitu. Selama gua kerja sini, belum pernah gua join apa-apa aktiviti, tak kira lah annual dinner ka apa. Kalau pagi-pagi yang indah dan syahdu ni pasang lagu raya, sedap gak telinga gua nih. Terasa lah jugak marinya rasa nak raya tu.



    Hari ni rakan serumah gua dah balik kampung. Maka, tinggallah gua sorang-sorang. Esok gua masih bekerja. Khamis baru gua start cuti. Petang ni balik kerja, jalan lah gua sorang-sorang kat bazar ramadhan mencari juadah untuk berbuka. Hmmm.. Terus rasa sayu nih. Sayu kan???



    Gua pun baru je mintak tolong brader tempat kerja gua pergi check apa yang patut keta kecik gua tu. Nak jalan jauh kan, kena lah check apa yang patut. Cehh.. Penang dengan Kedah je pun, macam lah jauh sangat. Ekekeke. Tapi raya nanti gua nak ronda-ronda jumpa kawan lama. Nak jumpa family mertua lagi. Dah rindu sangat kot mereka pada gua. Haram der tak jenguk muka sejak bulan 12 tahun lepas. Hohoho. Bakal menantu hantu nih. Hahaha.




    Kemarin adik gua merangkap heroin keempat bagitau, bapak gua buat majlis berbuka puasa kat rumah, lepas tu sekali dengan moreh. Adik gua cakap, ramai jugak yang datang untuk berbuka kat rumah, dalam 30 orang. Hari tu bapak gua mintak gua balik, sempena majlis berbuka dan moreh ni lah, tapi gua kabo kat bapak gua, isnin ayah, takkan nak balik kampung lepas kerja kot, pastu nak rushing balik Penang sebab gua masih kerja sampai rabu. Bapak gua cakap, nanti beliau nak kerat-kerat tebu tepi rumah gua tu, nak mesin, dan bagi orang minum. Cisss.. tu ayat saja nak buat gua jeles. Time gua ada, harremm nak bagi gua rasa air tebu tu. Huhu.



    Uihhh.. tengah gua taip entri ni pun, still ada lagi announcement pasal annual dinner tu. Berapa kali mau ulang der.... Terus gua capai earphone, cucuk kat henpon express music gua yang dah outdated tu, cari stesen radio yang masyuk, dengar lagu raya.



    Kalau gua dengar lagu Sudirman yang dalam hening subuh, hatiku terusik tu, terus gua nak off henpon gua. Buat gua sayu jeee....




    Mood raya sudah mari kah???

    19 comments:

    Anonymous said...

    selamat bekerja dik..eh! nak bagitau ni..mlm ni akak nak balik kg dah..lalalalaa..:)

    selamat hari raya maaf zahir batin..
    hati2 drive k

    sahromnasrudin said...

    salam..kita jumpa di Palaza Tol Juru huhuhuhuh...hang ada lalu citu ka????hahahah

    Siti Noor Aminah said...

    MDT,

    uwaaa.. saja ja tu nak bagi sy jelessss...!!!

    hehe, selamat hari raya. maaf zahir & batin kalau ada terkasar bahasa selama kenal dalam dunia blogging ni ye.

    hati2 di jalan raya. ;p

    Siti Noor Aminah said...

    sahrom,

    mana lalu tol juru plak. kuar ke jambatan, heading ke tol sg dua, then keluar tol gurun. hehe.

    kalo tak, boleh lah konvoi atas jalan noh. ;p

    selamat ye utk semua. amin. ;p

    Aujinz said...

    wahhhh...hijua kunen gituuu..

    orang kedah kaa?..
    muahahahha..

    selamat Haghie Ghayo!
    Takdo kuih ko den datang bertandang kek sini .. koh koh koh..

    Mak Su said...

    hawaiian night? layannn

    gadis comel, selamat hari raya, maaf zahir batin, berhati2 di jalanraya :)

    Siti Noor Aminah said...

    aujinz,

    hijau kunen. kunen hijau. haha.

    orang kedah la chek oii. hehe.

    nak kueh ghaya kena mai ghumah la chek oii.. keh3x.

    Days said...

    lmbat gile lu balik weyh.neway slmat hari raye beb huuu

    macha_sezs said...

    tema hawaiian nite bagi perempuan cemana?

    kene pakai skirt daun kayu tu ke?

    *drool*
    cilaka nipis puasa gua!

    Siti Noor Aminah said...

    mak su,

    haha, tak minat nak join. ok, buat mak su jugak, selamat hari raya. ;p

    jgn makan lemang byk sgt ok. hehe.

    Siti Noor Aminah said...

    days,

    rilek, kalo balik awal, sumpah byk kerja kena buat. haha. baik balik lambat. gua tolong buat lemang je nanti. keh3x.

    selamat hari raya dan hari2 raya. ;p

    Siti Noor Aminah said...

    macha,

    haha. sapa yg pi, kena cari tempurung tutup kat tuttt.. haha.

    uwaaa, sekali pahala gua pun kurus nih. cisss..

    aNiS tHe BumbleBee said...

    mood suda marii!! tp time duduk kt awan besok lagi rasa membuak2 mood raya tu..mesti depa pasang lagu raya dalam flight.buleh duet dgn speckybee nnti.mueheheh!

    Siti Noor Aminah said...

    kak anis,

    haha. hegeh2. nanti roger2 okeh. ni kat radio habaq satgi ada lagu raya ahmad jais. mood pun sudah mareyyy.

    nanti kita roger2 ok. ;p

    Aleen Aiden said...

    ko kawen nnt,aku nak duk umah ko!
    ade kene ngene?miahaha

    Siti Noor Aminah said...

    aleen,

    buleh lah, nak jadi madu aku pun takde hal. haha.



    dushhhhhhh!!

    Firol said...

    hawaiian night..betul betul cantas mood raya la kompeni lu beb

    Siti Noor Aminah said...

    firol,

    haha. tau tak pe. lagipun majoriti orang kat sini non muslim. so, depa apa kisah sume ni.

    annual dinner ni utk oktober punya. but from now dah start kecoh, promosi. keh3x

    Anonymous said...

    lame x jengah sini.
    akak org kedah yaa??hmpir lupa...hee3
    luper nk tnye,akak dok kedah dok kt mane ek??

    btw,selamat hr raya.maaf zahir &batin. .
    pd akak n skeluarga.=)

    ps.s.t;nt stu hr nt bwak sy p kdah jgk bleh ka??tringin nk pgi. . .hahaha. .

    Total Pageviews

    My Followers