• News

    04 September, 2010

    NAMEWEE DAN 1 MALAYSIA

    Pagi tadi, lepas sahur, sebelum tunggu masuk waktu subuh, gua golek-golek sekejap depan laptop, sambil blogwalking. Masuk satu blog tu, beliau ada letak video si Namewee ni maki hamun TNB. Hebat betul Namewee nih. Tak semua orang ada keberanian macam dia. Gua pun tak ada keberanian macam ni. Keberanian gua memang tahap air dah nak masuk hidung saja. Hehe.



    Dari satu video, ke video yang lain gua usya dalam Youtube. Pandai ye si Namewee ni buat rap. Kreatif. Gua malas arr nak komen pasal dia maki hamun orang tu, kang gua kena tahan dengan ISA, mau bakal suami gua naik hangin. Haha.



    Marah betul Namewee dalam video dia maki hamun TNB tu, rilek lah bang, letrik takde sekejap je. Kat kampung gua, kadang-kadang berjam-jam jugak TNB ambik masa nak betulkan balik apa yang rosak. Belajar bersabar sikit ye bang.



    Dalam video dia maki hamun pengetua sekolah yang nama Siti Inshah tu, gua perasan dia letak gambar sekolah menengah member gua, Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau, Kedah. Tetiba gua pun ada feeling bangga sebab Namewee sudi letak gambar sekolah member gua. Bongok betul gua, orang tengah maki hamun, gua pulak dapat feeling bangga. Hehe.



    Dan lagi gua nak gelak, hebat gak Namewee ni, beliau kenal Siti Nurhaliza okeh. Sila kagum dengan populariti Dato' Siti okeh. Namewee naik hangin pasal isu racist tu lah. Gua malas arr nak sentuh bab perkauman nih. Gua sendiri pun ada kawan baik bangsa Cina, India, Siam pun ada.



    Member Siam gua, nama Caamcurey tu rajin buka blog gua, jadi silent reader. Hehe. Kalau dia email gua macam no respon sikit, beliau tau nak cari gua kat mana, selalu dia tanya gua, tak update blog ka? See?? Best woo member gua nih. Gua dah kawan dengan dia since gua form 1 lagi, masuk sekarang dah berapa belas tahun kami masih kawan. Dulu gua ingat, dalam kelas gua, kami kena duduk satu group tiga orang. Jadi, gua dan Caamcurey duduk satu group sekali dengan Get Pei. See?? Sungguh 1 Malaysia kan.



    Kampung gua sendiri kat Kedah tu memang sebelah menyebelah je dengan kampung Siam, kami kat sana memang respect each other. Tak kisah la apa bangsa sekalipun, kalau kat tempat gua, memang ngam. Tak da istilah nak kutuk bangsa mana pendatang, bangsa mana bagus, bangsa mana kuat makan rasuah. Cisss.. Terus gua emo.



    Gua tak suka isu perkauman ni jadi benda yang boleh memecahbelahkan perpaduan negara kita nih pasal gua sayang Malaysia. Kalau jadi balik peristiwa 13 Mei macam dulu tu, Malaysia ni takkan jadi tempat yang selamat lagi untuk kita semua.



    Gua tak tau punca masalah ni, dan gua taknak tuding jari kat sapa-sapa. Ok lah, cukup lah gua berleter. Petang ni gua nak kuar jalan-jalan cuci mata kat Queensbay Mall, kalau lu orang ada jumpa gua, tegur lah eh. Kikiki. Happy weekend. ;p

    6 comments:

    hamzah ian said...

    2 3 bulan malaysia lupa la..

    kyle said...

    tue lar, haha....1 Malaysia, semua bangsa malaysia... :) aku suke post hg :)

    MOFASAD said...

    f k

    macha_sezs said...

    eh.apa ke aku nak komen tadi.lupa dah.

    takpelah.me-laksa dulu.jom!

    aNiS tHe BumbleBee said...

    ah,ni geng2 politik sbnrnya yg suka gatai2 main isu perkauman ni.kita dgn member2 non malay kita okey ja pon.

    Anonymous said...

    lirik dia memg gila babs tajam lag..tapi lagi dia macam sedap lak.ek

    Total Pageviews

    My Followers